Ads

Penghormatan Terakhir Buat Imam Muda, Mohammad Syazwan Derma Organ Demi Insan Lain Teruskan Kehidupan

Penghormatan Terakhir
Penghormatan Terakhir

Kakitangan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) memberi satu penghormatan terakhir buat allahyarham Mohammad Syazwan bin Mahadi yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Pilah–Seremban, bagi mengenang jasanya menerusi ‘Honor Walk’, pagi tadi.

Penghormatan Terakhir Buat Imam Muda

Penghormatan Terakhir Buat Imam Muda, Mohammad Syazwan Derma Organ Demi Insan Lain Teruskan Kehidupan

Lebih menyentuh hati, Allahyarham bukan sahaja dikenali sebagai Imam Muda di Masjid BBS, malah turut menjadi penderma organ, sekali gus memberi peluang kepada insan lain untuk meneruskan kehidupan.

Menerusi klip video yang tular di Facebook pada hari ini, warga hospital berkenaan dilihat berbaris mengiringi perjalanan jenazah Allahyarham sebagai penghormatan terakhir.

Video berdurasi 41 saat itu turut memaparkan beberapa kakitangan menolak katil yang membawa jenazah Allahyarham, melalui laluan yang diiringi warga hospital sebelum memasuki sebuah ruang.

Ads

Mohammad Syazwan Derma Organ Demi Insan Lain Teruskan Kehidupan

Penghormatan Terakhir Buat Imam Muda, Mohammad Syazwan Derma Organ Demi Insan Lain Teruskan Kehidupan

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang terharu dengan pengorbanan Allahyarham, selain memuji usahanya dalam terus berbakti membantu insan yang memerlukan.

Sebelum ini, media melaporkan Mohammad Syazwan maut selepas motosikal Yamaha 135LC yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah Honda Civic di Kilometer 21, Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Kuala Pilah, 2.06 petang semalam.

Ads

Mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta berusia 56 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penghormatan Terakhir Buat Imam Muda, Mohammad Syazwan Derma Organ Demi Insan Lain Teruskan Kehidupan

Ads

Salam takziah diucapkan kepada ibunya, Ustazah Saerah Binti Hj Karin, serta seluruh ahli keluarga. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang.

Anda mungkin berminat dengan

Semoga segala kebaikan Allahyarham menjadi amal jariah yang berpanjangan dan rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

penyewa dari neraka

Penyewa Dari Neraka! Rumah Jadi Lombong Bitcoin Haram, Wanita Terpaksa Tanggung...

Niat menyewakan rumah bertukar mimpi ngeri apabila Adda Aliff berdepan tuntutan TNB RM91,657.40 akibat kegiatan lombong bitcoin haram oleh penyewa.