Tak Kisah Jadi ‘Ibu Segera’. Tahniah diucapkan buat penyanyi Sarah Suhairi yang kini sudah bergelar isteri kepada Aswad Mohd. Anuar, 38.
Seperti mana yang dikongsikan media, Sarah telah selamat bernikah dengan Aswad Anuar pada majlis yang diadakan di sebuah premis acara di Barern Hill, Hulu Langat jam 8.29 pagi tadi.
Pada majlis tersebut Sarah telah menerima mas kahwin berjumlah RM2,486 berupa gelang tangan emas bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan 27 Januari lalu.
Tak Kisah Jadi ‘Ibu Segera’
Tanpa berselindung Sarah menerangkan Aswad pernah mendirikan rumah tangga pada 2008, namun perkahwinannya itu berakhir pada 2019. Malah Sarah juga merupakan ibu ‘segera’ kepada tiga anak tirinya.
“Ketika perkenalan awal, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal bahkan sebenarnya kami juga tak pernah meletakkan sebarang status sepanjang empat tahun berkawan.
“Tetapi saya sendiri dah berjumpa dengan tiga puterinya yang menerima kehadiran saya dalam hidup mereka.
“Kawan-kawan rapat saya pun sudah bertemu dengan anak-anak Aswad, mereka dah kenal baik.
“Saya tak kisah menjadi ibu ‘segera’. Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, mungkin selepas ini panggil saya ibu,” ungkap Sarah seperti mana dipetik menerusi Kosmo Online.
Ads
Suami Merupakan Pensyarah & Jurulatih Sukan Berkuda
Pada masa yang sama Sarah juga menerangkan suaminya merupakan seorang pensyarah dan jurulatih sukan berkuda.
“Mungkin ada yang tak tahu, Aswad selain pensyarah adalah jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri manakala saya aktif sukan berkuda sejak usia 14 tahun, jadi kelompok kawan kami adalah orang yang sama.
“Dari situlah tercetusnya perkenalan. Apa pun sepanjang empat tahun berkawan, kami tak berahsia kerana Aswad sering temani saya ke majlis tertentu.
“Cuma dia tidak menonjolkan diri sangat kerana bagi kami selagi belum ada ikatan sah, lebih baik simpan sendiri,” kongsinya.
Sarah Berterima Kasih Sudi Terima Dengan Tangan Terbuka
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Sarah meluahkan rasa bersyukur kerana keluarga baru sudi terima dirinya dengan hati terbuka.
Ads
“Bersyukur ke hadrat ilahi di hari yang penuh barakah ini, sukacita Sarah ingin mengumumkan kami telah pun selamat di ijab kabul sebagai suami isteri yang sah. Tiada satu pun kata-kata dapat mengungkap perasaan ini melainkan rasa syukur.
“Terlebih dahulu terima kasih kepada ibunda dan ayahanda tercinta yang selama ini mencurahkan kasih sayang dan sokongan kepada Sarah, dan selamanya Sarah terhutang budi dan akan membalas jasa kalian berdua. Untuk seluruh ahli keluarga yang lain, terima kasih kerana sentiasa bersama Sarah, tiada satu permata dapat menggantikan betapa bernilainya perhubungan kita sehingga ke hari ini.
“Untuk keluarga baru Sarah, terima kasih kerana menerima kehadiran Sarah dengan tangan yang terbuka dan penuh kehangatan. Sarah sangat bersyukur dan gembira untuk menjadi sebahagian dari keluarga kalian.
“Buat semua peminat yang Sarah hargai dan kasihi, terima kasih menjadi suara dan juga ibarat keluarga Sarah dalam menyusuri dunia seni. Terimalah With You sebagai hadiah daripada Sarah buat semua para peminat,” luah Sarah.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Doktor selebriti, Dr Say Shazril Shaharuddin mengulas pendapat pengguna twitter tentang isteri yang malas berhias untuk suaminya di rumah.
Yang mana, suatu ketika dulu pada awalnya, Dr Say juga pernah terfikir tentang isteri yang apabila keluar rumah mula berhias cantik, siap memakai wangian.
Namun, sebagai suami yang matang. Akhirnya, Dr Say sedar betapa isteri yang berhias di luar itu sebenarnya melambangkan bagusnya suami menjaga isterinya.
Iya, isteri itu cerminan seorang suami. Hadamkan perkongsian Dr Say yang dikongsikan di laman instagram miliknya.
Isteri Berhias Untuk Kerja Tapi Bukan Untuk Suami?
Tergerak hati nak bukak topik ni sebab again saya cukup anti lelaki berfikiran kolot macam gambar kedua. 1st and foremost saya rasa penulis twitter ni tak kahwin lagi & kalau dah kawin, i feel sorry for his wife.
Awal-awal dulu saya pun pernah terfikir “kenapa bini aku keluar cantik-cantik sangat, pakai makeup perfume bagai” tapi bila fikir balik AN EXCELLENT WIFE IS THE CROWN OF HER HUSBAND.
Maksudnya kalau bini kita berhias elok-elok tidakkah dia melambangkan betapa bagusnya kita sebagai suami menjaga dia dari segi pakaian & penampilannya? Kalau isteri selebet selenga semongeh tak ke kita sebagai suami rasa malu?
Logiknya Nak Ke Bini Pakai Makeup Tebal Berinci Dalam Rumah
Nak cakap pasal isteri berhias kat rumah, logik akalnya bang nak ke bini pakai makeup tebal berinci-inci dalam rumah tu?
Tiap-tiap kali balik dari keluar saya yang ingatkan bini untuk cuci muka dia sebab saya pun geli kalau dia sayang saya dengan makeup lipstick bagai tu.
Lagipun rajin mana pun kita sebagai suami, kita takkan dapat menandingi kerajinan bini kita dari mengemas rumah, jaga anak, masak untuk sekeluarga. Pulak tu dia kerja macam kita.
Bagi lah depa pakai selesa-selesa kat rumah tu sebab bila depa selesa mesti kehidupan kita sebagai suami pun selesa.
Nak depa pakai cantik-cantik untuk malam istimewa bitau ja sebab dalam kepala kebanyakan isteri adalah untuk memberikan yang terbaik untuk suami.
Tang isteri degil berkawan dengan si fulan tu mungkin sebab isteri hang tak tahan dah dengan kekolotan hang. Tu yg dia berkawan dengan fulan tu tapi benda macam ni kalau bawak bincang, bawak COMMUNICATE sesama each other, boleh setel bang.
Saya tak suka bini berkawan dengan A, bini akur dengan permintaan saya. Saya pun akur bila bini tak bagi saya follow B kat instagram. IT TAKES TWO TO TANGO IN MARRIAGE.
Jangan hang harap bini hang tak boleh kawan si fulan padahal ang pi follow awek tayang dada kat ig, pi whatsapp rakan sekerja sembang topik tak berkaitan kerja. Kita honest, nescaya bini kita turut honest. As always, open conversation please.
Mingguan Wanita : Beruntung andai dapat suami yang memahami apa yang isteri inginkan.
Seperti tidak pernah berlaku sesuatu yang buruk, haiwan liar yang dikatakan menjadi punca virus corona dijual seperti sebelum ini. Setelah statistik rasmi menunjukkan hampir tiada kes baharu di China.
Maka hari ini semua orang percaya bahawa wabak sudah berakhir dan tidak perlu risau lagi. Perkara ini mula menimbulkan tidak senang hati dan rasa bimbang di kalangan masyarakat dunia apabila pasar yang menjual haiwan eksotik kembali aktif dan kelawar dipromosikan secara besar-besaran.
Haiwan liar inilah yang menjadi titik-tolak kepada negara-negara lain terjerumus dengan pendemik ini. Malah terdapat negara terpaksa lockdown gara-gara Covid-19 yang berasal dari Wuhan, China ini.
Pasar Kembali Dibuka
BEIJING: Selepas tiga bulan penularan wabak Covid-19, pasar daging di sekitar dua bandar terkemuka di Guilin dan Dongguan, China kembali menjual kelawar dan kala jengking serta pelbagai haiwan eksotik yang digunakan dalam perubatan tradisional.
Daily Star melaporkan, penemuan mengejutkan itu mendapati haiwan liar dan eksotik berkenaan yang dikaitkan dengan punca tercetusnya wabak itu banyak dijual secara terbuka di bandar berkenaan.
Banyak tempat di republik itu, meraikan ‘kemenangan’ memerangi Covid-19 dengan membuka perniagaan buat pertama kalinya semalam selepas beberapa bulan ditutup.
Senario itu dilihat koresponden Daily Mail yang menggambarkannya sangat teruk dan mendatangkan masalah.
Sementara itu, di Dongguan pula, penjualan kelawar dipromosikan besar-besaran oleh penjual perubatan tradisional.
“Pasar ini kembali beroperasi sama macam mereka buat sebelum koronavirus,” lapor koresponden itu yang dihalang pengawal keselamatan bagi merakam gambar.
Sumber: Daily Mail
MW: Barangkali kemenangan negara China melawan COVID-19 membuatkan mereka alpa. Sebaiknya mereka mengambil langkah berjaga-jaga kerana menurut saintis haiwan-haiwan liar ini menjadi punca kepada penularan virus COVID-19. Walaupun sup kelawar sering digunakan dalam perubatan China, namun hentikanlah buat sementara waktu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Taman permainan menjadi lokasi wajib anak-anak untuk bermain. Pantang nampak taman permainan, pasti cuaca panas pun anak-anak sanggup redah. Tetapi, mak ayah harus hati-hati setiap kali membawa anak-anak ke taman permainan.
Kadang-kadang kita terjumpa serpihan cat buaian, kita buat tak nampak sahaja selama ini. Sebenarnya bahaya yer mak, ayah serpihan cat tersebut. Ikuti perkongsian doktor Taufiq Razif ini:
Hati hati kalau terjumpa serpihan cat buaian atau gelongsor di taman permainan.
Jangan sampai anak kita jilat, makan atau masukkan serpihan tu ke dalam mulut mereka sebab pemeriksaan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati sesetengah cat di taman permainan masih mengandungi plumbum yang sangat sangat tinggi.
Kandungan plumbum paling tinggi pada cat yang berwarna kuning.
Takutnya anak kita terkena keracunan plumbum je. Keracunan plumbum pada anak ni bukan main-main sebab boleh menyebabkan kerosakan otak dan masalah pada pertuturan dan pendengaran.
Mujur tadi saya sempat warning anak saya bahaya benda ni. Sudahlah banyak tempat di playground kanak-kanak yang catnya sudah mula terhakis dan luntur tadi. Bahaya betul kalau anak-anak kita pergi jilat atau termakan serpihan serpihan cat tu.
p/s : Kalau sekadar sentuh cat itu tidak mendatangkan masalah tetapi nak tak nak kena beritahu anak-anak kita juga bahaya benda ini kerana malang kan tak berbau. Sekali dah ngap masuk mulut, keracunan plumbum lah jadinya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak, ayah dalam membesarkan anak-anak. Kadang-kadang benda-benda kecil seperti ini mampu memberi impak besar kepada kesihatan anak-anak. Awasilah anak mak, ayah setiap masa agar tidak terkena keracunan plumbum.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...