Kalau anda nak cerahkan kulit dengan mudah dan selamat tanpa bahan kimia, boleh cuba bahan alami yang mudah nak dapat seperti serbuk kopi dan aloevera.
Dikongsikan seorang wanita di Lemon8, anda boleh amalkan setiap minggu bila ada masa lapang. Yang penting, hasilnya memang nampak ketara. Jom!
Cara Kilat Cerahkan Kulit Wajah
1. Gunakan skrub yang sesuai untuk kulit, boleh cuba guna coffee scrub temyracle.
2. Masukkan scrub tadi ke dalam bekas yang bersih.
Ads
3. Letakkan aloe vera atau air pun boleh juga.
4. Gaul hingga sebati.
5. Sapukan scrub pada kulit dan urut urut sambil sapukan skrub pada kulit.
Ads
6. Bilas seperti biasa dan siap.
Wanita Ini Kongsi Tip Guna Serbuk Kopi 2 Kali Seminggu
Ads
Nak lebih mudah pakai, anda boleh masukkan skrub kopi tadi di dalam bekas yang mudah untuk dipakai. Kemudian anda boleh cuba lakukan rutin ini 2 kali seminggu untuk nampak lagi hasilnya.
Ramai yang selesa untuk berkongsi apa sahaja di media sosial, namun berbeza dengan Cristina Suzanne yang mana dia lebih suka ada privasi.
Memegang prinsip, “cukup kita tahu”, pelakon wanita ini mempunyai pendirian berbeza kerana merasakan tidak perlu untuk memuat naik foto secara terbuka.
Menjaga ruang privasi diri dan keluarga demi kesejahteraan hidup, pendekatan tersebut sudah dipraktikkan aktres berusia 41 tahun itu sejak mula-mua bergelar anak seni.
Bagi pemilik nama penuh Cristina Suzanne Stockstill itu, selain perihal kerja, dia memberitahu tidak mempunyai keperluan lain untuk menjemput khalayak masuk ke dalam kehidupan peribadinya.
“Saya memang agak keberatan untuk memuat naik foto dalam akaun media sosial sebab rasa tidak perlu pun.
“Sejak dahulu lagi saya memang berpegang kepada prinsip tidak menunjuk-nunjuk kehidupan peribadi atau perkara lain.
“Termasuk juga tak kongsi berkaitan harta, kebahagiaan atau kesedihan, cukup simpan sendiri dan kongsi dengan Tuhan sahaja,” katanya lagi.
Namun, jauh di sudut hati, dia mengakui media sosial amat penting dalam memastikan peminat dan khalayak mengetahui perkembangan semasa atau projek terkini selebriti kegemaran mereka.
“Saya tak nafikan memang penting untuk selalu kemas kini media sosial dengan berkongsi tentang kerja dan sebagainya tetapi adakalanya saya keliru dan tidak tahu untuk menulis kapsyen.
“Kalau tentang kerjaya, masih okey tetapi setakat nak tunjuk kebahagiaan, rasa-rasanya semua orang melalui fasa sama.
“Saya juga berpegang kepada apa yang agama sendiri didik iaitu jangan terlalu menunjuk, negatif atau positif macam mana sekali pun hidup, jangan kongsi dan beritahu kepada Tuhan saja,” tutur bintang filem KIL itu.
Ujarnya, terlalu banyak berkongsi tentang kehidupan dalam media sosial juga mampu mengundang pelbagai perkara negatif .
“Kalau kongsi terlalu banyak, mungkin akan cipta lebih banyak spekulasi, saya memang tak mahu jadi begitu.
“Sebenarnya kalau tak mahu orang mula (cipta spekulasi), kita jangan bagi ruang kecuali memang kehendak sendiri,” jelas Cristina Suzanne.
Menyentuh hal berkait kerjaya, dia sempat memberitahu lakonannya masih rancak waima timbul dakwaan kononnya sudah ‘pencen’ sebagai seorang pelakon.
Tuturnya, tanggapan sebegitu mungkin wujud disebabkan tidak aktif berkongsi perkembangan kerjaya seni dalam media sosial.
“Syukur tawaran lakonan sentiasa ada tetapi saya tak nafikan ada pihak produksi dan segelintir individu anggap saya tidak berlakon lagi sebab jarang muat naik foto dalam media sosial.
“Selain dakwaan berhenti berlakon, ramai juga tertanya-tanya mengenai penampilan terkini saya, kurus atau sebaliknya sedangkan semua sama sahaja, tiada perubahan sejak dahulu,” katanya.
Ramai beranggapan suri rumah atau Stay At Home Mother (SAHM) sukar untuk menyimpan kerana tiada pendapatan tetap. Namun hakikatnya, masalah sebenar bukan pada jumlah duit, tetapi cara mengurus.
Menerusi satu perkongsian di Lemon8, seorang wanita berkongsi realiti yang sering berlaku sehingga menyebabkan suri rumah gagal menyimpan tanpa disedari.
Walaupun ramai SAHM gagal menyimpan, sebenarnya ada banyak cara praktikal untuk mula menabung.
Contoh, belanja RM80 daripada RM100, baki RM20 terus simpan.
Asingkan belanja dapur, anak dan kecemasan.
Minta jumlah kecil harian, lebihan jadikan simpanan.
Kumpul duit kecil seperti RM1 – nampak kecil, tapi konsisten.
Cari alternatif lebih murah tanpa mengurangkan fungsi.
Duit raya, hadiah atau duit extra jangan campur dengan belanja harian.
Kalau ada pendapatan kecil, jadikan ia simpanan.
Contoh Tabung Haji, ASB atau emas.
Kenal pasti mana boleh jimat.
Walaupun RM10 sebulan, konsisten akan bantu elak suri rumah gagal menyimpan.
Ramai fikir perlu duit besar untuk mula menyimpan. Hakikatnya, yang penting adalah disiplin.
Masalah utama kenapa suri rumah gagal menyimpan bukan kerana tiada duit, tetapi kerana tiada sistem dan konsistensi. SAHM juga mampu ada simpanan sendiri jika tahu cara mengurus kewangan dengan bijak.
Mulakan dengan langkah kecil hari ini kerana sedikit demi sedikit, ia mampu mengubah masa depan kewangan anda.
Jangan tunggu ada duit banyak, ubah cara dahulu supaya tidak lagi anda gagal menyimpan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masalah sakit belakang bukan sekadar mengganggu rutin harian, malah boleh menjejaskan hubungan suami isteri.
Ramai pasangan memilih menahan diri kerana bimbang kesakitan bertambah, sedangkan dengan pendekatan yang betul, hubungan intim masih boleh dilakukan dengan selesa.
Menurut pakar, memilih posisi hubungan suami isteri yang sesuai sangat membantu mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan otot.
Paling penting, setiap pasangan perlu memahami keadaan tubuh masing-masing kerana tiada satu posisi sesuai untuk semua.