Sungguh malang tidak berbau, seorang murid Tahun Enam maut dipercayai dipanah petir, ketika menggunakan telefon bimbit di rumahnya di Kampung Sungai Raya, Kuala Betis, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, Nur Asyqin Qistina M Nor Zawawi, 12, ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya M Nor Zawawi Awang, 54, di dalam biliknya.

Dentuman Petir, Bekalan Elektrik Terputus

M Nor Zawawi berkata, sebelum kejadian beliau terdengar dentuman petir kuat serta cuaca hujan menyebabkan bekalan elektrik rumahnya terputus dan ketika itu dia berada di surau tidak jauh dari rumahnya untuk solat Asar.

“Isteri saya datang memaklumkan bekalan elektrik di rumah terputus.

“Saya pulang ke rumah dan memeriksa kerosakan sebelum kembali ke surau. Tidak lama kemudian isteri datang memaklumkan anak saya ditemui tidak sedarkan diri.

IKLAN

“Saya lihat Nur Asyqin Qistina kesan terbakar pada tangan kanan dan tilam selain terdapat telefon bimbit berdekatannya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Perubatan Hospital Gua Musang, di sini, hari ini.

“Kesan Terbakar Di Tangan,” Murid Tahun 6 Maut Dipanah Petir Ketika Guna Telefon Bimbit!
Nur Asyqin Qistina M Nor Zawawi, 12

Kesan Terbakar Pada Tangan

M Nor Zawawi berkata, beliau membawa Nur Asyqin Qistina ke Klinik Kuala Betis dan disahkan meninggal dunia.

“Nur Asyqin Qistina mungkin kena panah petir ketika menggunakan telefon bimbit berdasarkan kesan terbakar di tangan selain telefon anak saya juga rosak.

“Apa yang berlaku sangat mengejutkan kami sekeluarga, namun kami reda,” katanya.

“Kesan Terbakar Di Tangan,” Murid Tahun 6 Maut Dipanah Petir Ketika Guna Telefon Bimbit!

IKLAN

Katanya, jenazah anak keempat daripada lima beradik itu dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Mesti Baca:Pergi Memancing, Tinggalkan Isteri Uruskan Anak-Anak Sendiri.” Seorang Wanita Nekad Lelong Suami
Baca Lagi Di Sini:6 Hari Hilang, Warga Emas Ditemui Di Lopak Air. Anak Percaya Ibu Disorok Alam Ghaib
Artikel Menarik:Pemuda Hilang Di Bukit Broga Minta Mak Pinangkan Gadis Pondok

IKLAN

Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga arwah atas ujian ini. Peringatan juga ada mak ayah yang lain, pesan pada anak-anak kita elakkan menggunakan peralatan elektriks sewaktu hujan lebat mahupun petir. Sangatlah bahaya dan risiko disambar petir mahupun litar pintas elektrik mungkin boleh berlaku.

Sumber: Bharian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI