Ads

Gara-gara Minta RM100, Masa Depan Pegawai Kastam Jadi Pertaruhan

Pegawai Kastam
Pegawai Kastam

Pegawai kastam minta RM100 hanya disebabkan remaja bawa balik bakso! Kenapa dan berbaloikah dengan nilai yang diminta itu? Ya, kisah ini sekarang tular di Threads satu kisah yang menarik perhatian ramai.

Gara-gara Minta RM100

Gara-gara Minta RM100, Masa Depan Pegawai Kastam Jadi Pertaruhan

Seorang remaja berusia 19 tahun berkongsi pengalaman pertamanya menaiki penerbangan pulang dari Indonesia ke Malaysia seorang diri. Menurut perkongsiannya, dalam bagasi beliau hanya terdapat bakso yang dibawa pulang untuk keluarga.

Di lapangan terbang Indonesia, semuanya berjalan seperti biasa. Namun apabila tiba di Malaysia, beliau mendakwa bagasinya ditahan oleh pihak kastam.

Pegawai memaklumkan bahawa bakso tersebut tidak dibenarkan dibawa masuk dan akan disita.

Setakat di situ, mungkin ramai menganggap ini sekadar isu prosedur. Tetapi apa yang berlaku selepas itu menjadi punca kisah ini tular. Beliau mendakwa seorang pegawai menawarkan jalan penyelesaian dengan meminta bayaran RM100 secara tunai.

Ads

Disebabkan takut dan tidak tahu prosedur sebenar, beliau akhirnya membuat pembayaran RM100 dengan menggunakan QR.

Masa Depan Pegawai Kastam Jadi Pertaruhan

Gara-gara Minta RM100, Masa Depan Pegawai Kastam Jadi Pertaruhan

Selepas pulang, beliau mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk SPRM dan berkongsi kronologi kejadian di Threads.

Tidak lama kemudian, beliau turut berkongsi tangkap layar mesej yang didakwa meminta supaya posting tersebut dipadam, dengan tawaran untuk memulangkan semula wang RM100.

Ads

Betul atau tidak dakwaan itu, biarlah SPRM menjalankan siasatan. Tetapi satu perkara yang menarik perhatian saya ialah.
Jangan pandang rendah Gen Z.

Generasi ini membesar dengan telefon di tangan. Mereka tahu cara menyimpan bukti. Mereka tahu cara membuat laporan. Dan mereka tidak takut berkongsi pengalaman apabila merasakan sesuatu tidak kena. Kalau benar dakwaan meminta RM100 itu berlaku, nilai yang diminta mungkin kecil.

Gara-gara Minta RM100, Masa Depan Pegawai Kastam Jadi Pertaruhan

Ads

Tetapi kesannya boleh menjadi sangat besar. RM100 mungkin nampak sedikit. Tetapi jika ia membawa kepada siasatan, tindakan tatatertib atau pendakwaan, harganya jauh lebih mahal daripada RM100 itu sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

Sebab itu integriti bukan bergantung pada jumlah wang. RM10 atau RM100 tetap boleh membawa akibat yang sama jika melanggar undang-undang.

Sekarang, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus. Jika dakwaan itu tidak benar, nama pegawai perlu dibersihkan.

Jika dakwaan itu benar, tindakan sewajarnya perlu diambil. Kerana kepercayaan rakyat terhadap institusi awam jauh lebih bernilai daripada RM100.

Sumber: Muhammad Azmi Jamaludin

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Nahas Konvoi RXZ

Anak Mangsa Nahas Konvoi RXZ Kongsi Pesanan Terakhir Ayahnya, Che Mohd...

Usah menambahkan kesedihan kepada ahli keluarga mangsa nahas konvoi RXZ, mereka sedang melalui ujian yang sangat berat. Tragedi ini telah meragut nyawa dan meninggalkan luka yang mendalam kepada banyak keluarga.