Berusia 15 tahun, seorang pelajar perempuan kena tikam di kantin sebuah sekolah menengah di Banting di sini selepas membeli roti. Takut dengan budaya budak zaman sekarang, ada salah faham atau rasa tidak puas hati terus main pisau!
Pelajar Perempuan Kena T*kam
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika waktu rehat apabila mangsa dipercayai ditikam di bahagian belakang dan hadapan badan dalam insiden yang mengejutkan warga sekolah.
Seorang pelajar mendakwa, suspek dipercayai memasuki kawasan kantin melalui laluan dari arah surau sebelum kejadian berlaku.
Ads
Katanya, keadaan bertukar gempar sejurus kejadian dengan pelajar bertempiaran lari menyelamatkan diri.
“Kejadian masa rehat bagi pelajar tingkatan tiga. Suspek tikam bahagian belakang dan depan badan,” katanya.
Suspek Berusia 15 Tahun dan Pernah Dibuang Sekolah
Ads
Jelasnya, kesemua pelajar kemudiannya telah diarahkan berkumpul di padang sekolah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Dalam pada itu, pelajar terbabit turut memaklumkan suspek yang juga berusia 15 tahun dipercayai pernah dibuang sekolah pada tahun lalu.
Ads
“Dia dikatakan mempunyai masalah mental dan pernah terjun dari salah sebuah bangunan sekolah tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hadir ke sekolah berkenaan hampir setengah jam bermula pukul 1 tengah hari.
Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi yang turut melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.
Ramai watak si anak yang sudah kerja bagus dan hidup dalam keluarga stabil tetapi tidak mahu pulang ke rumah ibunya apabila sudah dewasa. Salah siapa dan adakah situasi ini normal dek kerana ada dendam yang pernah wujud dalam dirinya?
Atau mungkin kerana takut dengan bayang-bayang kecil zaman kanak-kanaknya membuatkan dia tidak lagi punya hati mahu jenguk ibu di kampung.
“Kenapa Anak Ini Buang Ibunya?”
Ramai terkejut bila dengar kisah ini.
“Mana ada anak sanggup buang ibu sendiri?” “Syurga di bawah tapak kaki ibu.” “Ibu mana pernah derhaka.”
Tetapi kisah ini benar. Seorang anak lelaki dewasa, berjaya dalam hidup. Kerja baik. Keluarga stabil. Namun tidak lagi pulang ke rumah ibunya.
Bukan kerana ibu itu miskin. Bukan kerana ibu itu jahat. Tetapi kerana luka lama yang tidak pernah sembuh.
Sejak kecil, dia membesar dengan: makian bila buat salah, herdikan bila bertanya dan kata-kata yang merendahkan maruah diri.
“Bodoh.” “Tak guna.” “Menyusahkan hidup mak.”
Setiap hari marah. Ibu itu tidak memukul. Tetapi kata-katanya menampar jiwa anaknya. Anak itu membesar tak pandai membenci, tapi pandai menjauh.
Bila dewasa, dia tidak melawan. Tidak memaki. Tidak berdendam. Dia hanya pergi. Ramai orang lupa satu perkara:
Nafkah emosi itu kewajipan, bukan pilihan. Ramai juga percaya:
“Ibu bapa tak akan derhaka pada anak.”
Hakikatnya, bila lidah digunakan untuk mencederakan emosi anak, itu bukan lagi mendidik — itu melukai.
Dan luka emosi yang dipendam sejak kecil, akan menentukan bagaimana anak melayan ibu bapanya bila dewasa. Bukan semua anak yang menjauh itu derhaka.
Ada yang hanya penat menahan sakit terlalu lama. Kalau hari ini kita ibu yang sedang marah, ingat satu perkara:
Anak mungkin kecil hari ini, tetapi ingatan emosinya sangat panjang.
Jagalah lisan. Kerana lidah ibu, boleh menjadi doaatau luka yang anak bawa sampai mati.
Memilih pad bersalin atau tuala wanita bersalin yang sesuai mungkin kelihatan seperti perkara kecil, namun ia memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan dan kebersihan ibu sepanjang tempoh berpantang.
Selepas melahirkan bayi, tubuh wanita akan mengalami proses pemulihan termasuk pengeluaran darah nifas yang boleh berlanjutan selama beberapa minggu. Oleh sebab itu, penggunaan pad bersalin yang mempunyai daya serapan tinggi amat penting bagi mengurangkan risiko kebocoran, menjaga kebersihan serta membantu ibu bergerak dengan lebih selesa.
Berbeza dengan tuala wanita biasa, pad bersalin direka khas untuk menyerap aliran darah nifas yang lebih banyak. Ia biasanya lebih panjang, lebih lebar dan lebih tebal, selain mempunyai beberapa lapisan tambahan untuk meningkatkan tahap serapan.
Ada juga produk yang dipadankan dengan seluar dalam pakai buang bagi memberikan perlindungan tambahan, terutama ketika ibu sedang berehat atau tidur.
Jika anda masih keliru memilih produk yang sesuai, berikut empat perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum membeli tuala wanita bersalin.
Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan ialah saiz.
Sepanjang tempoh awal selepas melahirkan bayi, aliran darah nifas biasanya lebih banyak berbanding hari-hari berikutnya. Oleh itu, ibu disarankan memilih pad bersalin yang lebih besar supaya mampu memberikan perlindungan maksimum.
Pastikan saiz pad sesuai dengan bentuk badan agar tidak terlalu longgar atau terlalu ketat ketika dipakai. Pemakaian yang selesa membantu ibu bergerak dengan lebih yakin sepanjang tempoh berpantang.
Daya serapan merupakan faktor paling penting ketika memilih pad bersalin.
Produk yang mempunyai penyerapan tinggi mampu menyerap darah nifas dengan lebih baik sekali gus mengurangkan risiko kebocoran, terutama ketika ibu sedang tidur atau berehat dalam tempoh yang lama.
Maternity pad sememangnya direka khas untuk menampung aliran darah selepas bersalin yang lebih banyak berbanding haid biasa.
Oleh itu, memilih produk dengan kapasiti serapan yang tinggi akan memberikan keselesaan sepanjang hari.
Kulit di bahagian intim wanita selepas bersalin biasanya lebih sensitif. Justeru, pilih pad bersalin yang diperbuat daripada bahan lembut serta mesra kulit.
Sebaik-baiknya, elakkan produk yang mengandungi pewangi, klorin, agen peluntur, bahan tambahan pendarfluor, paraben atau lateks kerana ia berpotensi menyebabkan iritasi kepada sesetengah individu.
Produk yang bebas bahan kimia dan alergen lazimnya lebih selamat serta memberikan keselesaan optimum sepanjang tempoh pemulihan.
Sebelum membuat keputusan, luangkan sedikit masa untuk membaca ulasan pengguna.
Pengalaman ibu lain boleh membantu anda mengenal pasti kelebihan dan kekurangan sesuatu jenama pad bersalin.
Ada produk yang terkenal kerana daya serapan tinggi, manakala ada juga yang menjadi pilihan kerana lebih nipis, lembut dan selesa dipakai.
Jika pertama kali membeli maternity pad, anda boleh mencuba beberapa jenama berbeza bagi mengetahui produk yang paling sesuai dengan keperluan diri.
Ramai pakar turut menyarankan agar ibu menyediakan pad bersalin lebih awal sebelum tarikh jangkaan bersalin.
Dengan cara ini, ibu tidak perlu tergesa-gesa membeli keperluan selepas melahirkan bayi.
Selain maternity pad, anda juga boleh menyediakan seluar dalam pakai buang, pelapik katil kalis air serta pakaian yang longgar dan selesa bagi memudahkan proses pemulihan.
Tempoh berpantang adalah fasa penting untuk ibu mendapatkan rehat secukupnya sambil menyesuaikan diri dengan kehadiran cahaya mata.
Pemilihan pad bersalin yang tepat bukan sahaja membantu menjaga kebersihan diri, malah memberikan keselesaan sepanjang proses pemulihan selepas melahirkan bayi.
Walaupun terdapat pelbagai pilihan di pasaran, utamakan produk yang mempunyai daya serapan tinggi, diperbuat daripada bahan mesra kulit dan sesuai dengan keperluan tubuh anda.
Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO kini menjadi antara topik yang hangat diperkatakan dalam kalangan pekerja sektor formal selepas kerajaan menguatkuasakan skim perlindungan baharu itu bermula 1 Jun 2026.
Melalui pelaksanaan Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO, lebih sembilan juta pekerja di Malaysia kini menikmati perlindungan terhadap kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja, termasuk ketika cuti umum, hari rehat atau menjalankan urusan peribadi.
Sebelum ini, perlindungan PERKESO hanya meliputi kemalangan yang berlaku semasa bekerja atau ketika dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.
Pelaksanaan skim baharu ini memberi perlindungan yang lebih menyeluruh kepada pencarum, namun ramai masih tertanya-tanya mengenai jumlah potongan gaji yang dikenakan setiap bulan.
Bagi memudahkan orang ramai, PERKESO telah menyediakan jadual caruman Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO mengikut kadar gaji bulanan.
Caranya cukup mudah.
Anda hanya perlu mengenal pasti jumlah gaji bulanan, kemudian semak kategori caruman yang berkaitan sebelum melihat jumlah potongan yang dikenakan.
Jadual tersebut dibahagikan kepada dua kategori utama.
Oleh itu, pekerja disaran menyemak kategori masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan ketika membaca jadual caruman.
Bagi mengurangkan beban kewangan pekerja, kerajaan menetapkan kadar caruman Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO secara berperingkat.
Berbeza dengan Skim Bencana Pekerjaan sedia ada, caruman skim ini ditanggung sepenuhnya oleh pekerja atau 100 peratus syer pekerja.
Namun begitu, PERKESO menetapkan had siling gaji sebanyak RM6,000 bagi tujuan pengiraan caruman.
Ini bermakna sekiranya seseorang pekerja memperoleh gaji melebihi RM6,000 sebulan, kadar caruman tetap dikira berdasarkan had maksimum tersebut.
PERKESO turut menjelaskan bahawa pekerja yang mempunyai lebih daripada satu pekerjaan formal tidak perlu membuat caruman berganda.
Sebaliknya, Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO hanya akan dicarum oleh satu majikan utama sahaja.
Langkah ini bertujuan mengelakkan pekerja dikenakan potongan berganda bagi perlindungan yang sama.
Melalui Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO, pencarum berpeluang menikmati pelbagai manfaat sekiranya mengalami kemalangan di luar waktu bekerja.
Antara manfaat yang disediakan ialah:
Kemudahan ini diharap dapat memberikan perlindungan sosial yang lebih menyeluruh kepada pekerja dan keluarga mereka.
Bagi pekerja yang masih belum mengetahui jumlah potongan gaji masing-masing, anda boleh merujuk jadual caruman rasmi yang dikeluarkan PERKESO mengikut julat gaji bulanan.
Semakan awal bukan sahaja membantu anda memahami jumlah potongan setiap bulan, malah membolehkan anda mengetahui manfaat yang bakal dinikmati di bawah Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO.
Pernah tak anda ambil peduli tentang perubahan pada najis? Mungkin rasa pelik dan janggal tetapi sebenarnya anda patut risau jika kelihatan tanda yang berbeza daripada kebiasaan. Jom kita teruskan membaca berkaitan corak pembuangan air besar yang berkait rapat dengan masalah kesihatan.