Ads

Perkembangan Anak Amyza Aznan, “Ian Tak Pernah Mengaku Kalah!”

Anak Amyza Aznan
Anak Amyza Aznan

Pasti ramai yang ingin tahu perkembangan anak Amyza Aznan dan ini perubahan kesihatan Adrian Adam Khairil Idzhar, 18, yang menghidap kanser tulang, dijangka lebih ketara selepas melalui proses rawatan ketiga.

Perkembangan Anak Amyza Aznan

Perkembangan Anak Amyza Aznan, “Ian Tak Pernah Mengaku Kalah!”

Amyza, 50, berkata Adrian masih berada pada fasa awal rawatan dan kesan yang ditunjukkan setakat ini masih minimum.

“Masih terlalu awal untuk berkongsi perkembangan kerana semuanya masih baharu. Walaupun sudah menjalani dua kali rawatan, kesannya masih sangat minimum.

“Doktor maklumkan perubahan yang lebih ketara mungkin dapat dilihat selepas rawatan ketiga. Ian (panggilan Adrian) baru selesai menjalani rawatan kedua, jadi sekarang kami hanya memantau keadaannya,” katanya.

Amyza berkata, jadual rawatan seterusnya bergantung kepada keadaan fizikal Adrian berikutan anaknya akan mengalami demam sebagai tindak balas normal badan setiap kali selesai menjalani rawatan.

“Jika keadaan badannya mengizinkan, barulah doktor akan teruskan sesi rawatan selanjutnya.

Ads

“Setiap kali selesai rawatan memang dia demam. Doktor sudah maklumkan perkara itu lebih awal. Ini adalah reaksi normal badan Ian terhadap ubat,” katanya.

Perkembangan Anak Amyza Aznan, “Ian Tak Pernah Mengaku Kalah!”

Menurut Amyza, doktor pada mulanya teragak-agak untuk meneruskan rawatan kedua kerana bimbang tubuh Adrian masih belum mampu menerimanya. Namun, anaknya itu berkeras mahu meneruskan prosedur itu.

“Walaupun Ian tahu dia akan demam selepas rawatan, dia mahu teruskannya. Ian sangat kuat melawan penyakit ini,” ujarnya.

Amyza berkata, Adrian kini menjalani proses pemulihan di rumah dan perlu mengikuti rutin harian termasuk pengambilan ubat dan minuman detoks bagi menjaga fungsi hati selepas rawatan.

Ads

“Kami perlu memantaunya setiap hari di rumah. Banyak rutin yang perlu dilakukan termasuk mengambil ubat untuk membantu proses pemulihannya.

“Setiap hari saya akan membancuh tiga bekas besar minuman detoks untuk menjaga hati Ian selepas rawatan,” katanya.

Ian Tak Pernah Mengaku Kalah

Perkembangan Anak Amyza Aznan, “Ian Tak Pernah Mengaku Kalah!”

Mengulas keadaan anaknya, Amyza berkata Adrian tidak pernah mengadu sakit, sebaliknya sentiasa menunjukkan ketabahan walaupun menanggung kesakitan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Dia memang sangat kuat. Dia kuat dan degil. Tetapi, degilnya bukan kerana enggan berubat, sebaliknya degil untuk melawan penyakit ini. Dia tidak pernah mengaku kalah.

“Dia juga tidak pernah mengadu sakit. Selalunya saya hanya tahu dia sedang menahan kesakitan secara tidak sengaja. Kadang-kadang apabila saya membuka pintu biliknya, saya nampak Ian menangis atau menahan sakit.

“Seperti semalam, anak bongsu saya memberitahu Ian menangis selepas keluar dari bilik air. Namun apabila saya masuk ke biliknya dan bertanya keadaan dirinya, dia berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza mengakui ada kalanya dirinya berasa rapuh, namun sokongan anak-anak, rakan media dan orang ramai menjadi sumber kekuatan untuk terus tabah menghadapi ujian.

“Sejujurnya saya memang rapuh. Ada masanya saya rasa lemah dan semakin hari semakin rapuh. Namun sokongan daripada anak-anak, rakan media yang sentiasa bertanya khabar serta doa orang ramai membuatkan saya kembali kuat.

“Apabila ada yang mengambil berat dan mendoakan kami, saya mendapat semangat untuk terus bangkit dan menemani Ian melalui semua proses rawatan ini… Terima kasih,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

syed saddiq

Syed Saddiq Dah Dapat “Lampu Hijau” Mama & Abuyah, Hargai Tunang...

Syed Saddiq mendedahkan sudah menerima 'lampu hijau' daripada Mama dan Abuyah untuk meneruskan perancangan bersama tunangnya, Bella Astillah yang setia berada di sisi sepanjang hampir enam tahun berdepan ujian.