Ads

Dilarang Pakai Hijab Di Sekolah, Pelajar Perempuan Azerbaijan Menangis Tak Dapat Masuk Kelas

Dilarang Pakai Hijab
Dilarang Pakai Hijab

Tular video seorang pelajar perempuan menangis kerana dilarang pakai hijab di Azerbaijan, niat nak menuntut ilmu terbantut apabila berlaku situasi ini di sekolah.

Apa yang menyedihkan, bukan sahaja pelajar, malah guru juga menjadi mangsa keadaan yang mana mereka diminta menanggalkan tudung ketika bertugas atau berdepan tekanan untuk meletakkan jawatan. Ini sekali gus mencetuskan bantahan pelajar dan ibu bapa terhadap pelaksanaan peraturan pakaian sekolah yang baharu.

Dilarang Pakai Hijab Di Sekolah

Dilarang Pakai Hijab Di Sekolah, Pelajar Perempuan Azerbaijan Menangis Tak Dapat Masuk Kelas

Dalam satu video yang tular, seorang pelajar perempuan Azerbaijan menangis sambil merayu:

“Saya seorang pelajar dan saya mahu belajar. Saya mempunyai hak untuk belajar!”

Menurut keterangan video yang dikongsikan oleh Al Jazeera Turki, pelajar perempuan tersebut didakwa dihalang daripada menghadiri kelas kerana memakai hijab.

Isu ini kembali mencetuskan perdebatan di Azerbaijan susulan aduan bahawa pelajar perempuan bertudung dihalang memasuki sekolah dan meneruskan pendidikan kerana peraturan pakaian seragam.

Ads

Menurut laporan JAMnews, pelajar di beberapa sekolah berkumpul di luar bangunan sekolah dan enggan mengikuti kelas sebagai tanda solidariti terhadap rakan mereka yang memakai hijab. Ibu bapa turut mendesak supaya anak mereka dibenarkan meneruskan persekolahan.

Guru Meluahkan Rasa Tertekan

Dilarang Pakai Hijab Di Sekolah, Pelajar Perempuan Azerbaijan Menangis Tak Dapat Masuk Kelas

Seorang guru, Zahra Hasanova, memberitahu Al Jazeera, beliau dimaklumkan tidak lagi dibenarkan memakai hijab di sekolah.

“Sejujurnya, saya agak beremosi. Saya berasa terluka.

“Pemakaian hijab ialah pilihan peribadi. Jika suatu hari nanti saya mahu menanggalkannya, itu juga sepatutnya menjadi pilihan saya,” katanya.

Ads

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan pelajar memeluk guru mereka sambil menangis selepas dihalang memasuki sekolah. Media tempatan melaporkan, pelajar dari dua sekolah memboikot sebagai bantahan terhadap sekatan itu.

Pelajar Perempuan Azerbaijan Menangis Tak Dapat Masuk Kelas

Dilarang Pakai Hijab Di Sekolah, Pelajar Perempuan Azerbaijan Menangis Tak Dapat Masuk Kelas

Pertikaian itu semakin panas apabila Kementerian Dalam Negeri Azerbaijan mengumumkan penahanan 37 individu berhubung insiden yang berlaku ketika peraturan tersebut dikuatkuasakan.

Ada dakwaan mengatakan bahawa pelajar perempuan bertudung di sesetengah sekolah dihalang daripada mengikuti pembelajaran.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Perkara yang perlu dipastikan ialah sama ada larangan itu datang daripada dasar rasmi kerajaan atau tindakan pihak sekolah dalam mentafsir peraturan pakaian seragam. Isu yang dilaporkan lebih berkait dengan dasar pendidikan, sekularisme dan pemakaian hijab.

Cuba bayangkan perasaan seorang anak perempuan, dia datang ke sekolah untuk belajar, mengejar cita-cita dan membina masa depan.

Tetapi jika benar pelajar dihalang daripada mengikuti pelajaran hanya kerana memakai hijab, persoalan tentang hak mendapatkan pendidikan dan kebebasan beragama wajar dibangkitkan.

Untuk info, Azerbaijan adalah negara kaya dengan sumber tenaga yang majoriti penduduknya beragama Islam Syiah, muncul sebagai antara negara paling sekular di dunia Islam selepas beberapa dekad berada di bawah pemerintahan Soviet.

Sumber rujukan: OC Media

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

aliff daniel

Bapa Aliff Daniel Luah Konflik Dengan Anak & Bekas Isteri, “Tak...

Bapa Aliff Daniel luah konflik keluarga hingga bercerai, kini hidup sendirian.