Ads

Irene Sofiya Meninggal Dunia Akibat Trauma Objek Tumpul Di Kepala

Irene Sofiya

Punca kematian Irene Sofiya, 16, pelajar Tingkatan Empat yang ditemui tidak bernyawa di sebuah dewan sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, disahkan akibat kecederaan trauma objek tumpul di bahagian kepala.

Perkara itu disahkan menerusi proses bedah siasat yang dijalankan Pakar Patologi Forensik di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, semalam.

Irene Sofiya
Pelajar ini ditemui tidak sedarkan diri di dewan sekolah dan ketika neneknya datang, arwah disahkan meninggal dunia
Irene Sofiya Meninggal Dunia akibat dipukul

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan siasatan kes berkenaan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional tanpa melindungi mana-mana pihak.

“PDRM turut memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional tanpa sebarang elemen ‘cover-up’ atau melindungi mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ads
Irena Sofiya
Kecederaan akibat pukul dikepala punca kematian Irena Sofiya – Datuk M Kumar

Memetik laporan Berita Harian, Kumar berkata, siasatan kes berkenaan kini berjalan lancar dan turut mendapat kerjasama penuh daripada pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan.

Remaja Lelaki 16 Tahun Direman

Polis sudah menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pada 3 Oktober lalu, iaitu pada hari kejadian.

“Suspek kini dikenakan perintah reman selama enam hari bermula 4 hingga 9 Oktober ini selepas permohonan reman terhadapnya dibenarkan oleh majistret.

Ads

“Kes berkenaan sedang disiasat secara terperinci oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.

Irene Sofiya
Buat masa ini polis menahan reman pelajar dari sekolah sama tempat arwah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. Cinta ditolak didakwa punca kejadian

Dalam pada itu, polis meminta orang ramai menjaga sensitiviti serta menghentikan penyebaran maklumat palsu berhubung insiden berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau memberi sebarang komen yang boleh mengganggu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Irene Sofiya, pelajar Tingkatan Empat berusia 16 tahun, ditemui tidak bernyawa di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat pada 3 Oktober lalu.

Mangsa ditemui neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira jam 5.30 petang.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

budaya rogol

Budaya Rogol Bukan Bermula Dengan Rogol, Apa Iktibar Kita Boleh Ambil...

Kes Cornell dan Kalkaji membuka persoalan tentang budaya rogol, consent dan bystander effect. Kenapa masyarakat perlu berani bersuara?