Cukup membimbangkan statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, di mana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Ia sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 33 peratus dan obesiti sebanyak 18 peratus.

Ini juga menunjukkan Malaysia negara yang ‘mewah’ dengan makanan, rezeki makanan melimpah ruah serta mengutamakan makanan sedap tanpa memikirkan kesannya dari segi kesihatan.

Bukan apa, bila makan ikut suka tanpa dikawal akan menyebabkan berat badan berlebihan dan obesiti. Sekaligus berpotensi risiko penyakit kronik seperti diabetes,sakit jantung, kolestrol, tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit lain. Faktor pemakanan dilihat penyumbang utama masalah kegemukan ini disamping pengambilan diet yang tidak seimbang serta kurangnya aktiviti fizikal gaya hidup sihat.

Rakyat Malaysia Paling Ramai Yang Obes, Negara Paling Gemuk Di Asia!

IKLAN

Peranan Terbesar Seorang Mak

Sayangkan keluarga, peranan terbesar bagi mak-mak adalah bertanggungjawab dalam menjaga pemakanan suami dan anak-anak bagi mengelak obesiti yang boleh mengundang macam-macam penyakit berbahaya bermula dari rumah lagi. Ia menerusi penyediaan makanan yang sedap berkhasiat, memenuhi citarasa anak dan suami, namun pada masa yang sama tetap perlu menjaga kesihatan mereka.

5 Perkara Boleh Dilakukan Bagi Elak Obesiti Pada Keluarga

1.Sediakan Diet Seimbang Buat Keluarga

Sebolehnya setiap kali sediakan hidangan buat keluarga mak-mak pastikan ia lengkap mengandungi sumber karbohidrat, protien, serat dan lemak sihat, serta memenuhi diet seimbang. Sebagai mesti contoh, nasi, lauk, sayur dan buah. Tak sempat masak macam mana sekalipun, elakkan bagi anak-anak dan suami makanan segera.

2. Ubah Cara Memasak Lebih Sihat

Jika selama ini, mak-mak suka sediakan makanan bergoreng, berkuah, berlemak dan berminyak buat anak-anak dan suami, #tukarlah cara memasak yang lebih sihat seperti kukus, bakar, panggang dan rebus. Ada macam-macam resipi makanan sihat yang sedap boleh dicuba untuk hidangan keluarga.

IKLAN

3.Amalkan Gaya Hidup Sihat

Ajak anak-anak dan suami, melakukan senamam ringan sekurang-kurangnya seminggu sekali serta amalkan gaya hidup sihat. Jika tak sempat, ajak mereka membantu melakukan kerja-kerja rumah mahupun aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti mengemop, menyapu lantai, berkebun dan sebagainya.

4.Kawal Kadar Pengambilan Makanan

Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes atau gemuk ketika dewasa. Oleh itu, sangat penting mengawal dan menghadkan pengambilan pemakanan anak-anak agar tidak berlebihan yang boleh menyebabkan berat badan mereka berlebihan.

IKLAN

Sebaiknya, amalkan makan dalam kuantiti ‘Pinggan Sihat Malaysia’ iaitu suku-suku-separuh sebagaimana disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Suku-suku-separuh bermaksud suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayuran dan buah.

5.Semak Label #tukarlah Jenis Makanan Lebih Sihat

Ini sangat penting, ketika beli barang dapur semak kandungan dalam senarai ramuan pada label sesuatu produk makanan.Cari yang dinyatakan bebas GMO (Genetic Modified Organism), kurang gula, kurang lemak, tanpa bahan pewarna, perisa tambahan mahupun bahan pengawet.

Ini kerana ciri-ciri mak yang bijak, hebat dan sayangkan keluarga, hanya akan memilih sumber makanan pilihan yang lebih sihat, berkhasiat buat tersayang.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Sama-samalah kita ubah gaya pemakanan keluarga ke arah yang lebih sihat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI