Ads

Dua Tahun Tidak Ke Sekolah, Bukan Malas Tetapi Kena Jaga Ayah Yang Lumpuh

Tidak Ke Sekolah
Tidak Ke Sekolah

Luluh hati membaca kisah seorang anak gadis yang dua tahun tidak ke sekolah sebab jaga ayahnya yang sakit. Bukan kehendak tetapi ini kerana terpaksa sebab tiada orang lain yang boleh uruskan ayahnya yang terlantar sakit.

Dua Tahun Tidak Ke Sekolah

Dua Tahun Tidak Ke Sekolah, Bukan Malas Tetapi Kena Jaga Ayah Yang Lumpuh

Kalau tidak didedahkan saudara Herman Sudil, mungkin tiada orang tahu kisah anak gadis ini. Sedih, ketika kanak-kanak lain seusianya sibuk belajar, bermain dan bergembira bersama rakan-rakan di sekolah, namun anak kecil ini terpaksa mengorbankan zaman persekolahannya. Ibunya telah meninggal dunia.

Belum sempat dia mengubati kerinduan terhadap seorang ibu, ayahnya pula jatuh sakit sehingga lumpuh dan tidak mampu bangun menguruskan diri.

Dia anak tunggal. Usia yang sepatutnya dipenuhi dengan gelak tawa, bermain bersama kawan-kawan, memakai uniform sekolah dan mengejar cita-cita.

Tetapi tidak bagi anak kecil ini. Tinggallah dia seorang diri menjaga ayah yang terlantar. Tiada abang untuk membantu. Dan tiada kakak untuk berkongsi kesedihan. Tidak ada adik juga untuk diajak bermain. Hanya dia dan ayahnya.

Ketika anak-anak lain bangun pagi untuk pergi ke sekolah, dia bangun untuk menjaga ayah. Ketika rakan-rakan seusianya sibuk belajar, dia terpaksa meninggalkan alam persekolahan. Bukan kerana dia tidak mahu belajar.

Bukan kerana dia tidak mempunyai cita-cita. Tetapi kerana di rumah, ada seorang ayah yang tidak mampu bangun sendiri. Dua tahun berlalu. Daripada seorang anak berusia 10 tahun, kini dia sudah berusia 12 tahun.

Ads

Dua tahun zaman kanak-kanaknya berlalu dalam keadaan yang tidak sepatutnya ditanggung oleh anak sekecil itu. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaannya.

Sudahlah kehilangan ibu. Ayah pula terlantar sakit. Dan kini, dia terpaksa berpisah pula dengan satu-satunya insan yang masih menjadi tempat dia menumpang kasih sayang.

Tinggalkan Ayah Demi Masa Depan

Dua Tahun Tidak Ke Sekolah, Bukan Malas Tetapi Kena Jaga Ayah Yang Lumpuh

Bukan kerana tidak sayang. Bukan juga sebab  tidak mahu menjaga. Tetapi kerana dia sendiri masih seorang kanak-kanak yang perlu dijaga, dididik dan diberi peluang membina masa depan.

Alhamdulillah, sekarang ayahnya ditempatkan di sebuah pusat jagaan warga emas di Johor Bahru. Manakala anak kecil ini telah dihantar oleh JKM ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak TBQ Amal pada hari Jumaat yang lalu.

Ads

Kini dia menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami. Tetapi paling mencuit emosi, dia dan ayahnya terpaksa berpisah kerana keadaan hidup yang tidak lagi mengizinkan mereka tinggal bersama seperti dahulu.

Kadang-kadang dalam kehidupan ini, kasih sayang tidak semestinya bermakna kita dapat terus berada di sisi orang yang kita sayangi. Ada perpisahan yang terpaksa berlaku supaya kedua-duanya dapat meneruskan kehidupan.

Dua Tahun Tidak Ke Sekolah, Bukan Malas Tetapi Kena Jaga Ayah Yang Lumpuh

Nasib anak ini tidak sama dengan anak lain. Ketika dia merindui ibunya, ibu sudah tiada. Ketika dia mahu bermanja dengan ayah, ayah pula sedang terlantar.

Dan ketika dia memerlukan sebuah keluarga, keadaan memaksa mereka tinggal berasingan. Ya Allah… berat sungguh ujian anak sekecil ini.

Ads

Semoga di tempat baharu, anak ini lebih selesa. Ada penjaga yang akan memastikan dia makan, belajar, berehat dan membesar dengan baik walau tidak sama ‘level’ waktu dijaga arwah ibu.

Anda mungkin berminat dengan

Sekurang-kurangnya, anak gadis ini tidak perlu lagi memikul tanggungjawab orang dewasa seorang diri. Anak ini berhak kembali ke sekolah, berhak bermain, berhak ketawa dan selayaknya mempunyai impian.

Dan yang paling penting, dia berhak menjadi kanak-kanak semula. Insya Allah, hubungan dengan ayahnya akan terus dipelihara.

Semoga suatu hari nanti, apabila anak ini sudah dewasa dan berjaya, ayahnya masih diberi umur dan kesempatan untuk melihat kejayaannya. Dan semoga anak ini dapat memeluk ayahnya sambil berkata…

“Ayah… saya dah berjaya. Terima kasih sebab bertahan untuk saya.”

Di sebalik kisah anak yang tidak ke sekolah, ada kisah kehidupan yang tidak pernah kita bayangkan. Mereka tidak meminta untuk dilahirkan dalam kesusahan. Mereka cuma mahu peluang untuk hidup seperti anak-anak kita yang lain.

Sama-sama kita doakan agar anak ini kerana bagi ayahnya, dialah satu-satunya keluarga yang dimiliki di dunia ini.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

busana resepsi Putri Batrisya

Busana Resepsi Putri Batrisya Diilhamkan Angsa Putih, Dihiasi 83,000 Kristal Swarovski

Busana resepsi Putri Batrisya bernilai RM170,000 diinspirasikan angsa putih, mengambil masa enam bulan dan dihiasi 83,000 kristal Swarovski.