
Musim kahwin datang lagi. Menghampiri penghujung tahun 2024, pasti sudah ramai bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Persiapan perkahwinan sememangnya bukan perkara yang boleh diambil mudah kerana persiapan memerlukan jangka masa di antara 6 ke 12 bulan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh bakal suami ialah pemberian mas kahwin terhadap bakal isterinya. Pemberian mas kahwin merupakan tradisi yang melambangkan komitmen dan kesungguhan dalam sesebuah perkahwinan.
Pada hari ini, semakin ramai pasangan pengantin memilih dinar emas sebagai mas kahwin kerana faedah dan simboliknya yang luar biasa. Sabihah Gold, jenama yang terkenal dengan reka bentuk barang kemas yang anggun dan mewah, turut menawarkan koleksi dinar emas yang unik dan eksklusif untuk bakal pengantin.
Keistimewaan Koleksi Sabihah Gold untuk Bakal Pengantin
Koleksi Sabihah Gold menonjolkan keunikan yang tersendiri untuk bakal pengantin, di mana ia menggabungkan keanggunan tradisional dengan reka bentuk moden. Hasilnya, para pengantin dapat memiliki barang kemas, dinar, atau syiling emas yang mencerminkan warisan budaya sambil mengekalkan gaya kontemporari.
Sabihah Gold juga terkenal dengan kemampuan menyesuaikan perhiasan mengikut keperibadian pengantin. Setiap rekaan dihasilkan dengan sentuhan peribadi yang menjadikan setiap keping dinar lebih bermakna dan eksklusif untuk hari istimewa.
Dengan ini, para pengantin bukan sahaja mendapatkan barang kemas yang indah, tetapi juga sejenis warisan yang dapat diwarisi generasi ke generasi.
Kelebihan Menyediakan Mas Kahwin dalam Bentuk Dinar Emas
Menjadikan dinar emas sebagai mas kahwin bukan sekadar pilihan estetik, tetapi juga membawa pelbagai kelebihan yang luar biasa untuk pasangan pengantin, antaranya:
- Nilai stabil: Emas merupakan aset yang tidak terkesan oleh inflasi dan sering meningkat nilai dari masa ke masa. Oleh itu, pemberian dinar emas sebagai mas kahwin bukan sahaja cantik tetapi juga bernilai sebagai pelaburan masa depan.
- Simpanan jangka panjang: Emas adalah bentuk simpanan yang selamat dan mudah dicairkan. Ia boleh dijadikan aset untuk kegunaan masa depan atau sebagai sandaran kewangan ketika diperlukan.
- Simbol penghargaan: Emas melambangkan kemewahan, keanggunan, dan kesungguhan dalam sesebuah perkahwinan. Ia bukan sahaja memperlihatkan penghargaan dari pengantin lelaki kepada bakal isterinya, tetapi juga sebagai tanda komitmen yang kuat.
- Waris untuk generasi seterusnya: Dinar emas boleh diwarisi kepada anak cucu, menjadi simbolik kepada kekukuhan institusi perkahwinan yang bertahan lama.
Promosi Ijab & Qabul Sabihah Gold sehingga Disember 2024
Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, Sabihah Gold menawarkan kempen Ijab & Qabul yang berlangsung sehingga Disember 2024. Dalam kempen ini, pasangan pengantin boleh mendapatkan pelbagai promosi menarik yang direka khusus untuk menjadikan hari perkahwinan mereka lebih istimewa dengan pemberian dinar emas sebagai mas kahwin.

Selain itu, Sabihah Gold turut menyediakan perkhidmatan konsultasi untuk membantu bakal pengantin memilih rekaan dinar yang paling sesuai dengan citarasa dan bajet mereka.
Menggalakkan Simpanan Emas untuk Pasangan Baharu Berkahwin
Sabihah Gold juga berusaha untuk menggalakkan pasangan yang baru berkahwin untuk membuat simpanan emas sebagai persiapan masa depan. Antara inisiatif yang diambil termasuklah:
- Kempen khas untuk pasangan pengantin: Sabihah Gold kerap menganjurkan kempen yang memberikan manfaat eksklusif kepada pasangan baharu seperti diskaun dan tawaran istimewa untuk pembelian dinar emas selepas perkahwinan.
- Pendidikan kewangan: Sabihah Gold juga memberi kesedaran kepada pasangan tentang kebaikan simpanan emas melalui sesi pendidikan kewangan. Ini membantu pasangan memahami potensi pelaburan emas dan bagaimana ia boleh digunakan sebagai instrumen simpanan jangka panjang yang selamat.
- Insentif menarik: Untuk merangsang minat menyimpan emas, Sabihah Gold turut menawarkan insentif menarik seperti diskaun tambahan atau hadiah emas kecil untuk setiap pembelian. Ini memberi motivasi kepada pasangan untuk memulakan simpanan emas dengan langkah yang bijak.

Memilih dinar emas sebagai mas kahwin bukan sahaja memberi nilai estetika dan simbolik dalam sesebuah perkahwinan, tetapi juga menawarkan faedah kewangan yang luar biasa untuk masa depan.

Sabihah Gold, menawarkan koleksi dinar emas yang anggun dan unik, memastikan bakal pengantin mendapat mas kahwin yang bukan sahaja cantik, tetapi juga penuh makna. Ini menjadikan dinar emas bukan sekadar hiasan tetapi pelaburan jangka panjang yang bernilai tinggi.
Promosi 10.10 Yang Sukar Dilepaskan!
Sempena 10.10 akan datang, Sabihah Gold turut mengadakan potongan harga istimewa sebanyak RM10.10 per gram untuk koleksi barang kemas yang terdapat di Sabihah Gold.
Jangan lupa dapatkan promosi hebat ini yang boleh didapati di Sabihah Gold yang terletak di 19, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, promosi istimewa ini juga boleh didapati melalui laman web Sabihah Gold iaitu https://www.sabihahgold.com.
Ikuti Instagram @sabihahgoldofficial serta laman web www.sabihahgold.com untuk update terkini mengenai koleksi barangan kemas dan harga emas semasa untuk dijadikan koleksi peribadi mahupun pelaburan jangka panjang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mengandung, Chek Up Dan Bersalin Bersama-sama Madu, Isteri Pertama Kongsi Pengalaman

Bila sebut bab hidup bermadu, apa yang tergambar difikiran isteri-isteri saling bercakaran, suami berat sebelah, tak adil dalam soal nafkah dan banyak persepsi ‘seram’ yang dibayangkan.
Beza dengan isteri pertama ini, Nor Ilda Amiza Ismail (Mummy) yang ditakdirkan mengandung, menjalani rutin pemeriksaan kehamilan malah bersalin bersama-sama adik madunya. Ikuti pengalaman unik yang pernah wanita ini lalui sedikit masa lalu.

Dua Isteri Disahkan Mengandung Pada Masa Lebih Kurang Sama
19 April tarikh yang akan diingati selamanya. Lahirnya ‘kembar’ Muhammad Danish Hakeem Mohd Faizal dan Muhammad Rayyan Hadif Mohd Faisal.
Mummy hanya melahirkan seorang tapi dianugerahkan 2 orang putera dalam hari yang sama. Hanya berbeza masa. Pelik tetapi benar. Begitulah indahnya aturan Allah Al Baari.
Mummy dan adik madu disahkan mengandung pada masa yang lebih kurang sama. Maha Adilnya Allah. Masa itu masih dalam fasa awal poligami. Agaknya Allah bagi sama rata agar tiada pihak yang berjauh hati.

Kami pergi check up bersama-sama. Di hospital dan doktor yang sama. Masih terbayang wajah confused doktor dan jururawat selepas mummy selesai diperiksa.
Mummy keluar bilik, adik madu pula dipanggil masuk. Tuan Suami pula terus duduk menunggu di dalam bilik doktor sambil berkata “Ini seorang lagi.”
Kalau mengikut EDD, Danish sepatutnya lahir akhir April dan Rayyan pula sepatutnya awal Mei. Namun, siapa pun tidak dapat menidakkan kuasa Allah. Kun faya kun.

Sebaik Isteri Pertama Bersalin, Isteri Kedua Pula Pecah Air Ketuban
Pukul 3 pagi 19 April mummy sudah ada tanda bersalin. Kontraksi sudah kerap. Kebetulan malam itu giliran Tuan suami di rumah mummy. Selepas solat Subuh, kami bergegas ke hospital.
Doktor datang periksa pukul 6.45 pagi. Danish dalam keadaan ‘fetal distress’. Sudah buang air di dalam rahim. Maka tepat pukul 8 pagi, lahirlah Muhammad Danish Hakeem secara c-sect. Danish ditahan sementara kerana perlu bantuan oksigen. Pukul 3 petang baru mummy dapat jumpa Danish.
Sedang Tuan Suami sibuk menguruskan mummy di wad, adik madu pula pecah air ketuban di rumah. Mujur ada adik ipar dan mak madu. Adik ipar yang tolong hantar adik madu ke hospital dan mak madu pula tolong jaga anak-anak di rumah.
Servis sudah bertukar tangan. Giliran Tuan Suami menemani adik madu pula di bilik bersalin. Akhirnya pukul 11 malam 19 April, lahirlah Muhammad Rayyan Hadif.
Kami berdua ditempatkan dalam wad yang sama. Berkampunglah kami semua. Sekali lagi para jururawat dan petugas hospital berada dalam keadaan confused dan tertanya-tanya.
Pukul 3 pagi 20 April, barulah Tuan suami dapat berehat setelah selesai semua urusan bersalin kami berdua. 24 jam berjaga mengurus kami semua. Hari yang penuh pelbagai emosi dan rasa.

Tidak dapat rasakan apakah perasaan Tuan Suami ketika itu. Syukur pada Allah, beliau berjaya laksanakan tanggungjawab keluarga dengan baik walaupun berpoligami. Terima kasih banyak-banyak pada Tuan Suami. We love you so much.
Kisah mummy mengandung dan bersalin bersama-sama adik madu mungkin satu dalam seribu. Mujur tidak viral waktu tu.
Last but not least, Happy 4th Birthday Danish dan Rayyan! Kalian berdua hadiah hari lahir mummy yang paling berharga!
Mummy daddy ummi doakan anakanda berdua terus jadi anak soleh wa musleh, penyejuk mata, penawar hati kami dunia akhirat, aamiin..
Sumber/Foto : Nor Ilda Amiza Ismail
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bella Dally & Suami Bantu Proses Sanitasi Nyah Cemar Masjid dan Surau

Selebriti antara golongan yang menjadi perbualan sensasi para warganet. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, segelintir dari mereka mengadakan projek amal kepada mereka yang memerlukan.
Jika ramai selebriti yang menyumbang pelbagai barangan dan makanan buat frontliners, berbeza pula dengan pelakon dan model cantik, Bella Dally dan suami.
Bersama Membantu Pekerja Barisan Hadapan, Inisiatif Projek Infaq Set Makan Tengahari Patut Dipuji
Pasangan ini telah mengambil keputusan untuk melakukan kerja amal, projek CSR yang berkaitan dengan proses sanitasi awam.
Malah mereka juga mahu membantu melakukan proses sanitasi nyah cemar di Masjid dan Surau di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Sanitasi Nyah Cemar
Seperti mana yang dipetik menerusi status yang dimuatnaik oleh Bella Dally menerusi akaun instagramnya @belladally
“My husband and I have decided to do CSR (public sanitisation) for mosques / surau in KL & Selangor areas for free. Kalau korg tau any AJK masjid / surau please share this massage with them and ask them to DM me their telephone number, my husband will contact them personally. Kami akan tanggung semua cost termasuk chemical dan peralatan.
P/S: Sesiapa yang nak jadi sukarelawan pun dialu-alukan. Just DM me with your contact details.
“Thank you 🙏🏻❤️

Sanitasi Nyah Cemar Di Rawang
“My husband’s team did public sanitisation today! They started at a flat in Rawang. It’s not an easy task for sure! Doing sanitisation in their PPE suits in this kind of weather, carrying the machine, going up and coming back down without lifts to refill the chemical 🥵 May Allah protect them all 🙏🏻”

Mendapat Pujian Warganet


Semoga pasangan ini dirahmati Allah. Segala kerja-kerja murni ini diharap dapat dijalankan dengan lancar. Malah MW juga mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.
Sumber: Petikan dan foto dari Instagram @belladally
Elak Virus Covid-19 ‘MASUK’ Rumah, Sanitize Kenderaan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Norjuma Didakwa Cederakan Tiga Individu, Rosakkan Palang, Kamera Litar Tertutup (CCTV) Milik Sebuah Kondominium

Norjuma Habib Mohamed didakwa cederakan tiga individu, rosakkan palang serta kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium. Bekas personaliti televisyen dan usahawan tudung itu didakwa di empat Mahkamah Majistret atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat tujuh tahun lalu.
Norjuma Didakwa Cederakan Tiga Individu
Norjuma, 44, berdepan tiga pertuduhan mencederakan tiga individu dengan mencakar tangan, menampar pipi dan menendang betis tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan, Amira Abd Aziz, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim.
Mengikut pertuduhan pertama, usahawan tudung ini didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang di sini pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017 lalu.
Artikel lain: Gagal Bayar Tuntutan RM260,400, Mahkamah Isytihar Usahawan Norjuma MUFLIS!
Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram di pusat tuisyen di Plaza Batai Bukit Damansara di sini pada jam 3 petang, 29 Mac 2018 lalu.
Bagi pertuduhan ketiga, dia dituduh menyebabkan kecederaan dengan cara menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Tiga pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda mencecah RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dibuat Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua duanya, jika sabit kesalahan.
Rosakkan Palang, Kamera Litar Tertutup (CCTV) Milik Sebuah Kondominium
Sementara itu Norjuma turut didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kondominium.
Dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Mahkamah kemudian membenarkan Norjuma diikat jamin RM6,500 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.
Beliau juga diperintahkan agar tidak menganggu atau menghubungi mangsa.
Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Harvind Raja Gopal, Hamizah Hisan dan Vivian Yeap Jie Xi manakala Norjuma diwakili peguam Izzat Amir.
Mahkamah menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Sumber: Sinar Harian dan Kosmo online
Kredit foto: Instagram ameerazainiofficial
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


