Sedihnya melihat kawasan perkampungan yang dinaiki air sehingga ada yang paras bumbung rumah. Dah tentu, pasca banjir nanti, rumah penuh dengan lumpur dan selut. Masa untuk membersih pula.

Dalam ujian Allah berikan ini, kita tak tahu ada hikmah di sebaliknya. Namun, tak mustahil ada kebesaran yang ingin ditunjukNya. Inilah yang berlaku pada salah seorang mangsa banjir di Terengganu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cameron Highlands Dilanda Banjir Lumpur, Kejadian Kedua Disember Ini

Terpaksa Harungi Banjir Guna Bot, Bawa Keluar Jenazah Nenek Untuk Dikebumikan

Rumah Penuh Lumpur, Al Quran Tidak Terjejas

Dalam perkongsian Harian Metro online menunjukkan tentang pasca banjir yang mana mngsa-mangsa banjir pulang ke rumah untuk membersihkan rumah penuh lumpur dan selut.

Salah satu perkara yang mengejutkan apabila keadaan al-Quran yang berada dalam rumah tidak sedikit pun terkena lumpur dan tak terbalik sedangkan air sangat deras hingga mesin basuh dan tong gas terbalik.

Rumah Penuh Lumpur, Selut Banjir Tapi Al Quran Atas Tilam Bersih, Tak Terjejas

IKLAN

Menurut Zumigawati Mat Adam, 49 yang tinggal di Kampung Tengkawang Kuala Berang, Terengganu berkata, rumahnya mulai dinaiki air kelmarin sebelum dia terkejut melihat al-Quran yang sering dibaca dan diletakkan atas tilam dalam bilik itu tidak terjejas.

“Setiap kali selepas solat, saya akan membaca al-Quran dan letak atas ‘toto’. Selalu tengok orang kongsi al-Quran selamat tak kena banjir, tapi kali ini terjadi kepada saya.

“Ketika melihat kejadian ini depan mata, tiada lain yang diungkapkan selain memuji kebesaran Allah SWT,” katanya.

Menurutnya, apa yang membuatkan dia terkejut juga apabila terdapat labah-labah pada rehal itu.

“Keadaan rumah saya penuh lumpur dan berselut. Kalau tengok bahagian dalam al-Quran hanya basah sikit tapi macam terkena air bersih.

“Bahagian atas al-Quran pula bersih dan sedikit lumpur pun tak ada, kemudian, ada labah-labah kecil betul-betul atas atas rehal. Saya teringat kisah labah-labah yang menyelamatkan Nabi Muhammad SAW ketika dalam Gua Hira,” katanya.

IKLAN

Menerusi perkongsian di Facebook, Zumigawati yang pernah terbabit dalam industri seni sebagai pekerja belakang tabir turut memohon sukarelawan bagi membantu membersihkan rumahnya yang habis ditenggelami banjir.

“Elektrik dah ada cuma air paip masih perlahan. Saya nak minta tolong sukarelawan datang di kampung saya bagi membantu pendudukan yang terjejas teruk akibat banjir ini.

“Pertama kali ruang tamu dan semua bilik dinaiki ini. Banjir tahun sebelum ini pun tidak seteruk sekarang.

IKLAN

“Semuanya habis rosak kena lumpur banjir. Kalau ada yang nak menyumbang walau RM10 pun saya bersyukur dan boleh buat beli tikar baru,” katanya.

Mingguan Wanita : Besarnya kuasa Allah. Semoga mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir tabah hadapi dugaan ini.

Sumber: Harian Metro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI