Ads

Pelajar Perempuan Tingkatan Dua Gigit Tangan Suspek, Selamatkan Diri Daripada Cubaan Diculik

Pelajar Perempuan
Pelajar Perempuan

Tular video seorang pelajar perempuan tingkatan dua berdepan detik mencemaskan apabila dipercayai hampir menjadi mangsa cubaan culik ketika berjalan di sebuah lorong di Pekan Simpang Kuala, Alor Setar.

Situasi ini membuatkan mak ayah makin risau nak melepaskan anak-anak keluar rumah, banyak penjenayah yang buat kerja dalam diam tanpa disangka-sangka.

Pelajar Perempuan Tingkatan Dua Gigit Tangan Suspek

Pelajar Perempuan Tingkatan Dua Gigit Tangan Suspek, Selamatkan Diri Daripada Cubaan Diculik

Menerusi paparan video daripada saudari Saadiah Rahmat, dalam kejadian kira-kira jam 8.26 malam itu, mangsa dikatakan dihampiri seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal sebelum suspek bertindak memberhentikan motosikal di hadapan remaja terbabit.

BACA ARTIKEL: Guru Dipercayai Rempuh Pelajar Hingga Meninggal Dibawa Ke Mahkamah Bagi Urusan Reman

Ads

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Syed Basri Syed Ali berkata, suspek kemudian memeluk mangsa serta menutup muka pelajar itu menggunakan tangan.

Namun, mangsa berjaya menyelamatkan diri selepas menggigit tangan suspek sebelum terus berlari ke sebuah pusat tuisyen berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Selamatkan Diri Daripada Cubaan Diculik

Pelajar Perempuan Tingkatan Dua Gigit Tangan Suspek, Selamatkan Diri Daripada Cubaan Diculik

Ads

Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pihak polis turut mendapatkan bantuan Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah bagi menjalankan pemeriksaan serta mendapatkan sampel di lokasi kejadian.

Ads

Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan pihak berkuasa.

Anda mungkin berminat dengan

Apa pun, ibu bapa perlu pesan pada anak-anak untuk lebih berwaspada apabila keluar dari rumah. Nak-nak apabila waktu malam, pilihlah tempat orang ramai dan elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi.

Sekarang walau CCTV merata-rata pun, masih jenayah berleluasa. Sangat membimbangkan dan rasa takut nak biarkan anak keluar rumah tanpa orang dewasa.

Sumber info: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

serangan gajah liar

Serangan Gajah Liar: “Tak Sempat Jamah Pau & Tapai Pulut” Isteri...

Kisah serangan gajah liar di Gua Musang undang sebak apabila mangsa tidak sempat menikmati pau dan tapai pulut yang disediakan isterinya sebelum maut.