
Teruja mendengar cerita Dr Azura Hashim menerusi podcast baru-baru ini, tentang rezeki yang masuk tiba-tiba dalam kehidupan dia dan suaminya selepas amalkan tahajjud. Apa yang menarik, sebelum ini rezekinya lebih berbanding suaminya namun berubah setelah amalan tahajjud yang dibuat oleh imamnya.
Amalan Tahajjud Buat Kehidupan Dr Azura Berubah

Mungkin sukar untuk sesetengah pasangan terima kenyataan apabila gaji si dia masuk lebih banyak tanpa disangka-sangka. Apa amalannya? Mesti tersoal begitu. Inilah yang Dr Azura cuba sampaikan kepada pendengar setia menerusi podcast bersama Dr Hanzalah Mizi yang dikongsi di media sosial. Kongsinya…
“Allah izinkan saya nak tahajjud. Hobi saya adalah tidur, saya suka tidur. Dhuha saya buat tapi tahajjud saya macam tak boleh.
“Saya cakap, dhuha okay lah. Namun menariknya Allah, Dia jadikan jalan cerita kita ini sebab dulu saya pernah rasa saya ada ‘magic hand’.
“Sebab apa saya pegang, semua jadi. Dia jadi banyak magical benda yang buat saya rasa kita boleh dapat itu ini.
Dulu Rezekinya Banyak Tiba-tiba Suaminya Dapat Lebih!

“Suami saya dulu, di mana gaji saya dulu jauh lebih tinggi dari dia. Jawatan saya pun jauh tinggi dari dia. Dan bila dia masuk belajar, dia mula tahajjud. Dia ajar saya, macam mana nak tunjuk kat Allah yang kita sayang Dia. Macam mana bukti dari kita untuk Dia.
“Bagi saya, cukuplah dhuha yang saya dah buat. Tak payah tahajjud. Namun menariknya, apa yang Allah tunjuk pada saya, tiba-tiba saya nampak dulu suami saya kurang daripada saya dan apa yang dia dapat.
“Allah izinkan dia dapat lebih daripada saya. Duit banyak dari saya. Lebih daripada apa yang saya dapat. “Eh, dia dah lebih dari aku..” detik hati saya.
Anda mungkin berminat dengan
“Owh, rupanya dia amalkan tahajjud. Kemudian saya buat tahajjud juga, disebabkan oleh kita rasa macam tu, Allah datangkan kemanisan untuk kita tahajjud.
“Bila tahajjud dan pergi program Asma’ Husna, saya tertanya-tanya apa nama maksud nama ni..
“Dan di sinilah sebenarnya, boleh tukar hidup kita dan tukar pemikiran kita semua itu datang daripada Allah. Lebih mudah kagta, semua dengan izin Allah,” kongsinya lagi.
Apa pun yang sedang anda lalui dan jika ada masalah, carilah Allah. Buat tahajjud dan fahamkan betul-betul makna Asma Ul Husna, inshaa Allah anda akan dapat sesuatu dalam hidup.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

