
Dulang hantaran Syed Saddiq Abdul Rahman buat Bella Astillah menjadi tumpuan orang ramai dalam majlis penyatuan jiwa antara Ahli Parlimen Muar dan selebriti apabila setiap satunya sarat dengan simbolik masa hadapan dan kesejahteraan keluarga.
Tujuh Hantaran Syed Saddiq Buat Bella Astillah Jadi Tumpuan

Ternyata orangnya berfikir untuk masa depan keluarga, Syed Saddiq menyerahkan tujuh dulang hantaran yang membawa maksud tersendiri khas buat isterinya, Bella Astillah.
Paling mencuri tumpuan ialah Syed Saddiq dilihat serius terhadap pembangunan ilmu buat isterinya dengan menghadiahkan Bella peluang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di School of Media and Communication (SOMEC), Universiti Taylor’s sebagai tanda sokongan terhadap kerjaya dan masa depan Bella.

Bukan itu sahaja, Saddiq menerusi hantaran perkahwinan memberikan sebuah gim keluarga yang lengkap dengan pelbagai kelengkapan senaman. Gim tersebut dilaporkan telah dibina khas di kediaman mereka bagi memudahkan Bella serta anak-anak bersenam dalam suasana privasi dan selesa.
Turut melengkapi senarai hantaran adalah set kerusi urut mewah yang bukan sahaja diperuntukkan buat kegunaan Bella, malah sebagai tanda kasih buat kedua-dua ibu bapa mentua.
Memandangkan mereka berkongsi hobi yang sama, Syed Saddiq menyerahkan sebuah basikal memandangkan pasangan ini minat dalam aktiviti kayuhan.
Setiap Satunya Membawa Maksud Tersendiri

Lebih menyentuh hati, hantaran tersebut membawa mesej bahawa dia akan sentiasa menjadi penyokong setia dan sentiasa menunggu Bella di garisan penamat dalam setiap fasa kehidupan.
Turut mencuri tumpuan ialah Syed Saddiq memberikan perlindungan sepanjang hayat menerusi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP-i).
Caruman berjumlah RM100,000 itu diserahkan kepada Bella dengan unjuran nilai tersebut akan mencecah RM500,000 apabila penyanyi itu mencapai usia 60 tahun kelak.
Anda mungkin berminat dengan

Dulang hantaran lain turut memuatkan set cincin istimewa serta barangan kemas yang ditempah khas, selain pakej hantaran ibadah umrah sebagai pelengkap kepada ikatan suci yang baru sahaja dibina.
Terdahulu, Syed Saddiq Abdul Rahman sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung penuh indah di aras 118, Menara Merdeka Maybank, hari ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

