Selamat berehat adik, kematian itu pasti, keluarga komando lemas redha ujian takdir. Pencarian selama 12 hari seorang anggota komando, Lans Koperal Edrin Baintim yang dipercayai lemas ketika latihan Eksesais Pari Harimau iaitu kursus juruselam di perairan Pula Undan, Melaka berakhir.
Redha dengan takdir perjalanan yang sudah ditetapkan, ahli keluarga mangsa menitipkan ucapan sedih di facebook di atas kejadian yang berlaku kepada adik bongsu mereka ini.
Selamat Berehat Adik, Kematian Itu Pasti
Memetik Sinar Harian, “selamat berehat kepada adik bongsu kami”, itu antara coretan ahli keluarga anggota komando Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang mayatnya ditemui di Tanjung Sepat, Banting setelah 12 hari hilang di perairan Pulau Undan, Melaka.
Ahli keluarga mangsa yang menggunakan akaun Facebook atas nama Andy Loys menerusi hantaran di laman sosial itu berkongsi rasa sedih namun mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari mendiang.
“Terima kasih di atas doa dan semangat yang diberikan kepada kami sekeluarga.
“Selain itu, ucapan terima kasih juga untuk semua agensi yang terlibat dalam misi pencarian adik bongsu kami yang hilang dibawa arus ketika menjalani latihan kursus selam itu,” katanya menerusi hantaran dimuat naik pada Isnin.
“Siapa kita hanya manusia biasa tidak tahu bila takdir menjemput tapi sudah takdir mati itu pasti bagi manusia.
“Selamat berehat kepada adik bongsu kami, kami yang tinggal juga akan melalui kematian,” katanya.
Ads
Mayat Edrin Baintim ditemui di Tanjung Sepat, Banting, Selangor pada Ahad.
Keluarga Komando Lemas Redha Ujian Takdir
Mangsa dikatakan hilang ketika latihan Eksesais Pari Harimau iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari kem Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang.
Pencarian di lakukan semua pihak dan pada hari ke 12 mayat anggota komando ini ditemui
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan selama tujuh hari melibatkan pelbagai agensi termasuk anggota PULPAK, Pasukan Selam Ranjau, KD Duyong dan juga Pasukan Penyelam Penyelamat Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC) Putrajaya turut mendapatkan bantuan daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), Indonesia.
Operasi itu kemudian diteruskan pasukan komando Tentera Darat sehingga hari ke-10 pencarian yang berakhir pada Selasa lalu.
Ads
Perempuan jangan kuat cemburu, tok laki tak suka kata Catriona
“Sebab beraya la ni kan” suami mohon doakan Ummi Nazeera cepat sembuh dijangkiti Covid 19. Masih dalam suasana penuh ceria sempena sambutan Syawal, suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar memaklumkan isterinya telah dijangkiti Covid-19.
Seperti mana yang diketahui ramai, Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, aktif berkongsi informasi berguna tentang kesihatan di akaun Instagram miliknya. Terbaru dirinya menyatakan akhirnya isteri kesayangan kecundang dek kerana Covid-19.
“Sebab Beraya La Ni Kan”
Pada masa yang sama, Dr Izzar sempar menitip pesanan buat mereka yang positif Covid dan panduan buat kontak rapat bergejala. Maklumlah sekarang ni dalam mood beraya, jadi janganlah takut dengan bekas pesakit Covid-19.
“Kecundang akhirnya
“Untuk makluman semua. Isteri tercinta saya telah dijangkiti COVID-19.
“Sebab beraya la ni kan. Takpe takde rezeki boleh kena tu.
Anak-Anak Tak Ada Gejala
“Alhamdulillah anak-ank serta saya sekarang tak bergejala. Ummi pun bergejala ringan sahaja. Nasib baik dah amik vaksinasi. Isolasi sorang-sorang kat dalam bilik tengok kdrama. Sayalah kena menjaga anak-anak.
“Jom sama2 doakan wife saya sembuh segera, serta bertambah rezeki dan keluarga bertambah bahagia. Selitla sikit doa2 tambahan lain tu.Tapi takpa, esok hari terakhir wife saya nak berisolasi. Pastu sabtu boleh sambung beraya kat luar.
“Untuk individu yang positif C-19, wajib isolasi selama 7 hari. Tapi, boleh dibebaskan awal kalau ujian C-19 (yang diselia) tu negatif pada hari ke-4 kuarantin.
“Kalau dah cukup isolasi 7 hari, tak perlu ulang ujian C-19 dah. Keluarlah macam biasa lepas tu sebab kebolehjangkitan dah rendah. Maksudnya tak menjangkiti orang lain dah.
“Untuk Kontak rapat pula, kalau tak bergejala macam saya boleh keluar bekerja macam biasa dan tak perlu buat ujian kendiri pun.
“Kalau kontak rapat bergejala, buatlah ujian kendiri C-19 pada hari 1 n ke-3. Apa2 pun, semua kenalah patuh SOP sentiasa.
“Oleh itu, tak perlulah nak stigma atau takut dengan bekas pesakit2 COVID-19. Watlek je. Pastikan dia dah cukup isolasi 7 hari di rumah je,” kongsi Dr Izzar.
“Semoga Cepat Sembuh & Dipermudahkan Segala Urusan” Warganet
Dibanjiri doa agar Ummi cepat sembuh oleh pengikut di akaun Instagram Dr Izzar.
Kan dah beritahu, Intan Liana Saleh, 33, ini ramai yang sayang. Bukan saja geng mak-mak yang bersimpati dengan perjalanan rumahtangga Intan, malah pelakon dan pengacara terkenal, Rozita Che Wanyang mesra dengan panggilan Che Ta ini pun terkesan sama. Sampai Che Ta pun kongsi ilmu teknik hentakan tumit tinggi lah dekat Intan.
Sewaktu bertemu Intan yang kebetulan singgah di boothnya dekat, Mood Republik PWTC, Che Ta tak lepaskan peluang beri nasihat untuk Intan. Agar Intan terus cekal lalui apa jua ujian yang bakal mendatang dalam hidupnya.
Kata Che Ta dalam instagramnya, “Kepada Intan, kami doakan hampa dimurahkan rezeki serta dilimpahkan rahmat seluasnya.”
Sempat lagi Che Ta doakan Intan bertemu jodoh dengan pasangan yang menyayangi Intan sampai akhirat kelak. “Semoga dapat jodoh yang terbaik, terhensem, terkaya dan sayang awak sampai Jannah.”
Tapi dalam nasihat itu ada satu pesanan untuk Intan yang mendapat perhatian ramai. Bila mana Che Ta kata, “Ingat teknik hentakan tumit tinggi serta tapak kaki kalau ada sesiapa cuba kacau hak hampa.” Haa.. bukan saja Intan, ramai follower Che Ta pun teruja sama nak tahu macam mana teknik yang Che Ta bagi tau tu.
Sebabnya di Malaysia ini, bukan saja Intan ada juga yang mengalami nasib seperti Intan. Lagi-lagi buat wanita yang lemah lembut macam Intan ini. Che Ta memang bela habis wanita-wanita teraniaya sebegini.
“Secara jujurnya kami benci perampas. Caption secara general untuk hampa semua na. Jangan terasa.”
“Untuk bonda @__iiiintan.saleh, thanks sebab singgah booth kami di PWTC. Baik dan manis orangnya, lembut je. Kami hadiahkan jus goyang rapat che ta dekat intan supaya mendapat dapat lepas ni. Jangan pikiaq lain, mendapat yang lebih baik.”
Sempat lagi Che Ta, selitkan amaran keras untuk wanita-wanita yang tak pandai untuk menghormati hak orang lain. “Kalau hampa berani berani dok ghampas laki orang memang kami ketuk dengan tumit tinggi, kami hempas hampa dengan tumit kaki kami. Biadap, ghase nak qegau kepala tu.”
Ramai Doakan Intan, Dan Sokong Che Ta
Ramai wanita yang menyokong kenyataan Che Ta ini. Malah mereka juga sama-sama mendoakan agar Intan bertambah kuat dan dimurahkan rezeki.
Sebelum ini Mingguan Wanita pernah berkongsi kisah Umur 73 Tahun, Wanita India Selamat Lahirkan Bayi Kembar Perempuan!. Meskipun telah memasuki usia warga emas, hasrat dan impian untuk bergelar mak dan ayah tak pernah padam mahupun putus asa. Usaha dan kegigihan pasangan suami isteri lanjut usia dari India untuk menjadi mak dan ayah, akhirnya menjadi kenyataan.
Namun demikian, terkini dilaporkan pasangan ibu bapa tertua di dunia tersebut telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Andra Pradesh, India, seminggu selepas si isteri melahirkan anak kembar pada usia 73 tahun, 5 September lalu.
Bayi kembar perempuan yang sihat dan selamat dilahirkan. Kredit foto: India Photo Agency/SWNS
Belum sempat mencurah kasih pada anak-anak tersayang yang pertama kali dilahirkan secara pembedahan, pasangan ini telah jatuh sakit. Mangayamma Yaramati mengalami angin ahmar sejurus selepas bersalin, manakala suaminya Sitarama Rajarao, 82, mengalami serangan jantung.
57 Tahun Menanti Cahaya Mata
Pasangan itu berkahwin pada 1962 dan menunggu selama 57 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata menerusi kaedah persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) yang disifatkan sebagai keajaiban dalam dunia perubatan.
Dr Sanakayyala Umashankar yang merawat pasangan itu berkata, Mangayamma dimasukkan ke ICU kerana tekanan selepas melalui proses bersalin selama tiga jam dan ditempatkan di unit itu sejak lebih seminggu lalu.
MW: Bersalin lewat usia apatah lagi pada usia warga emas memang mempunyai risiko yang tinggi. Ditambah faktor kesihatan yang tidak menentu. Semoga pasangan warga emas ni diberi kesihatan yang baik dan berpeluang mencurah kasih pada anak-anak yang dilahirkan.
Selepas fenomena ‘Curang Tanpa Niat’, kini Astro mempersembahkan drama baharu ‘Dia Imamku’ yang pastinya bakal menggegarkan emosi penonton. Menampilkan Kamal Adli dan Siti Saleha...