
Baru-baru ini ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berkongsi perkara yang membuatkan dirinya nekad dan yakin memilih pelakon, Bella Astillah sebagai bakal isterinya.
Syed Saddiq Kongsi Perkara Buat Dia Nekad Pilih Bella Astillah

Menerusi temu duga di program MeleTOP, Saddiq berkata meskipun dirinya tidak sehaluan bersama Bella sekali pun, dia tetap akan memilih Bella sebagai pendamping hidupnya.
“Saya rasa walaupun tak sekepala tetapi pilihan itu tidak akan berubah. Wanita itu berada di sisi saya (Bella).
“Yang paling penting ialah apabila saya ada seseorang yang memahami, membawakan kegembiraan, dan orang yang bila saya saya kenal saya tahu siapa yang saya ingin bersama hingga ke hujung nyawa saya,” katanya.
Ada Pihak Cuba Ubah Pandangan Ibu Bapa

Dalam pada itu, Saddiq turut mendedahkan ada pihak yang cuba mengubah pandangan ibu bapanya terhadap pilihannya, namun kini ibu bapanya telah menerima sepenuhnya kehadiran Bella dalam keluarga mereka.
“Ibu bapa saya adalah seorang yang penyayang. Kadangkala ada cabaran cuba mengubah pandangan. Alhamdulillah, hingga ke harini mereka telah menerima bella 110 peratus,” ujarnya.
Ujarnya lagi, hubungan tersebut bukan sahaja melibatkan Bella dan dirinya semata-mata, namun dia juga bakal membina ikatan kekeluargaan bersama anak-anak Bella iaitu Ara dan Ayden.
“Sangat penting kerana hubungan ini bukan sekadar saya dan Bella, ia melibatkan Ayden dan Ara. Mereka dilibatkan pada masa sama mereka tahu bahawa penikahan ini adalah untuk ikatan keluarga bersama,” kongsinya.
Keikhlasan Saddiq Buat Bella Terbuka Terima Cintanya

Anda mungkin berminat dengan
Bella turut berkongsi keikhlasan Saddiq ketika bekerja dan sifat baik hatinya menyebabkan dia terbuka menerima Saddiq dalam hidupnya.
“Sebenarnya bila saya lihat YB ikhlas dalam bekerja dan baik hati. Perkara itu tidak dirancang dan ini adalah secara semula jadi,” katanya lagi.
Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober depan dalam majlis yang dirancang berlansung di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

