Ads

Kemalangan Berantai, Wanita Tercampak Keluar Dari Motovan Sebelum Dihempap Kenderaan

wanita tercampak keluar

Malang tidak berbau, seorang wanita tercampak keluar dari motovan dan meninggal dunia manakala tujuh yang lain cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal, dua kereta serta sebuah motovan di Jalan Permas Utara menghala ke pusat bandar.

Wanita Tercampak Keluar Dari Motovan

Kemalangan Berantai, Wanita Tercampak Keluar Dari Motovan Sebelum Dihempap Kenderaan

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, kemalangan dipercayai bermula apabila sebuah Honda Civic yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motovan jenis Ford.

Akibat pelanggaran itu, motovan berkenaan berpusing sebelum terbalik di laluan bertentangan.

Wanita yang bekerja sebagai operator kilang itu berada di dalam motovan tercampak keluar melalui pintu sebelah kiri sebelum dihempap kenderaan tersebut.

Ads

Kemalangan Berantai, Wanita Tercampak Keluar Dari Motovan Sebelum Dihempap Kenderaan

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala oleh pegawai perubatan Hospital Sultan Ismail.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail bagi tujuan bedah siasat.
Selepas pelanggaran pertama, Honda Civic berkenaan terus bergerak sebelum melanggar sebuah Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 46 tahun.

Ads

Kemalangan Berantai

Kemalangan Berantai, Wanita Tercampak Keluar Dari Motovan Sebelum Dihempap Kenderaan

Sementara itu, sebuah motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang seorang lelaki berusia 37 tahun bersama tiga anaknya yang berusia sembilan, tujuh dan lima tahun turut gagal mengelak lalu melanggar Perodua Alza berkenaan. Mereka mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.

Ads

Pemandu Honda Civic, penumpangnya serta pemandu motovan tidak mengalami kecederaan. Manakala pemandu Perodua Alza pula mengalami kecederaan ringan pada bahagian leher, pipi dan mulut.

Anda mungkin berminat dengan

Apa pun, berhati-hatilah apabila memandu ke destinasi masing-masing. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan kemalangan dan kehilangan nyawa.

Sumber: Info Kemalangan & Bencana Malaysia

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

tester minyak wangi

Suami Pecahkan Tester Minyak Wangi, Wanita Ini Kena Bayar RM1,080

Tester minyak wangi yang pecah secara tidak sengaja menyebabkan sepasang suami isteri terpaksa membayar lebih RM1,000 dalam satu kejadian di sebuah butik minyak wangi...