Ads

I’m donut? Malaysia Kini Dibuka, Ada 30 Pilihan Donut

I’m donut? Malaysia

Penggemar donut kini mempunyai satu lagi pilihan untuk dicuba apabila I’m donut? Malaysia rasmi membuka kedai pertamanya di Asia Tenggara, bertempat di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Jenama donut dari Jepun itu mula dibuka kepada orang ramai pada 12 September 2026, membawa bersama signature nama donut yang terkenal dengan teksturnya yang lembut dan ringan.

Kehadiran I’m donut? Malaysia ini juga cukup menarik kerana kedai tersebut menawarkan lebih 30 pilihan perisa, termasuk beberapa ciptaan yang dihasilkan khas untuk citarasa tempatan.

Baca artikel: Kek Bulu Viral Kini Di Malaysia, Topping Seakan Rambut Buat Ramai Kembang Tekak

I’m donut? Malaysia Dari Jepun Kini Di TRX

I’m donut? Malaysia

Diasaskan oleh chef dan pemilik Ryota Hirako, I’m donut? menggunakan pendekatan berbeza terhadap donut biasa.

Signature nama donut mereka terkenal dengan tekstur yang sangat lembut dan ringan. Setiap donut pula dibentuk dan digoreng secara manual.

Ads

I’m donut? Malaysia

Antara pilihan yang ditawarkan termasuk I’m donut? Original, Nama French Cruller, Pistachio Cream, Cacao dan Custard.

Namun, yang mungkin paling mencuri perhatian penggemar makanan tempatan ialah menu eksklusif Malaysia.

Ada Hojicha Kaya, Milo & Masala Chicken

Untuk kemunculan I’m donut? Malaysia, beberapa perisa dibangunkan khusus berdasarkan citarasa tempatan.

Ads

Antaranya Cham, Hojicha Kaya Jam, Milo Glazed, Masala Chicken, Banana Fritter Caramel dan Pandan Coconut Cream.

I’m donut? Malaysia

I’m donut? Malaysia

I’m donut? Malaysia Kini Dibuka, Ada 30 Pilihan Donut

Ads

Menu khas ini menjadi sebahagian daripada pendekatan I’m donut? untuk membawa identiti asal Jepun sambil menggabungkan pengaruh makanan dan citarasa Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Dengan pilihan manis dan savoury, pengunjung bukan sahaja boleh mencuba signature donut jenama tersebut, tetapi turut melihat bagaimana perisa tempatan diterjemahkan dalam bentuk donut.

Tak Perlu Ke Jepun Lagi

Bagi mereka yang pernah mengenali I’m donut? ketika melancong ke Jepun, pembukaan I’m donut? Malaysia memberi peluang untuk menikmati semula signature nama donut tanpa perlu terbang ke sana.

Bagi yang pertama kali mengenali jenama ini pula, kedai di The Exchange TRX menjadi peluang untuk mencuba sendiri donut yang sejak 2022 diperkenalkan sebagai pengalaman berbeza daripada donut biasa.

I’m donut? Malaysia terletak di GS.05.0, The Exchange TRX, dan beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam.

Baca juga artikel: Dari Katering Ke Bangsar, Rumoh Mekda Bawa Cita Rasa Pantai Timur Dengan Perkenan Sultan Pahang

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Nescafé

Nescafé Labur RM500,000 Bantu Belia Realisasikan Impian

Nescafé memperuntukkan RM500,000 untuk bantu belia Malaysia membangunkan startup melalui sokongan kewangan, mentor dan peluang berkongsi pengalaman.