Sumber / Sumber Foto : Facebook Fariz Hazwan

Ini ikhtiar elak diri jadi mangsa scammer, cepatlah ubah ‘setting’ ikut langkah diajar. Sejak beberapa hari lalu tular duit yang disimpan di dalam bank hilang dek kerana angkara scammer.

Memang derita dan parah jika duit hilang sekelip mata apatah lagi itu saja duit yang ada dalam simpanan. ‘Berputih mata’ lah gamaknya jika bank sendiri tidak dapat selesaikan masalah scammer yang lebih ‘advance’ dari sistem bank itu sendiri.

Sebelum ini tular, Pakar perubatan, Dr. Rafidah Abdullah telah kehilangan wang simpanannya sebanyak lebih RM13,000 dalam akaun pada 19 Ogos lalu menerusi akaun CIMB.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ini IKHTIAR Elak Diri Jadi Mangsa Scammer

Bagi anda  yang mempunyai akaun CIMB dan memilik CIMB Cliks bolehlah buat begini seperti mana yang diajar oleh Fariz Hazwan menerusi akaun Facebooknya.

“Siapa ada CIMB CLICKS leh ubah setting cam yg diajar

“Memandangkan isu CIMB ni tengah hangat.

IKLAN

“Ramai pertikai macam mana boleh transfer duit ke acc scammer tanpa TAC.

“Ini berlaku kemungkinan acc anda dah link dekat telefon scammer tu.

Boleh Delete Dan Tukar Password Anda Secepat Mungkin

“Sekiranya ada, boleh delete dan tukar password anda secepat mungkin.

“Boleh check selalu untuk pastikan tiada telefon tidak dikenali ada access kepada acc CIMB anda.

“Ini ikhtiar selain nak mengharap CIMB upgrade security mereka.

IKLAN

“Boleh tengok gambar untuk semak langkah-langkah tersebut.

1. Login apps CIMB anda dan Slide ke tepi untuk pergi ke Setting.

Ini IKHTIAR Elak Diri Jadi Mangsa Scammer, Cepatlah Ubah ‘Setting’ Ikut Langkah Diajar
Login apps CIMB anda dan Slide ke tepi untuk pergi ke Setting.

2. Tekan pilihan Setting

 

Ini IKHTIAR Elak Diri Jadi Mangsa Scammer, Cepatlah Ubah ‘Setting’ Ikut Langkah Diajar

3. Sekiranya ada device lain selain telefon anda, boleh delete.

Ini IKHTIAR Elak Diri Jadi Mangsa Scammer, Cepatlah Ubah ‘Setting’ Ikut Langkah Diajar

IKLAN

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda di luar sana.

Selain Tip Di Atas, Diharap Tip Menerusi Komen Warganet Di Bawah Ini Juga Membantu

Fazilah Ismail

1. Buang segala autobilling terus ke kad bank anda. Cth yg langgan shopee spylater bagai tu, dh letak no kad . Ada juga auto billing yg minta letak no cvc kay blkg(fuh bahaya yg ni)
2. Set all transfer limit jadi RM0, biar leceh nak kena tukar tiap kali transfer .. at least rasa secure tu ada.
3. Jgn sesekali tekan link apa, walaupun mesej tu dr astro, netflix,unifi coway, cuckoo bagai… Semak dulu dgn pihak tersebut berkaitan mesej2 yg dpt
4. Pecahkan wang simpanan anda, jgn letak semua dlm 1 akaun simpanan . Licin semua, nangis bucu katil. Cukup simpanan 6bln gaji, yg lain blh lah nak simpan long term tu tukar pd emas atau yg difikirkan bersesuaian dgn matlamat jgka masa anda.

Mingguan Wanita :  Allahu takutnya jika berlaku pada kita, duit pun bukannya banyak pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang. 

 Sumber / Sumber Foto : Facebook Fariz Hazwan

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI