Ketahui tip jogging sebelum anda mula aktif berlari untuk elak sakit di kanan perut bila berlari. Biasanya ada yang akan rasa macam hati terhenjut setiap langkah.
Tip Jogging Buat Wanita
Ads
Haaa.. berita baiknya, bukan tanda hati anda bermasalah. Menerusi perkongsian portal kesihatan, ini sebenarnya cuma ligamen dan diafragma yang tegang akibat hentakan.
Jadi untuk teruskan jogging tanpa rasa sakit, anda kena tahu beberapa perkara ini sebelum mulakan larian.
Ini Cara Elakkan Rasa Sakit Di Kanan Perut Masa Berlari
Ketiga, langkah pendek dan ringan. Jangan hentak kaki. Kasut yang empuk juga bantu serapan hentakan.
Keempat dna yang paling penting, hembus nafas kuat melalui mulut setiap kali kaki kanan menyentuh tanah. Ini kurangkan tarikan pada ligamen hati.
Akhir sekali, kuatkan otot perut. Plank dan latihan core menjadikan organ lebih stabil semasa berlari.
Tip ini mudah tapi sangat membantu. Bila badan selesa, larian jadi lebih tenang dan tidak lagi terasa seperti ada yang mencucuk dari dalam. Jadi selepas ini anda boleh ubah apa yang silap dan mulakan senaman jogging setiap minggu. Janji berpeluh!
Masih ramai yang kurang tahu pasal kelebihan pakai niacinamide untuk kulit wajah. Rugi sangat kalau anda tak pernah sapu pada wajah, nak-nak kalau umur dah masuk 30an.
Paling menarik, niacinamide mampu membantu memudarkan kesan jerawat, memperbaiki tona kulit tidak sekata serta mengurangkan masalah black spot yang susah hilang. Jeragat pun pudar, tau!
Dalam dunia skincare, bahan ini juga semakin popular kerana sifatnya yang lebih lembut pada kulit dan sesuai digunakan oleh beginner.
Niacinamide ialah sejenis vitamin B3 yang digunakan secara meluas dalam produk penjagaan kulit.
Mengurangkan hyperpigmentation dan black spot
Menjadikan tona kulit lebih sekata
Mengawal pengeluaran minyak
Menguatkan skin barrier
Mengurangkan kemerahan dan iritasi ringan
Membantu kulit nampak lebih sihat dan cerah
Kajian dermatologi juga menunjukkan niacinamide boleh membantu mengurangkan pigmentasi seperti kesan jerawat dan melasma apabila digunakan secara konsisten dalam rutin harian.
Kalau anda baru mula guna niacinamide, penting untuk faham bahawa proses memudarkan dark spot mengambil masa.
Biasanya, perubahan mula nampak sekitar:
8 hingga 12 minggu penggunaan konsisten
Ada pigment yang lebih dalam boleh ambil beberapa bulan
Ini kerana tompok gelap berlaku apabila melanin terkumpul di bawah permukaan kulit.
Jadi, kulit perlukan masa untuk memperbaharui sel dan memudarkan pigment tersebut secara semula jadi.
Beginner Patut Pilih Berapa Peratus?
Untuk yang baru nak mula, tak perlu terus pilih kepekatan tinggi.
4% hingga 5% sudah mencukupi
Ramai sangka lagi tinggi peratus lagi cepat hasilnya, tetapi tidak semestinya begitu.
Kepekatan terlalu tinggi boleh menyebabkan:
Pedih
Kemerahan
Kulit rasa panas
Breakout kecil pada sesetengah individu
Sebab itu ramai pakar skincare cadangkan mulakan dengan kepekatan rendah dahulu supaya kulit boleh biasakan diri.
Niacinamide boleh digunakan pagi atau malam.
Langkah asas yang boleh diamalkan:
Cuci muka
Pakai niacinamide (2–3 titis sahaja)
Sapu moisturizer
Waktu pagi wajib pakai sunscreen
Tak perlu pakai terlalu banyak kerana lebih banyak produk tidak semestinya beri hasil lebih cepat.
Kalau anda baru nak mula skincare, jangan campur terlalu banyak bahan aktif sekali gus.
Bila kulit sudah biasa dan stabil, barulah tambah bahan lain seperti:
Azelaic acid
Retinol
Salicylic acid
Tetapi tambah satu demi satu supaya kulit tak terkejut.
Sunscreen Kunci Utama
Ramai fokus pada serum mahal tetapi lupa sunscreen.
Tapi sebenarnya, tanpa sunscreen:
Black spot lebih lambat pudar
Pigment boleh jadi semakin gelap
Kulit mudah rosak akibat UV
Sebab itu sunscreen dianggap rawatan paling penting untuk hyperpigmentation.
Niacinamide memang boleh bantu, tetapi sunscreen yang memastikan hasil tersebut kekal dan lebih cepat nampak.
Niacinamide ini sesuai untuk kebanyakan jenis kulit termasuk:
Kulit berminyak
Kulit kombinasi
Kulit sensitif
Kulit berjerawat
Kulit kusam dan tona tak sekata
Sebab sifatnya lebih lembut berbanding sesetengah bahan aktif lain, ia sering menjadi pilihan beginner yang baru nak bina rutin skincare.
Niacinamide sememangnya boleh membantu memudarkan black spot dan menjadikan tona kulit lebih sekata, tetapi hasilnya tidak berlaku dalam masa singkat.
Penggunaan secara konsisten bersama rutin penjagaan kulit yang sesuai memainkan peranan penting untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Dalam masa yang sama, sunscreen juga tidak boleh diabaikan kerana pendedahan cahaya matahari boleh menyebabkan pigmentasi menjadi lebih gelap dan lambat pudar.
Dengan rutin yang sederhana, pemilihan produk yang sesuai dan kesabaran, kulit biasanya akan menunjukkan perubahan secara berperingkat dan lebih sihat dari semasa ke semasa.
Bagi masyarakat Melayu, ulam bukan sekadar pelengkap hidangan malah menjadi sebahagian daripada warisan pemakanan yang diamalkan sejak turun-temurun. Sama ada dimakan bersama sambal belacan, budu atau cencalok, ulam sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati pencinta makanan kampung.
Menariknya, ramai tidak menyedari bahawa ulam sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrien dan sebatian semula jadi yang boleh memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh.
Malah, beberapa kajian mendapati banyak jenis ulam mengandungi antioksidan yang tinggi, selain mempunyai potensi membantu mengawal gula dalam darah, tekanan darah dan mengurangkan keradangan.
Jika selama ini anda hanya mengenali petai dan pegaga, berikut lapan jenis ulam popular yang wajar dimasukkan dalam menu harian.
Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus sememangnya antara ulam yang paling popular di Malaysia.
Kajian mendapati tumbuhan ini mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi berbanding beberapa jenis buah-buahan seperti epal, tomato dan oren.
Selain itu, ulam raja juga dikaitkan dengan manfaat antikeradangan, antimikrob dan membantu mengekalkan kesihatan tulang.
Bagi wanita terutama yang menghampiri fasa menopaus, pengambilan ulam ini dikatakan berpotensi membantu mengurangkan risiko osteoporosis.
Nama sambung nyawa sahaja sudah cukup menarik perhatian.
Tumbuhan yang dikenali sebagai Gynura procumbens ini sering dijadikan ulam oleh masyarakat tempatan kerana dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.
Antara khasiat yang sering dikaitkan dengannya ialah membantu mengawal tekanan darah, kandungan gula dalam darah serta mempunyai sifat antioksidan dan antikeradangan.
Tidak hairanlah ia sering menjadi pilihan mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Daun selom merupakan antara ulam yang sangat sinonim dengan masakan kampung.
Selain dimakan mentah, daun selom juga lazim dijadikan urap iaitu campuran kelapa parut, cili api dan belacan yang ditumbuk halus.
Kajian menunjukkan daun selom mempunyai sifat antioksidan dan berpotensi membantu melindungi fungsi hati serta memori.
Rasanya yang segar menjadikan ulam ini sesuai dimakan bersama ikan bakar dan sambal belacan.
Ramai mengenali cekur sebagai bahan dalam masakan, namun daunnya juga boleh dijadikan ulam.
Cekur atau Kaempferia galanga mempunyai sifat antiradang, antioksidan dan antimikrob.
Dalam amalan tradisional, daun cekur sering digunakan untuk membantu meredakan masalah seperti sakit perut, pening kepala dan sakit sendi.
Aromanya yang unik membuatkan ulam ini mempunyai peminat tersendiri.
Antara ulam paling terkenal dalam kalangan wanita ialah pegaga.
Tumbuhan ini sering dikaitkan dengan petua awet muda dan penjagaan kulit secara semula jadi.
Kajian moden turut mendapati pegaga membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin yang penting untuk kesihatan kulit serta proses penyembuhan luka.
Sebab itu, ekstrak pegaga kini banyak digunakan dalam produk penjagaan kulit terkenal di seluruh dunia.
Daun kaduk mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun sireh tetapi tumbuh menjalar di atas tanah.
Ulam ini mempunyai rasa sedikit pahit dan payau, namun kaya dengan khasiat tersendiri.
Dalam perubatan tradisional Melayu, daun kaduk dipercayai membantu mengurangkan masalah sembelit, sakit gigi, demam serta sakit tulang.
Ia juga sering dimakan bersama nasi panas dan sambal bagi menambah selera makan.
Petai sememangnya antara ulam yang paling digemari rakyat Malaysia walaupun mempunyai bau yang agak kuat.
Selain memberikan rasa unik dalam masakan, petai juga mengandungi antioksidan yang tinggi serta berpotensi membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan tekanan darah.
Dalam perubatan tradisional Melayu, petai turut dipercayai membantu membersihkan buah pinggang dan meningkatkan tenaga tubuh.
Namun begitu, pengambilannya perlu sederhana kerana boleh menyebabkan nafas dan air kencing berbau kuat.
Selain petai, jering juga terkenal sebagai ulam yang mempunyai aroma tersendiri.
Kajian mendapati jering mengandungi sebatian unik yang berpotensi memberi kesan positif terhadap kawalan gula dalam darah.
Walau bagaimanapun, pengambilan jering secara berlebihan tidak digalakkan kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan buah pinggang dan organ lain.
Seperti makanan lain, konsep kesederhanaan adalah yang terbaik.
Hakikatnya, terdapat puluhan jenis ulam yang menjadi sebahagian daripada warisan makanan masyarakat Melayu termasuk kacang botol, pucuk betik, rebung buluh dan peria katak.
Walaupun kelihatan sederhana, ulam-ulaman sebenarnya menyimpan pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh jika diamalkan sebagai sebahagian daripada diet seimbang.
Jadi, jika selama ini anda kurang gemar makan ulam-ulaman, mungkin sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada makanan tradisional ini berada semula di atas meja makan keluarga.
Mengimbas kembali peristiwa menyayat hati, tiada siapa menyangka sebuah pertengkaran yang bermula kerana masalah duit akhirnya meragut nyawa seorang ibu kepada tujuh orang anak.