
Selepas Kilauan Emas Selebriti melabuhkan tirai, persoalan mengenai struktur hadiah kemenangan program berkenaan mula menjadi perhatian ramai apabila netizen mempersoalkan hadiah wang tunai untuk barisan finalis.
Menjawab persoalan tersebut, Pengurus Saluran Astro Prima, Idlan menjelaskan bahawa tidak semua program realiti atau hiburan terbitan Astro menawarkan hadiah wang tunai kepada peserta sebagai ganjaran kemenangan.
Baca artikel: Ikatan Terlarang Drama Astro Baharu, Kisah Cinta Rumah Tangga Penuh Pengkhianatan & Air Mata
Peserta Tetap Terima Bayaran Mingguan
Menurut Idlan, konsep yang sama turut diterapkan dalam Kilauan Emas Selebriti, apabila semua peserta dimaklumkan mengenai format pertandingan, mekanisme penyingkiran dan struktur hadiah sebelum bersetuju menyertai program tersebut.

Beliau menjelaskan peserta tetap menerima bayaran mingguan sepanjang tempoh penglibatan mereka, selaras dengan amalan industri serta terma yang dipersetujui bersama.
Malah, Astro sebelum ini turut menerbitkan beberapa program realiti seperti The Masked Singer Malaysia dan MasterChef Selebriti Malaysia yang menampilkan selebriti tanpa hadiah kemenangan berbentuk wang tunai.
Wang Tunai Disalurkan Kepada Yang Memerlukan

Bagi Kilauan Emas Selebriti, wang tunai turut disalurkan setiap minggu kepada selebriti yang memerlukan bantuan dan sedang berdepan kesusahan di bawah naungan Persatuan Seniman dan Karyawan Malaysia.
Menurut Astro, perkara tersebut merupakan sebahagian daripada konsep serta objektif program yang telah ditetapkan sejak awal.
Semua perkara berkaitan format, mekanisme pertandingan dan struktur ganjaran juga dikatakan telah diterangkan kepada peserta sejak peringkat awal serta diperincikan dalam perjanjian rasmi yang ditandatangani sebelum program bermula.
Penaja Tidak Tentukan Struktur Hadiah

Anda mungkin berminat dengan
Dalam pada itu, Astro menegaskan pihak penaja tidak terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam menentukan struktur hadiah kemenangan Kilauan Emas Selebriti.
Sebaliknya, keputusan berkaitan pembangunan, format, pelaksanaan dan struktur ganjaran ditentukan sepenuhnya oleh Astro berdasarkan konsep, objektif serta keperluan kandungan program.
Astro turut menegaskan komitmen untuk memastikan setiap program diterbitkan secara telus dan profesional, selain mengutamakan kepentingan peserta, penonton serta rakan kerjasama.
Baca juga artikel: “Sesak Dada Lepas Layan”, Astro Originals Good Boys Go To Heaven Cetus Gelombang Reaksi Jarang Berlaku
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

