Ads

Pelajar Perempuan 16 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Di Dewan Sekolah

Pelajar Perempuan 16 Tahun
Pelajar Perempuan 16 Tahun

Satu lagi berita yang cukup menyayat hati apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dilaporkan ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah dewan sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, pada petang Sabtu, 3 Oktober 2026.

Menurut sumber berita yang dilaporkan, mangsa dipercayai menghadiri kelas tambahan pada sesi petang di sekolah berkenaan.

Pelajar Perempuan 16 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Di Dewan Sekolah

Pelajar Perempuan 16 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Di Dewan Sekolah

Kehilangannya mula disedari selepas seorang rakan bertanyakan keberadaan mangsa kepada neneknya. Nenek mangsa kemudiannya pergi ke sekolah sebelum mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beberapa laporan awal turut mendakwa terdapat kesan darah kering ditemukan pada badan mangsa selain lebam seolah-olah dipukul. Selain itu turut ditemukan pasu pecah berdekatan mangsa. Namun butiran sebenar mengenai bagaimana kecederaan itu berlaku masih tertakluk kepada siasatan pihak polis.

Ads

Usia yang sepatutnya diisi dengan belajar, bergelak bersama kawan, memikirkan cita-cita dan membina masa depan, tetapi berakhir dengan sebuah tragedi yang tidak sepatutnya berlaku.

Lebih menyedihkan apabila kita melihat pelbagai cerita dan spekulasi mula tersebar di media sosial mengenai punca kejadian. Namun, setakat ini motif sebenar kejadian belum disahkan secara rasmi.

Pelajar Perempuan 16 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Di Dewan Sekolah

Ads

Jangan kita menghukum atau menuduh mana-mana pihak sebelum siasatan lengkap dijalankan. Apa yang pasti, kejadian seperti ini seharusnya menjadi peringatan besar kepada semua pihak.

Sekolah sepatutnya menjadi tempat anak-anak belajar dan berasa selamat. Buat pelajar, kalau ada masalah dengan rakan, jangan selesaikan dengan kekerasan.

Pelajar Perempuan 16 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Di Dewan Sekolah

Ads

Di Malaysia, kes bunuh yang melibatkan murid sekolah atau remaja berusia 14 tahun akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (kesalahan membunuh). Walau bagaimanapun, proses perbicaraan dan hukuman bagi pelaku di bawah umur dikawal selia oleh Akta Kanak-Kanak 2001.

Anda mungkin berminat dengan

Di sebalik kes yang sedang mendapat perhatian ramai, ada seorang nenek yang kehilangan cucu yang dijaganya. Semoga keluarga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan ini dan siasatan dapat memberikan jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Al-Fatihah buat arwah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Hanan Qaireen

Hanan Qaireen Menang Saman Hospital RM12.19 Juta, Perjuangan Ibu Berbaloi Walau...

Kisah Hanan Qaireen pernah tular disebabkan kerosakan otak akibat komplikasi ketika proses kelahiran. Hari ini ibunya meluahkan rasa syukur apabila mereka menang dalam kes saman kecuaian perubatan yang difailkan terhadap hospital kerajaan dan beberapa doktor.