
Mas Kahwin Mengikut Negeri 2026: Semak Kadar Terkini Sebelum Nikah, Jangan Keliru Dengan Wang Hantaran
Setiap pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga pasti akan membuat pelbagai persiapan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Selain memilih tarikh majlis, lokasi kenduri dan persiapan pakaian pengantin, satu perkara yang sering menjadi perhatian ialah soal mas kahwin.
Walaupun sering disebut bersama wang hantaran, hakikatnya mas kahwin dan hantaran merupakan dua perkara yang berbeza. Masih ramai bakal pengantin yang keliru sehingga menyangka kedua-duanya membawa maksud yang sama.
Sebenarnya, mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib daripada suami kepada isteri ketika akad nikah berlangsung. Ia merupakan salah satu tuntutan dalam syariat Islam dan menjadi hak mutlak isteri.
Manakala wang hantaran pula hanyalah amalan adat masyarakat Melayu yang diberikan berdasarkan persetujuan kedua-dua keluarga dan bukan syarat sah perkahwinan.
Apa Itu Mas Kahwin?
Menurut penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, mas kahwin ialah harta atau pemberian yang wajib diberikan oleh seorang suami kepada isterinya ketika akad nikah.
Pemberian tersebut boleh berbentuk wang tunai, emas, barang berharga atau apa sahaja yang dipersetujui kedua-dua pihak selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Dalam Islam, mas kahwin diberikan sebagai simbol penghormatan, penghargaan dan tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya.
Apa yang penting, mahar tersebut adalah hak penuh isteri dan tidak boleh diambil, digunakan atau dituntut oleh sesiapa termasuk ahli keluarga tanpa keizinan isteri.
Malah, sekiranya tempoh pembayaran tidak dinyatakan ketika akad nikah, ia akan ditentukan berdasarkan uruf atau adat setempat.
Kadar Mas Kahwin Berbeza Mengikut Negeri
Di Malaysia, kadar mas kahwin tidak ditetapkan secara seragam di seluruh negara.
Sebaliknya, setiap negeri mempunyai kadar tersendiri yang ditentukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
Berikut adalah senarai kadar mas kahwin mengikut negeri di Malaysia bagi tahun 2026:

Perbezaan kadar mas kahwin ini biasanya dipengaruhi oleh adat setempat, keputusan pihak berkuasa agama negeri serta amalan masyarakat di kawasan tersebut.
Selain itu, terdapat juga negeri yang membezakan kadar mahar bagi wanita yang belum pernah berkahwin dengan wanita yang berstatus janda atau ibu tunggal.
Bagi negeri seperti Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan pula, kadar tetap mas kahwin tidak ditentukan secara khusus.
Oleh sebab itu, pasangan yang ingin berkahwin disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini daripada Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
Jenis Mahar Dalam Islam
Ramai tidak mengetahui bahawa dalam syariat Islam, mas kahwin boleh dibahagikan kepada dua bentuk utama:
- Pertama ialah mahar yang dibayar secara tunai ketika akad nikah berlangsung.
- Kedua ialah mahar yang ditangguhkan pembayarannya pada waktu yang dipersetujui antara suami dan isteri.
Islam memberi fleksibiliti dalam urusan mas kahwin kerana yang paling penting ialah persetujuan kedua-dua pihak serta kemampuan suami untuk melaksanakannya.
Dalam sesetengah masyarakat, sebahagian mahar dibayar ketika akad manakala bakinya dianggap sebagai hutang yang perlu dijelaskan kemudian.
Ada juga tempat yang mengamalkan pembayaran penuh sebaik sahaja akad nikah selesai.
Semua ini bergantung kepada adat dan persetujuan yang telah ditetapkan.
Jangan Keliru Dengan Wang Hantaran
Salah satu kekeliruan paling kerap berlaku ialah menyamakan mas kahwin dengan wang hantaran.
Hakikatnya kedua-duanya sangat berbeza.
Mas kahwin merupakan tuntutan agama dan menjadi syarat penting dalam pernikahan Islam.
Sebaliknya wang hantaran hanyalah adat yang diamalkan masyarakat Melayu bagi membantu menampung kos penganjuran majlis perkahwinan.
Anda mungkin berminat dengan
Jika mas kahwin diberikan terus kepada isteri sebagai hak miliknya, wang hantaran pula lazimnya diserahkan kepada keluarga pihak perempuan mengikut persetujuan bersama.
Dari segi hukum pula, mas kahwin adalah wajib manakala hantaran tidak wajib.
Atas sebab itu, pasangan tidak seharusnya terbeban dengan nilai hantaran yang terlalu tinggi sehingga menyukarkan urusan perkahwinan.
Perkahwinan Bukan Tentang Nilai Mahar Semata-Mata
Dalam masyarakat hari ini, terdapat segelintir pasangan yang terlalu fokus kepada jumlah wang hantaran sehingga terlupa tentang tujuan sebenar perkahwinan.
Sedangkan dalam Islam, nilai mas kahwin bukan ukuran kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Apa yang lebih penting ialah keikhlasan, tanggungjawab dan komitmen kedua-dua pasangan dalam membina kehidupan bersama.
Malah, banyak hadis dan pandangan ulama menggalakkan mahar yang sederhana dan tidak membebankan.
Bagi bakal pengantin yang sedang membuat persiapan perkahwinan, memahami konsep mas kahwin dengan betul adalah langkah penting sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Dengan ilmu yang tepat, pasangan dapat mengelakkan salah faham dan membuat keputusan yang lebih bijak dalam merancang hari bahagia mereka.
Sumber: ecentral
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

