Ads

Anak Hidap Kanser Otak Mahu Hadir Konvokesyen, Ibu Bapa Berkorban Bawa Naik Ambulans Dua Hari

kanser otak

Anak hidap kanser otak mahu hadir konvokesyen, ibu bapa berkorban bawa naik ambulan dua hari.

Kasih ibu bapa terhadap anak sememangnya tiada batasan. Apa sahaja sanggup dikorbankan demi melihat anak tersayang bahagia, apatah lagi ketika diuji dengan penyakit serius.

Begitulah pengorbanan sepasang suami isteri yang sanggup menempuh perjalanan selama dua hari merentas tiga negeri demi menunaikan hasrat anak mereka yang menghidap kanser otak tahap empat untuk menerima sendiri segulung ijazah.

Kanser otak
Faiz diiringi oleh kedua ibu bapanya saat menerima ijazah pada 10 Oktober lalu
Anak Hidap Kanser Otak Mahu Hadir Konvokesyen

Muhammad Afiq Mohd Hairul Fahmy, 23 dibawa menggunakan ambulans dari Arau, Perlis ke Banting, Selangor sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu bagi menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Universiti TATI (UC TATI) ke-26 pada 10 Oktober lalu.

Keadaan Afiq yang memerlukan bantuan oksigen menyebabkan perjalanan jauh itu perlu dilakukan dengan sokongan perubatan. Namun, kesukaran tersebut tidak mematahkan semangat kedua-dua ibu bapanya untuk memastikan hasrat anak tersayang menjadi kenyataan.

Ads
kanser otak
Perjalanan Afiq mengambil ijazah memakan masa dua hari menaiki ambulan. Demi anak mereka, kedua ibu bapa ini berkorban

Tidak Sampai Hati Hampakan Permintaan Anak

Memetik laporan Malaysia Gazette, bapanya, Kepten Ts Mohd Hairul Fahmy Yob yang merupakan pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata, keinginan menghadiri konvokesyen itu datang daripada Afiq sendiri. Sebagai ibu bapa, mereka tidak sampai hati menolak permintaan tersebut meskipun menyedari kesukaran yang bakal dihadapi.

“Sememangnya untuk hadir ke majlis konvokesyen ini adalah kemahuannya sendiri yang kami tidak mampu untuk menolaknya walaupun kami menyedari ia satu perjalanan jauh. Kami tempuhi perjalanan selama dua hari untuk sampai ke sini kerana keperluan kesihatannya.

Ads
kanser otak
Muhammad Afiq Mohd Hairul Fahmy ditemani ibu bapanya sendiri sewaktu menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Perniagaan (Kepujian) pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti TATI ke-26 pada 10 Oktober 2026 lalu.

“Demi Afiq, kami sanggup mengusahakan segala-galanya malah pernah terfikir untuk mendapatkan penerbangan ihsan bagi membolehkannya hadir ke majlis konvokesyen ini. Namun, atas nasihat doktor, keadaan kesihatannya tidak mengizinkan untuk menaiki pesawat,” katanya.

Keluarga itu akhirnya memilih perkhidmatan ambulans yang disediakan oleh 96 Hospital Angkatan Tentera (96 HAT) berpangkalan di Lumut, Perak, bagi memastikan Afiq mendapat sokongan perubatan sepanjang perjalanan.

Segulung Ijazah, Seribu Makna Buat Ibu Bapa

Segala usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila Afiq berjaya menerima sendiri Anugerah Khas Aegrotat dalam keadaan berkerusi roda ditemani kedua-dua ibu bapanya.

Ads

Anak muda ini berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Perniagaan (Kepujian) meskipun berdepan penyakit serius.

Anda mungkin berminat dengan

kanser otak
Afiq berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Perniagaan (Kepujian) di kelilingi rakan2nya

Bagi ibu bapa, perjalanan dua hari itu mungkin penuh kepayahan, namun melihat anak tersayang berada di pentas konvokesyen pastinya menjadi kenangan yang cukup bermakna.

Bagi seorang ibu dan ayah, kejayaan anak bukan hanya diukur pada segulung ijazah, tetapi juga pada setiap perjuangan yang dilaluinya untuk sampai ke tahap itu.

Semoga Muhammad Afiq dikurniakan kekuatan dan kesembuhan manakala kedua-dua ibu bapanya terus diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Warga Emas

Ramai Warga Emas Meninggal Dunia Seorang Diri, Jiran Kena Kuatkan Budaya...

Kes warga emas meninggal seorang diri bukan satu isu baharu, malah menurut pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) UPM, dianggarkan terdapat kira-kira 3,500 kes kematian bersendirian setiap tahun di seluruh negara.