Ads

Dr. Suraya Hani Kamsani Harumkan Nama Negara, Wanita Malaysia Pertama Raih PhD Dalam Bidang Elektrofisiologi

Dr. Suraya Hani Kamsani
Dr. Suraya Hani Kamsani

Dr. Suraya Hani Kamsani, nama yang baru sahaja mencipta sejarah pada 5 Oktober 2026 apabila IJN mengumumkan beliau sebagai wanita Malaysia pertama memperoleh PhD dalam bidang Elektrofisiologi, daripada University of Adelaide, Australia.

Dr. Suraya Hani Kamsani Harumkan Nama Negara

Dr. Suraya Hani Kamsani Harumkan Nama Negara, Wanita Malaysia Pertama Raih PhD Dalam Bidang Elektrofisiologi

Menurut Institut Jantung Negara (IJN), pencapaian itu bukan sekadar kejayaan peribadi sebaliknya mencerminkan usaha institusi berkenaan memperkukuh pembangunan pakar klinikal yang turut mempunyai kepakaran dalam penyelidikan dan inovasi perubatan.

Apa yang menarik, kejayaan Suraya turut memberi nilai tambah kepada IJN dan bidang kardiovaskular negara kerana memperlihatkan kepentingan menggabungkan kepakaran klinikal dengan penyelidikan saintifik.

Sementara itu, kepakaran Dr. Suraya memberi tumpuan kepada fibrilasi atrium serta teknologi ablasi lanjutan bagi merawat gangguan rentak jantung.

Beliau turut terbabit dalam penyelidikan berkaitan pulsed field ablation (PFA), teknologi baharu dalam rawatan gangguan rentak jantung, termasuk penyelidikan peringkat manusia pertama dalam bidang berkenaan.

Wanita Malaysia Pertama Raih PhD Dalam Bidang Elektrofisiologi

Dr. Suraya Hani Kamsani Harumkan Nama Negara, Wanita Malaysia Pertama Raih PhD Dalam Bidang Elektrofisiologi

Ads

Sewaktu menjalani pengajian PhD, Dr. Suraya pada masa sama meneruskan tanggungjawab klinikalnya, termasuk mengendalikan kes gangguan rentak jantung yang kompleks.

Bidang amalan beliau merangkumi prosedur elektrofisiologi lanjutan seperti ablasi kateter serta pemasangan dan pengurusan peranti rentak jantung.

Menurut Dr. Suraya, pengajian doktor falsafah berkenaan mengukuhkan hubung kait antara penyelidikan dengan amalan klinikal.

“Bagi saya, mengikuti PhD bukan sekadar mendapatkan satu lagi kelayakan. Penyelidikan mengajar kita untuk bertanya, menilai bukti dengan lebih kritikal dan memahami mengapa kita melakukan sesuatu dalam amalan klinikal.

“Akhirnya, pengetahuan itu perlu kembali kepada pesakit, sama ada melalui pembuatan keputusan yang lebih baik, prosedur lebih selamat atau pendekatan baharu dalam rawatan,” katanya.

Ads

Pencapaian itu turut menjadi satu perkembangan penting bagi wanita Malaysia yang menceburi bidang pengkhususan tinggi dalam perubatan kardiovaskular, selain membuka ruang kepada lebih ramai pakar tempatan untuk menyumbang kepada penyelidikan dan inovasi di peringkat antarabangsa.

Dr. Suraya Hani Kamsani Harumkan Nama Negara, Wanita Malaysia Pertama Raih PhD Dalam Bidang Elektrofisiologi

Perjalanan Akademik

Dr Suraya Hani Kamsani ialah Pakar Perunding Kardiologi dan Elektrofisiologi di Institut Jantung Negara (IJN). Pasti ada yang teruja ingin mengetahui perjalanan akademik wanita ini. Beliau sebenarnya bermula di MARA College Banting, mengikuti International Baccalaureate pada 2001–2003 sebelum melanjutkan pengajian di University of Melbourne, memperoleh MBBS/BMedSc pada 2009.

Ads

Ketika di Melbourne, beliau pernah memperoleh High Distinction dan Dean’s Honours List pada 2006. Kemudian memperoleh MRCP (UK) pada 2014, diikuti pensijilan Certified Cardiac Device Specialist (CCDS) pada 2018 dan Certified Electrophysiology Specialist–Adult (CEPS-A) pada 2020.

Anda mungkin berminat dengan

Ini salah satu kejayaan yang patut dijadikan inspirasi buat wanita terus melangkah dan mengejar cita-cita. Semoga perkongsian ini memberikan semangat buat kalian yang sedang berjuang dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Marian Croak

Marian Croak, Wanita Yang Membantu Mengubah Cara Dunia Berhubung Melalui Internet

Kenali Marian Croak, tokoh teknologi yang mempelopori VoIP, memegang lebih 200 paten dan membantu mengubah cara manusia berkomunikasi melalui internet.