Ads

Wanita OKU Gigih Jual Burger Kembali Tular, Eerah Cari Rezeki Tanpa Harapkan Ehsan

Wanita OKU
Wanita OKU

Wanita OKU (orang kurang upaya) menjual burger ini pernah tular suatu ketika dahulu, kegigihannya menjadi tarikan ramai mata memandang dek kerana usaha kerasnya.

Wanita OKU Gigih Jual Burger Kembali Tular

Wanita OKU Gigih Jual Burger Kembali Tular, Eerah Cari Rezeki Tanpa Harapkan Ehsan

Namun baru-baru ini, video Jaheerah Nadzri atau lebih dikenali sebagai Eerah kembali mendapat perhatian apabila video memaparkan dirinya memasak dikongsikan seorang pengguna Threads dari luar negara.

Pemilik akaun itu turut menyatakan rasa bangga terhadap Eerah kerana berusaha menjalani kehidupan berdikari meskipun berdepan ketidakupayaan.

Ternyata kekurangan diri bukan penghalang buat wanita ini berkongsi aktiviti harian sebagai penjual burger dan solekan nipis yang dipakai pada wajahnya.

Eerah merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga menyebabkan bapanya sangat menjaga keperluan puterinya itu.

Ads

Eerah Cari Rezeki Tanpa Harapkan Ehsan

Wanita OKU Gigih Jual Burger Kembali Tular, Eerah Cari Rezeki Tanpa Harapkan Ehsan

Menurut sumber Sinar Harian, bapanya iaitu Nadzri, dia sememangnya menggalakkan anaknya untuk bekerja sendiri berbanding bekerja dengan orang kerana lebih tahu tahap keupayaan anaknya itu.

Katanya, dia sentiasa memberikan sokongan dan sentiasa menemani anaknya kerana Eerah masih perlu dibantu dalam setiap pekerjaan kerana keadaannya yang tidak seperti orang lain.

Ads

Wanita OKU Gigih Jual Burger Kembali Tular, Eerah Cari Rezeki Tanpa Harapkan Ehsan

Dia tidak pernah makan gaji sebab tiada kelulusan tapi yang utama disebabkan keadaan fizikalnya yang memerlukan bantuan orang sekeliling.

Sebagai bapa dia mengharapkan yang terbaik buat Eerah dan berharap wanita itu mampu berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang satu hari nanti.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Wanita OKU Gigih Jual Burger Kembali Tular, Eerah Cari Rezeki Tanpa Harapkan Ehsan

Kalau anda ikuti media sosialnya pun, ramai pengikut TikTok Eerah kagum dengan kegigihan wanita tersebut dalam mencari rezeki tanpa mengharapkan ehsan orang.

Untuk rekod, Eerah kini bersama ayahnya mengusahakan perniagaan jualan burger yang dikenali sebagai Eerah Burger di Kota Warisan dan telah beroperasi selama 5 tahun, malah mampu mencatatkan jualan sehingga 100 biji burger sehari.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

treler langgar lampu merah

Treler Langgar Lampu Merah, Ibu Muda Maut Dirempuh Tinggalkan Anak...

Nur Hidayah, 26, maut selepas kereta dipandunya dirempuh treler di Wakaf Bata, Machang. Pemergian ibu muda ini meninggalkan seorang anak kecil.