Mengimbas kembali peristiwa menyayat hati, tiada siapa menyangka sebuah pertengkaran yang bermula kerana masalah duit akhirnya meragut nyawa seorang ibu kepada tujuh orang anak di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.
Masalah Duit Jadi Punca
Ads
Rubiah Sabtu, 41 tahun, merupakan seorang wanita cekal yang membesarkan tujuh orang anak. Enam daripadanya adalah hasil perkahwinan terdahulu, manakala seorang lagi merupakan bayi perempuan berusia enam bulan yang baru dilahirkannya selepas mendirikan rumah tangga kali kedua.
Pada awal tahun 2022, Rubiah memilih untuk membuka lembaran baharu apabila berkahwin dengan Mohd Amir Hamzah, 32 tahun, seorang tukang rumah. Mereka membina kehidupan bersama dengan harapan dapat mengecapi kebahagiaan sebagai sebuah keluarga besar.
Namun, kehidupan tidak selalu indah seperti yang diimpikan. Pendapatan yang tidak menentu sebagai buruh binaan serta beban hutang yang semakin menghimpit menyebabkan pasangan itu berdepan tekanan hidup yang berat. Hari demi hari, masalah kewangan menjadi ujian yang semakin sukar ditanggung.
Ibu Anak Tujuh Maut Dipukul Suami Dengan Tukul Besi
Pada pagi 5 April 2023, selepas Rubiah menghantar anak bongsunya ke tabika, satu pertengkaran dilaporkan berlaku di rumah mereka. Perbincangan mengenai masalah kewangan yang semakin meruncing bertukar menjadi pertelingkahan yang akhirnya membawa kepada satu tragedi yang menggemparkan.
Dalam kejadian tersebut, Rubiah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian muka dipercayai dipukul menggunakan tukul besi.
Hasil bedah siasat kemudian mengesahkan terdapat beberapa kecederaan serius pada bahagian kepala dan wajah mangsa.
Kisah ini menjadi peringatan bahawa tekanan hidup dan masalah kewangan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada akibat yang amat tragis. Dalam setiap ujian, komunikasi, kesabaran dan mendapatkan bantuan sewajarnya adalah sangat penting sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Rubiah Sabtu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Ini kisah kematian Bilal muda di Masjid Al firdaus, Bandar baru selayang iaitu arwah Ahmad Haziq Jailani 32 tahun yang telah meninggal dunia selepas selesai melaungkan azan maghrib. Bertuahnya cara beliau pergi tinggalkan hal dunia, cukup sempurna waktunya dijemput.
Benarlah apa yang disampaikan oleh para ustaz, kita akan mati dengan apa yang kita suka buat. Dan kematian Bilal ini sangat dicemburui kerana Allah menjemput dia pulang setelah melaksanakan tugas memanggil manusia ke rumah Allah, didalam rumah Allah, ketika sedang menunggu untuk menunaikan solat dan masih berwuduk. Husnul khatimah buat arwah.
Pemergian beliau mengundang sebak dan meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga, sahabat serta seluruh jemaah masjid yang mengenalinya. Arwah sangat dikenali seorang yang sangat ceria, sentiasa mengimarahkan rumah Allah dan aktif dalam pelbagai aktiviti kebajikan masyarakat, berakhlak mulia dan disenangi ramai. Arwah juga seorang yang ringan tulang, sentiasa membantu tanpa berkira, menghormati orang tua, disenangi rakan-rakan dan aktif dalam menghidupkan sunnah melalui sukan sunnah.
Lebih meruntun jiwa, arwah meninggalkan seorang isteri dan anak yang masih kecil, yang pastinya akan terus merindui kasih sayang, didikan dan kehadirannya. Namun kami yakin, setiap pengorbanan dan amal bakti yang ditinggalkan akan menjadi saham kebaikan yang berpanjangan buat dirinya di sisi Allah SWT.
Perginya selepas menyeru manusia kepada Allah satu pengakhiran yang mulia yang memberikan keinsafan kepada mereka yang memahaminya. Semoga Allah kurniakan syurga yang terindah buatnya, diampunkan segala dosa-dosanya dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Bilal surau atau Masjid adalah tugas yang mulia dan penting kerana sentiasa mengajak manusia kepada Allah, datang ke rumah Allah mengimarahkan Masjid, menunaikan solat berjemaah.
Teringat akan kisah Bilal bin rabah. Ketika syariat azan diperintahkan oleh Allah, orang pertama yang disuruh oleh baginda SAW untuk mengkumandangkan azan adalah Bilal bin rabah. Laungan Azan di setiap corong Masjid Dan surau di seluruh negara dan di dunia juga menjadi satu asbab benteng yang menghalang yakjud dan makjud keluar ke dunia ini terus kukuh.
Setiap kali yakjud dan makjud mengorek lubang di benteng itu bila laungan azan berbunyi benteng yg berlubang itu kembali ke asal. Dan yakjud dan makjud terpaksa korek lagi sehinggalah tiada lagi azan berkumandang di dunia ini maka keluar lah mereka beramai-ramai yang membawa bala petaka yang besar kepada manusia.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham Ahmad Haziq Jailani, menerima segala amal ibadahnya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan para solihin dan hamba-hambaNya yang beriman.
Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya mereka yang kerap menggunakan mesin teler automatik (ATM) untuk urusan harian. Bermula 1 Julai 2026, pengeluaran wang ATM antara bank akan diberikan secara percuma tanpa sebarang caj RM1 seperti yang dikenakan sebelum ini.
Inisiatif baharu ini diumumkan menerusi kenyataan bersama tiga persatuan utama industri perkhidmatan kewangan negara yang menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha untuk memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kewangan yang lebih inklusif dan mampu milik.
Pengumuman ini pastinya disambut baik oleh ramai pengguna kerana pengeluaran wang ATM merupakan antara transaksi paling kerap dilakukan oleh rakyat Malaysia, sama ada untuk urusan membeli-belah, pembayaran harian, perbelanjaan keluarga mahupun kecemasan.
Sebelum ini, pelanggan yang mengeluarkan wang di ATM bank lain lazimnya dikenakan caj RM1 bagi setiap transaksi.
Walaupun jumlah tersebut kelihatan kecil, ramai pengguna berpendapat caj tersebut menjadi beban tambahan terutama bagi mereka yang kerap melakukan pengeluaran wang ATM setiap minggu atau setiap hari.
Dengan pelaksanaan inisiatif baharu ini, pemegang kad debit Malaysia kini boleh menggunakan mana-mana ATM atau Mesin Kitar Semula Pintar (SRM) bank yang mengambil bahagian tanpa perlu membayar sebarang yuran tambahan.
Ini bermakna pengguna bebas membuat pengeluaran wang ATM di mana-mana lokasi yang paling dekat dan mudah tanpa perlu mencari mesin ATM milik bank sendiri.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, inisiatif ini membolehkan pelanggan mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara.
Perkara ini memberi manfaat besar kepada pengguna yang tinggal di kawasan luar bandar, bandar kecil atau lokasi yang mempunyai pilihan ATM yang terhad.
Dengan kemudahan pengeluaran wang ATM percuma ini, pelanggan tidak lagi perlu memikirkan caj tambahan apabila menggunakan mesin bank lain.
Langkah ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kemudahan kewangan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira lokasi.
Bagaimanapun, pengecualian caj tersebut hanya melibatkan ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia.
Inisiatif pengeluaran wang ATM percuma ini dilaksanakan hasil kerjasama antara Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM), Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) serta Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).
Menurut pihak terlibat, langkah tersebut mencerminkan komitmen berterusan industri kewangan dalam menyediakan akses perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan berpatutan kepada pengguna.
Malah, keputusan untuk menghapuskan caj pengeluaran wang ATM turut mengambil kira realiti bahawa wang tunai masih memainkan peranan penting dalam kehidupan harian rakyat Malaysia.
Walaupun penggunaan pembayaran digital semakin meningkat, masih ramai yang bergantung kepada wang tunai untuk pelbagai urusan harian.
Dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar, setiap bentuk penjimatan memberi makna kepada rakyat.
Walaupun caj RM1 mungkin kelihatan kecil, jumlah tersebut boleh menjadi besar apabila dikumpulkan dalam tempoh setahun terutama bagi pengguna yang sering melakukan pengeluaran wang ATM.
Oleh itu, penghapusan caj ini dilihat sebagai satu langkah positif yang mampu membantu mengurangkan perbelanjaan harian rakyat.
Selain itu, ia juga memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk menggunakan mana-mana ATM yang tersedia tanpa perlu memikirkan kos tambahan.
Bagi golongan warga emas, pelajar, pekerja harian dan keluarga berpendapatan sederhana, inisiatif ini dijangka memberikan manfaat yang lebih ketara.
Walaupun Malaysia sedang bergerak ke arah masyarakat tanpa tunai, hakikatnya wang tunai masih diperlukan dalam banyak situasi.
Terdapat peniaga kecil, pasar tradisional, kedai komuniti dan perkhidmatan tertentu yang masih menerima pembayaran secara tunai.
Atas sebab itu, akses kepada pengeluaran wang ATM yang mudah dan percuma terus menjadi keperluan penting.
Pihak industri perbankan turut mengakui bahawa wang tunai kekal sebagai satu komponen penting dalam ekosistem kewangan negara.
Justeru, memastikan rakyat dapat mengakses wang tunai dengan lebih mudah dan tanpa beban caj tambahan merupakan langkah yang tepat pada masanya.
Tester minyak wangi yang pecah secara tidak sengaja menyebabkan sepasang suami isteri terpaksa membayar lebih RM1,000 dalam satu kejadian di sebuah butik minyak wangi...