
Semalam media sosial ‘banjir’ dengan perkongsian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan penyanyi dan pelakon Bella Astillah, ini berkait dengan majlis perkahwinannya yang tinggal beberapa hari lagi.
Syed Saddiq Buat Majlis Ikut Kemampuan

Menerusi temu ramah, Syed yang berumur 33 tahun, berkongsi soal aspek pengurusan kewangan dalam majlisnya nanti dan memilih untuk mengadakan ‘kenduri rakyat’ mengikut kemampuan dan tidak berlebihan.
Menurut Saddiq, masalah kewangan juga antara faktor yang boleh menyumbang kepada keretakan sebuah rumah tangga.
“Saya selalu berkongsi dengan bakal isteri bahawa kita buat sebaik mungkin mengikut kemampuan kerana kami juga mahu menyampaikan mesej yang baik.
Jangan kita menggadaikan segala simpanan hanya untuk kemewahan sehari, tetapi akhirnya menanggung hutang dan beban untuk berdekad-dekad.
Saddiq berkata demikian pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam pada itu, Saddiq berkata majlis perkahwinan di Kuala Lumpur itu diadakan secara kecil-kecilan dengan hanya dihadiri keluarga, rakan-rakan rapat serta peminat.
“Jika ada yang tidak menerima jemputan atau tidak dapat bersama secara fizikal pada hari tersebut, saya terlebih dahulu ingin memohon maaf. Bukan salah Bella, tetapi saya yang menjadi ‘pengawal kewangan’.”
Media juga banyak membantu dan Astro akan membuat siaran langsung. Jadi, mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal sekurang-kurangnya boleh mengikuti perjalanan dan proses tersebut menerusi televisyen atau secara dalam talian.
Kalau tidak dapat hadir ke resepsi utama di Kuala Lumpur, dijemput datang ke kenduri di Muar atau Sabah. Bella berkata majlis di ibu kota itu diadakan sebagai acara ramah mesra dengan kehadiran sekitar 200 tetamu.
Menurutnya, butiran lanjut mengenai acara berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Kenduri Rakyat Dapat Kerjasama Jenama Korporat

Sementara itu, Saddiq berkata penganjuran Kenduri Rakyat di Muar dan Sabah turut mendapat kerjasama daripada beberapa jenama korporat menerusi sumbangan barangan keperluan asas.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jasmine. Puluhan ribu kilogram barangan asas diberikan untuk majlis ini, saya anggarkan sekurang-kurangnya RM300,000.
“Ada orang mungkin memilih untuk meminta wang tunai, tetapi bagi kami, kalau melalui majlis ini kita dapat meringankan beban walaupun sebuah keluarga sambil mereka berkongsi kegembiraan kami, ia sesuatu yang sangat bermakna.”
Anda mungkin berminat dengan

Untuk makluman, Syed Saddiq dan Bella dijadualkan bakal melangsungkan akad nikah pada 10 Oktober ini.
Manakala, majlis resepsi pasangan berkenaan di Muar, Johor pula akan diadakan pada 25 Oktober, diikuti Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

