Ads

Sesi Latihan Ragbi Bertukar Jadi Tragedi, Pelajar Tingkatan Dua Rebah & Meninggal Dunia

Latihan Ragbi
Latihan Ragbi

Suasana ceria sesi latihan ragbi bertukar duka apabila seorang pelajar lelaki tingkatan dua meninggal dunia selepas dilapor rebah secara tiba-tiba di sebuah sekolah menengah di Telok Mas.

Sesi Latihan Ragbi Bertukar Jadi Tragedi

Sesi Latihan Ragbi Bertukar Jadi Tragedi, Pelajar Tingkatan Dua Rebah & Meninggal Dunia

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang juga merupakan penghuni asrama sekolah berkenaan didapati pengsan ketika sedang duduk mendengar taklimat yang disampaikan oleh jurulatihnya sejurus sesi latihan dihentikan untuk berehat.

Ketika kejadian, arwah baharu sahaja menjalani latihan fizikal kira-kira 15 minit sebelum pihak jurulatih mengarahkan semua pemain berhenti untuk berehat.

Ads

Bagaimanapun, ketika sedang duduk berkumpul mendengar taklimat, arwah tiba-tiba rebah dan mengalami kesukaran bernafas yang sebelum pihak sekolah segera membawanya untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Pelajar Tiangkatan Dua Rebah & Meninggal Dunia

Sesi Latihan Ragbi Bertukar Jadi Tragedi, Pelajar Tingkatan Dua Rebah & Meninggal Dunia

Menurut ahli keluarga, arwah tidak pernah mengadu mengalami sebarang masalah kesihatan kronik atau menunjukkan simptom sakit sebelum menyertai latihan sukan tersebut.

Ads

Mangsa juga disifatkan sebagai seorang anak yang ceria dan tidak pernah menceritakan sebarang masalah sepanjang tempoh tinggal di asrama sekolah.

Sesi Latihan Ragbi Bertukar Jadi Tragedi, Pelajar Tingkatan Dua Rebah & Meninggal Dunia

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Jasad mangsa kini ditempatkan di unit forensik untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian sebelum dituntut keluarga untuk urusan pengebumian di kampung halaman.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas turut mengesahkan penerimaan laporan berhubung kes kematian mengejut ini. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi secara terperinci dalam masa terdekat.

Sumber: Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

gajah pygmy Sabah

Wanita Ini Dedah Misi Selamatkan Gajah Pygmy Sabah, Dr Nurzhafarina Othman...

Dr Nurzhafarina Othman menerima Outstanding Malaysian Nature Conservationist Award 2025 atas usaha melindungi gajah pygmy Sabah melalui pendidikan keselamatan kepada kanak-kanak di Kinabatangan.