Ads

Isteri Tunggu Dalam Kereta, Suami Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Kemas Peralatan Kerja

Isteri Tunggu Dalam Kereta
Isteri Tunggu Dalam Kereta

Kisah seorang isteri tunggu dalam kereta ketika menemani suaminya bekerja hangat diperkatakan sejak semalam, nak-nak tahu dilanggar oleh pemandu mabuk secara tiba-tiba.

Apa yang menyedihkan, pasangan ini baru empat bulan mendirikan rumah tangga, syurga perkahwinan yang baru dibina berkecai sekelip mata hanya disebabkan sikap tidak bertanggungjawab manusia lain.

Isteri Tunggu Dalam Kereta

Isteri Tunggu Dalam Kereta, Suami Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Kemas Peralatan Kerja

Mangsa yang terkorban ialah Faris Irfan Fazli, seorang pemuda berusia 28 tahun yang merupakan anak sulung Dari pada tiga beradik. Arwah bertugas sebagai seorang penyelia bagi syarikat kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Lebih menyayat hati, isteri Allahyarham turut berada di lokasi menemani suaminya bekerja sejak jam 10 malam. Namun, ketika kejadian berlaku, dia sedang menunggu di dalam kereta.

Ads

Menurut sumber berita, ketika kejadian berlaku sekitar jam 5:00 pagi di Lebuhraya Sultan Iskandar, arwah sebenarnya sedang bertungkus-lumus mengemas peralatan di lorong kiri jalan selepas selesai menjalankan tanggungjawab memasang papan tanda amaran.

Mengikut perkongsian bapanya, Fazli Buyong (56 tahun), arwah sempat memaklumkan hasratnya untuk pulang ke rumah keluarga pada waktu tengah hari selepas selesai syif malam untuk memasak bersama-sama.

“Dia beritahu hari ini lepas habis kerja dan tidur sekejap, tengah hari dia nak datang masak untuk kami… tetapi malangnya perkara itu tidak kesampaian,” katanya.

Suami Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Kemas Peralatan Kerja

Isteri Tunggu Dalam Kereta, Suami Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Kemas Peralatan Kerja

Ads

Hasrat murni itu berkecai apabila dia pergi buat selama-lamanya, dirempuh dengan kejam oleh seorang pemandu berusia 26 tahun yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan. Rempuhan itu turut menyebabkan rakan sekerjanya (seorang pemandu lori) mengalami cedera parah.

Ujian alkohol pemandu mencatatkan bacaan 64mg/100ml, melebihi had dibenarkan. Suspek kini direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Ads

Pemergian Faris bukan sahaja meninggalkan kesedihan buat ibu bapanya, malah isterinya yang baru beberapa bulan membina kehidupan bersama.

Anda mungkin berminat dengan

Isteri Tunggu Dalam Kereta, Suami Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Kemas Peralatan Kerja

Dalam kisah sedih ini, ada keluarga yang masih menunggu kepulangan seorang anak. Dan ada isteri yang baru memulakan kehidupan bersama suami. Namun, semuanya berubah dalam sekelip mata.

Semoga arwah Faris Irfan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman, dan semoga isteri serta seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan yang luar biasa untuk menempuh ujian yang amat berat ini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Murid Tahun Satu Jatuh

Murid Tahun Satu Jatuh Dari Tingkat 10 PPR, Ibu Dalam Rumah...

Tragedi menyayat hati menggemparkan penduduk di Tampoi apabila seorang murid tahun satu jatuh dari tingkat 10 sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR).