Ads

Longchamp Malaysia Ajak Pengunjung “Be Creative” Dalam Pop-Up Eksklusif Di The Gardens Mall

Longchamp Malaysia

Longchamp Malaysia membawa pengalaman fesyen dan seni ke The Gardens Mall menerusi pop-up Winter 2026 yang mengangkat tema “Be Creative”.

Berlangsung dari 30 September hingga 18 Oktober 2026, ruang Longchamp di South Palm, Ground Level, The Gardens Mall, Kuala Lumpur, diubah menjadi sebuah studio Parisian yang diinspirasikan oleh dunia seni pelukis Perancis, Caroline Hélain.

Baca artikel: Kebayaree: Gabungan Kebaya Dan Saree Dalam Gaya Malaysia

Gabungkan Fesyen Dengan Seni Kontemporari

Untuk koleksi Winter 2026, Longchamp Malaysia mengetengahkan kolaborasi dengan Caroline Hélain menerusi koleksi kapsul yang merangkumi barangan kulit, pakaian sedia dipakai dan aksesori.

Longchamp Malaysia

Pop-up ini direka dengan elemen warna, tekstur dan komposisi yang diinspirasikan daripada karya Hélain. Susun atur ruangnya pula mengambil pendekatan seperti galeri, sekali gus menggabungkan dunia fesyen dengan seni kontemporari.

Ads

Warna oren yang menjadi identiti ruang turut digunakan sepanjang pop-up, memberikan suasana yang lebih vibrant dan kreatif.

Bukan Sekadar Tengok Koleksi

Menariknya, pengalaman Longchamp Malaysia kali ini bukan hanya mengenai koleksi fesyen.

Longchamp Malaysia

Ads

Di tengah-tengah pop-up, pengunjung boleh menyertai aktiviti kolaj yang diinspirasikan oleh landskap karya Caroline Hélain. Peserta akan menggunakan kepingan kertas berbeza untuk menghasilkan komposisi landskap mengikut kreativiti masing-masing.

Aktiviti tersebut dibuka kepada orang awam melalui pendaftaran, memberikan peluang kepada pengunjung untuk mencuba sendiri pengalaman kreatif yang menjadi sebahagian daripada semangat koleksi Winter 2026.

Bila Dan Di Mana?

Longchamp Malaysia

Ads

Kalau anda mahu singgah ke Longchamp Malaysia Winter 2026 Pop-Up, berikut maklumatnya:

Anda mungkin berminat dengan

Longchamp Winter 2026 Pop-Up
📍 South Palm, Ground Level, The Gardens Mall, Kuala Lumpur
📅 30 September hingga 18 Oktober 2026
⏰ 10.00 pagi hingga 9.30 malam

Workshop kolaj pula dibuka kepada orang awam melalui pendaftaran.

Dengan gabungan fesyen, seni dan aktiviti interaktif, Longchamp Malaysia menjadikan pop-up Winter 2026 ini bukan sekadar ruang untuk melihat koleksi baharu, tetapi juga peluang untuk pengunjung meneroka sisi kreatif masing-masing.

Baca juga artikel: Unik! 7 Lapisan Bersalin C-Section Diterjemah Dalam Gaun Couture Miss World Uganda

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Pelajar Wanita Ditemui Mati, Perselisihan Faham Dengan Teman Lelaki Berakhir Tragedi

Pelajar wanita berusia 19 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya di Kuantan.