Ads

Besan Jadi Suami Isteri, Anak Pun Tak Sangka Ibu Berjodoh Dengan Bapa Mentua

Besan
Besan

Dari status besan bertukar jadi pasangan hidup. Tidak pelik pun kalau Allah yang Maha Bekehendak mengaturkan urusan jodoh, pastinya akan tetap bersatu walau nampak janggal di mata orang lain.

Itulah kisah perkahwinan unik, Syed Saifudeen Syed Mansoor, 63, dan Nor Azura Md Yusof, 55, yang diatur Allah. Mungkin janggal pada orang lain tetapi tetap istimewa di hati dua insan ini.

Besan Jadi Suami Isteri

Besan Jadi Suami Isteri, Anak Pun Tak Sangka Ibu Berjodoh Dengan Bapa Mentua

Pada awalnya mereka hanya mempunyai hubungan sebagai bapa mentua dan ibu kepada menantu. Selepas isteri Syed Saifudeen meninggal dunia pada April 2022, dia mula hidup sendirian apabila anak-anaknya sudah mempunyai keluarga masing-masing.

Dalam masa yang sama, Nor Azura juga sudah bertahun-tahun hidup sendirian selepas kehilangan suami akibat kanser usus pada 2004.
Dengan persetujuan keluarga, hubungan yang pada mulanya dianggap kekok itu akhirnya membawa kepada satu keputusan yang tidak pernah terlintas sebelum ini.

Anak Pun Tak Sangka Ibu Berjodoh Dengan Bapa Mentua

Besan Jadi Suami Isteri, Anak Pun Tak Sangka Ibu Berjodoh Dengan Bapa Mentua

Ads

Berkongsi kisah tersebut, Puteri Nazratul Amirah Mohd Azman, 33, berkata, dia sendiri tidak menyangka jodoh buat ibunya adalah bapa mentuanya sendiri iaitu bapa suaminya, Syed Mohd Baihaqi Hilmi, 36.

“Saya berkahwin dengan suami pada 2018 dan pada 2019, ibu mentua Allahyarham Kembang Abd Rahman didiagnosis masalah buah pinggang dan dua tahun lebih menjalani dialisis.

“Pada April 2022, ibu mentua meninggal dunia dan dalam masa sama, anak-anak ayah mentua (adik-beradik suami) semua sudah berkahwin dan berkeluarga. Jadi dia sunyi di rumah. Tetapi kami kerap balik kampung.

Ads

“Balik kampung, saya sering keluar dengan mak atau ayah mentua di Kuantan. Benda tu macam tak sedap (apabila keluar bersama-sama), jadi bolehlah (cadangan berkahwin) dan ayah mentua pun sunyi,” katanya.

BACA ARTIKEL INI: Bertemu Jodoh di Hospital, Pejuang Kanser dan SLE Bersatu Atas Pelamin

Puteri Nazratul Amirah berkongsi, kemudian bapa mentuanya sendiri datang ke rumah bertemu ibunya berhubung hasrat untuk berkahwin.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Mereka disatukan sebagai suami isteri pada September 2022. Kini, hubungan mereka bukan lagi sekadar besan. Nor Azura menjadi isteri, manakala Syed Saifudeen pula menjadi ayah tiri kepada menantunya sendiri.

Siapa sangka, orang yang dulu dipanggil besan, akhirnya menjadi teman hidup hingga ke hari tua. Begitulah uniknya aturan jodoh, kadangkala hadir dari arah yang langsung tidak pernah kita duga.

Sumber: Kosmo!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

kawan

Ada Kawan Yang Kita Sayang Tapi Tak Lagi Baik Untuk Jiwa...

Semakin dewasa, kita sedar tidak semua kawan perlu kekal sedekat dahulu. Ada yang masih kita sayang, tetapi bersamanya jiwa semakin penat.