Ads

Tanam Padi Organik Dalam Kawasan Rumah, Wanita Ini Berjaya Tuai Padi Tanpa Bendang

Tanam Padi Organik
Tanam Padi Organik

Hebat idea Pengasas Sisasifar.com, Nurazah Fathirah Kamarulzaman, tanam padi organik dalam kawasan rumah sahaja tetapi hasilnya sangat luar biasa! Seolah-olah macam ada bendang, dapatlah juga hasilnya.

Tanam Padi Organik Dalam Kawasan Rumah

Tanam Padi Organik Dalam Kawasan Rumah, Wanita Ini Berjaya Tuai Padi Tanpa Bendang

 

Berkelulusan dalam bidang sains komputer, dia berjaya menanam padi wangi tempatan varieti MRQ76 di kawasan tanah berukuran hanya 4×6 kaki dan memperoleh hasil tuaian sebanyak sembilan kilogram.

Realitinya tanaman ini boleh ditanam pada semua jenis tanah yang cukup nutrien dan mampu mengeluarkan hasil memuaskan.

Pengasas Sisasifar.com, Nurazah Fathirah Kamarulzaman membuktikan perkara itu melalui kejayaannya menanam padi di kawasan rumahnya di Taman Setia, Gombak, Kuala Lumpur.

Menurutnya, padi yang ditanam adalah varieti padi wangi tempatan MRQ76 yang diperkenalkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

Ads

“Saya menanam padi ini secara organik menggunakan baja kompos mengandungi mikroorganisma berkesan yang berfungsi untuk menyuburkan tanah dan meningkatkan kualiti tanaman.

“Setiap pokok mengeluarkan banyak hasil dan ini menunjukkan padi adalah tanaman yang lasak serta tahan kemarau.

“Saya jarang siram tanaman ini dan bergantung dengan air hujan sebagai sumber air,” katanya.

Wanita Ini Berjaya Tuai Padi Tanpa Bendang

Tanam Padi Organik Dalam Kawasan Rumah, Wanita Ini Berjaya Tuai Padi Tanpa Bendang

Ads

Katanya, dia menanam padi di kawasan tanah tepi rumah yang keluasannya hanya berukuran 4×6 kaki tetapi mengeluarkan hasil sebanyak sembilan kilogram.

“Tanaman ini dituai selepas 120 hari dan mengeluarkan hasil kedua dalam masa dua hingga tiga minggu selepas tuaian pertama.

“Pendekatan saya ini diharapkan dapat menggalakkan masyarakat untuk menanam padi secara organik di kawasan rumah bagi tujuan keselamatan makanan.

“Kaedah tanaman organik tidak memerlukan kawasan yang luas tetapi hasilnya berbaloi,” katanya.

Ads

Tanam Padi Organik Dalam Kawasan Rumah, Wanita Ini Berjaya Tuai Padi Tanpa Bendang

Anda mungkin berminat dengan

Walaupun penanaman padi di rumah bukan penyelesaian menyeluruh kepada krisis makanan, ini boleh menjadi langkah kecil untuk menggalakkan masyarakat lebih berdikari dalam menghasilkan makanan.

Nurazah Fathirah berkata, antara kelebihan varieti padi itu yang ditanam secara organik ialah memilik aroma ‘pandan’ asli semula jadi, rasa lebih sedap, indeks glisemik (GI) rendah dan tahan lama.

Bukan biasa-biasa semangat wanita ini, jadi hasilnya juga luar biasa! Apa pun, Nurazah berharap kaedah penanaman padi secara organik ini dapat menggalakkan lebih ramai orang di luar sana mencuba pertanian di rumah mengikut kemampuan dan ruang yang tersedia.

Jadi tiada tanah yang luas bukan alasan untuk tidak berbudi pasa tanah, cukup kawasan laman rumah pun dapat hasil! Jom, kita mulakan menanam apa yang boleh datangkan hasil! Siapa tahu hasilnya boleh jadi duit poket dan rezeki keluarga tersayang, yang penting wanita ada niat untuk mulakan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Tidak Ke Sekolah

Dua Tahun Tidak Ke Sekolah, Bukan Malas Tetapi Kena Jaga Ayah...

Luluh hati membaca kisah seorang anak gadis yang dua tahun tidak ke sekolah sebab jaga ayahnya yang sakit. Bukan kehendak tetapi ini kerana terpaksa sebab tiada orang lain yang boleh uruskan ayahnya yang terlantar sakit.