Ibu mengaku campak bayi baru lahir dari tingkat 10 rumah flat PPR. Seorang ibu muda, Nuran Batrisya Jamaludin, 22 membuat pengakuan bersalah mencampak bayi perempuannya yang baru lahir dari tingkat 10 sebuah Program Perumahan Rakyat di Johor Bharu.
Dirinya membuat pengakuan bersalah mencampak bayi perempuannya yang baru lahir itu di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa. Nuran didakwan melakukan perbuatan menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di tempat letak kenderaan antara 11 pagi hingga 2.30 petang pada 20 Mei lepas.
Ibu Mengaku Campak Anak Kembar Baru Lahir Dari Tingkat 10
Ibu muda ini, Nuran mengaku campak anak kembarnya baru lahir dari tingkat 10 hingga meninggal dunia
Memetik laporan Bernama, Nuran dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Ads
Mahkamah kemudian menetapkan 3 Julai depan untuk serahan dokumen, menunggu laporan bedah siasat serta keputusan hukuman.
Pegawai Pendakwa R. Nevina tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap wanita itu yang mempunyai seorang lagi bayi, iaitu kembar kepada mangsa.
Ads
Bayi Ditemui Meninggal Ditempat Letak Kereta PPR selepas dicampak oleh ibu kandungnya
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin, selain dikenakan syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.
Sebelum ini, polis dilapor menahan seorang wanita tempatan kerana dipercayai mencampak bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat 10 sebuah rumah pangsa di bandar raya ini dalam kejadian pada Mei lepas. – Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap wanita pasti menyimpan impian untuk melihat keluarga terus berkembang dan dipenuhi gelak tawa generasi baharu. Namun, ada rezeki yang hadir segera dan ada juga yang memerlukan kesabaran bertahun-tahun sebelum dikurniakan pada waktu yang paling tepat.
Begitulah perasaan yang sedang dinikmati Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, apabila penantian selama tujuh tahun akhirnya berakhir dengan kehadiran sepasang cucu kembar yang menjadi penyeri dan pelengkap kebahagiaan keluarganya.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Nancy Shukri meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila Allah SWT mengurniakan dua cucunda yang amat bermakna buat keluarga kecilnya.
Perkongsian penuh emosi itu turut mendapat perhatian ramai apabila beliau berkongsi betapa besar nikmat yang dirasai selepas menunggu selama tujuh tahun.
“Setelah penantian yang cukup panjang selama tujuh tahun, Allah SWT akhirnya mengurniakan sebuah nikmat yang amat berharga buat keluarga kecil saya ini.”
Kata-kata tersebut menyentuh hati ramai netizen yang turut menumpang gembira atas kebahagiaan yang sedang dinikmati oleh Nancy Shukri dan keluarga.
Kegembiraan itu diraikan menerusi Majlis Kesyukuran dan Aqiqah yang diadakan bagi menyambut kehadiran dua cucunda tersayang, Neil Kamil Yee bin Faeroz dan Norrah Soraya Yee binti Faeroz.
Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh keberkatan itu menghimpunkan ahli keluarga serta sahabat terdekat yang hadir untuk sama-sama meraikan detik istimewa tersebut.
Bagi Nancy Shukri, kehadiran cucu bukan sekadar menambah ahli keluarga, tetapi membawa satu dimensi baharu dalam kehidupan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Sebagai seorang wanita yang sentiasa sibuk menguruskan pelbagai tanggungjawab negara dan masyarakat, detik meluangkan masa bersama cucu ternyata memberikan kebahagiaan yang berbeza.
Malah, melihat cucu membesar di hadapan mata menjadi satu pengalaman yang sangat berharga buat dirinya.
Dalam perkongsian sama, Nancy Shukri turut meluahkan perasaannya sebagai seorang nenek yang pertama kali mendukung dan menatap wajah cucu sendiri.
Menurut beliau, pengalaman tersebut membawa satu perasaan yang sukar diungkapkan kerana ia hadir bersama rasa syukur, kasih sayang dan keinsafan terhadap aturan Allah SWT.
“Sebagai seorang nenek, detik mendukung dan menatap wajah cucunda sendiri membawa perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.”
Perkongsian ikhlas itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang rata-ratanya memahami perasaan seorang nenek apabila akhirnya dapat menimang cucu selepas penantian yang panjang.
Ramai yang turut berkongsi pengalaman masing-masing dan mengakui kehadiran cucu sering membawa kebahagiaan yang luar biasa dalam sesebuah keluarga.
Bagi Nancy Shukri, pengalaman ini mengajarnya tentang hikmah kesabaran dan keyakinan bahawa setiap rezeki telah ditentukan Allah SWT pada waktu yang paling sesuai.
Beliau percaya setiap kurniaan mempunyai waktunya tersendiri dan manusia hanya mampu berusaha serta terus berdoa.
“Sesungguhnya setiap kurniaan Allah hadir pada waktu yang paling indah dan terbaik menurut hikmah-Nya.”
Ungkapan tersebut bukan sahaja menggambarkan rasa syukur seorang nenek, malah menjadi inspirasi kepada ramai wanita yang sedang melalui fasa penantian dalam kehidupan.
Sama ada menanti zuriat, jodoh, kejayaan atau kebahagiaan keluarga, setiap rezeki mempunyai jalan dan waktunya yang tersendiri.
Perkongsian Nancy Shukri itu secara tidak langsung menjadi peringatan bahawa kesabaran sering kali dibalas dengan sesuatu yang jauh lebih indah daripada apa yang dibayangkan.
Di sebalik kesibukan sebagai pemimpin negara, sisi peribadi Nancy Shukri yang penuh kelembutan sebagai seorang ibu dan nenek jelas terserlah menerusi perkongsian tersebut.
Kehadiran cucu kembar selepas tujuh tahun penantian bukan sekadar sebuah berita gembira, tetapi menjadi simbol bahawa setiap rezeki yang ditentukan Allah SWT hadir pada waktu yang paling sempurna.
Bagi beliau, nikmat bergelar nenek hari ini merupakan hadiah paling indah yang akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.
Semalam tular kisah nahas lima kenderaan yang membabitkan empat sekeluarga yang maut di Simpang Renggam, paling sedih bila ada seorang nenek yang turut menjadi mangsa.
Menerusi perkongsian keluarga arwah, neneknya sempat menghadiri majlis tahlil dan doa selamat di kediaman Nurul Hidayah Kamarruddin di Melaka, pada Sabtu lalu.
Nurul Hidayah, 29, berkata neneknya, Semek Mat Soh, 73, yang terbunuh dalam kejadian itu bersama ibu dan bapa saudaranya Aiman Mohd Rashid, 36; Nor Azlina Abd Latip, 33, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, turut bermalam di rumahnya.
“Saya mengadakan majlis tahlil dan doa selamat sempena mendiami rumah baru, jadi mereka berempat datang dan bermalam di rumah saya pada hari terbabit. Keesokan hari (Ahad) sekitar jam 9 pagi, mereka bergerak pulang ke Kota Tinggi.
“Tetapi sebelum itu, mereka juga berhasrat untuk singgah di rumah salah seorang ahli keluarga kami di Kampung Alai, Merlimau. Arwah makcik dan pakcik menjemput nenek dan Nur Airish Syifa di Terengganu memandangkan cuti panjang termasuk sambutan Aidil Adha.
Namun siapa sangka, rupanya itulah kenangan terakhir dengan nenek. Sempat bergambar bersama, pemergiannya cukup dirasai.
“Mereka berdua (nenek dan Nur Airish Syifa) sepatutnya pulang ke Terengganu hujung minggu ini. Namun apakan daya, kepulangan mereka dalam keadaan menyedihkan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, empat sekeluarga berkenaan terbunuh selepas kereta dinaiki terbabit dalam nahas membabitkan lima kenderaan. Semua mangsa adalah pemandu dan penumpang Toyota Vios.
Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah Aiman dan Nor Azlina di Kota Tinggi. Aiman dan Nor Azlina bekerja dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), dekat Sedili.
Sementara itu, saudara terdekat, Muhammad Syahir Mohd Rofi, 28, menunjukkan gambar perkahwinan Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, bersama isterinya, Nor Azlina Abd Latif, 33, serta ibu mentuanya, Semek Mat Soh.
Mengulas lanjut di portal Berita Harian, Nurul Hidayah berkata dia hanya mengetahui tragedi itu selepas menerima panggilan daripada seorang ahli keluarganya pada jam 2.40 petang.
Katanya, sebaik menerima berita mengejutkan itu, dia terus berhubung dengan ibunya, Shazariza Othman, 52, di Terengganu bagi memaklumkan perkara ini.
“Mereka beritahu nenek sekeluarga kemalangan dan pada masa sama, mereka cakap semuanya sudah tiada. Saya hanya terdiam sebaik dimaklumkan kesedihan itu,” katanya.
Nurul Hidayah berkata arwah neneknya dijaga bergilir-gilir oleh adik beradik ibunya selepas diserang angin ahmar pada badan sebelah kanan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selesa duduk rumah sendiri berbanding tinggal dengan mentua. Kalau mampu, semua pasangan suami isteri nak duduk rumah sendiri sebagai ruang membina kehidupan berkeluarga.
Namun disebabkan kekangan kewangan, komitmen semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi antara faktor yang menghalang hasrat itu, sekali gus menyebabkan ada pasangan memilih untuk tinggal bersama keluarga atau mentua.
Sebenarnya tak salah pun kalau memilih duduk rumah mentua, malah dibenarkan dalam Islam. Namun, jika tidak diurus dengan baik, ini boleh mengundang pelbagai isu serta salah faham, khususnya membabitkan hubungan antara menantu dan mentua.
Sebagai anak, mereka mungkin tidak berasa kekok tinggal bersama keluarga sendiri. Namun, keadaan ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada menantu yang perlu menyesuaikan diri apabila tinggal bersama keluarga mentua.
Bagi sesetengah suri rumah, tinggal serumah bersama keluarga mentua bukanlah pilihan yang dirancang. Namun, keputusan itu diambil sebagai langkah untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi keluarga. Orang kata, awal-awal kahwin ini banyak duit nak guna. Jadi ikutlah apa yang suami mampu.
Mungkin ada yang terfikir untuk tinggal bersama keluarga sendiri, namun risau akan menyusahkan ibu bapa. Tambahan pula, memikirkan suami agak sukar menyesuaikan diri dengan keluarga baharu, ini menyebabkan ada yang memilih untuk mengalah demi menjaga keharmonian keluarga.
Pengalaman tinggal bersama mentua, pada dasarnya tidak timbul banyak masalah. Namun, ada batasan tertentu seperti kekurangan privasi dan setiap tindakan perlu dijaga, lebih-lebih lagi apabila tinggal bersama adik ipar lelaki.
Selain itu, katanya campur tangan dalam urusan rumah tangga juga kadangkala berlaku, ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada keselesaan sebagai pasangan suami isteri.
Kehidupan bersama keluarga mentua juga adakala membuatnya berasa tidak bebas sepenuhnya untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak sendiri. Tetapi banyak juga kelebihan tinggal bersama keluarga mentua, terutama dari segi penjimatan kos makanan dan utiliti.
Antara kesan yang mungkin dialami apabila hubungan menantu dan mentua tidak harmoni ialah tekanan emosi yang berpanjangan, ketegangan dalam hubungan suami isteri dan penurunan kualiti perkahwinan. Pada masa sama, akan rasa hilang kawalan atau autonomi, serta keletihan mental dan ‘burnout’.
Kesan ini boleh berlaku apabila tiada sempadan peranan yang jelas antara menantu dan mentua, ketiadaan komunikasi terbuka, kurangnya sokongan daripada pasangan, serta keterbatasan privasi dan kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama pasangan atau keluarga.
Kalau berlarutan, ini meningkatkan risiko tekanan dan konflik rumah tangga. Sebagai contoh, wujud pertindihan peranan antara tanggungjawab sebagai suami dan peranan sebagai anak kepada ibu bapa.
Dalam situasi konflik antara menantu dan mentua, anak sering berada dalam keadaan tersepit dan tertekan kerana perlu menjaga hati kedua-dua pihak. Sekiranya tersilap langkah, tindakan atau sikap boleh disalah tafsir sebagai memihak atau berat sebelah.
Pada masa sama, anak juga akan berasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi jangkaan ibu bapa atau tidak mampu melaksanakan peranan sebagai suami sepenuhnya.
Jika tiada pilihan lain selain daripada terus tinggal bersama, anda boleh menetapkan sempadan yang jelas. Ini termasuk, siapa membuat keputusan dan siapa yang menguruskan apa.
Jika mentua yang tinggal di rumah anak atau menantu, maka mentua perlu belajar untuk menghormati keputusan ketua rumah. Urusan rumah tangga hendaklah diputuskan suami isteri serta elakkan campur tangan daripada pihak ketiga. Perkara ini untuk mengelakkan salah faham dan mengekalkan autonomi pasangan.
Nak lagi tenang, pasangan kena mewujudkan ruang privasi keluarga, misalnya ruang peribadi khusus untuk suami dan isteri berkenaan tanpa ‘kehadiran’ mentua atau ahli keluarga lain.
Suami isteri kena bersatu hati untuk menangani masalah kerana setiap pasangan memerlukan sokongan antara satu sama lain untuk menunjukkan kesepakatan. Persefahaman semua pihak penting jaga keharmonian
Isteri tidak berdosa sekiranya meminta untuk tinggal berasingan kerana itu adalah haknya dalam perkahwinan. Pada peringkat awal, mungkin isteri bersedia untuk bertolak ansur dalam hal tempat tinggal. Namun, apabila keadaan menjadi sukar dan dia merasakan tidak lagi mampu untuk meneruskan kehidupan dalam situasi itu suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal lebih sesuai.
Perkara ini menjadi lebih penting sekiranya situasi itu mendatangkan mudarat, seperti berlaku konflik berpanjangan, kesukaran mengurus anak-anak dan rumah tangga, serta campur tangan yang berlebihan.
Jika tidak ditangani, keadaan ini boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga dan berpotensi membawa kepada konflik yang lebih serius.
Apa pun sebaiknya pasangan baru berkahwin kena ada tempat tinggal yang berasingan bagi mengelakkan pertelingkahan, walaupun berpunca daripada perkara kecil.
Dari sudut adab, hubungan antara menantu dan mentua perlu dijaga dengan baik, sebagaimana seorang anak menjaga adab terhadap ibu bapanya.
Menantu perlu menjaga tutur kata, bersikap toleransi dan saling menghormati, lebih-lebih lagi kerana perbezaan latar belakang antara kedua-dua pihak.
Keharmonian boleh dicapai sekiranya wujud toleransi dan komunikasi yang baik antara ahli keluarga. Pada zaman dahulu, adalah perkara biasa untuk keluarga besar tinggal bersama dalam satu rumah.
Namun, bagi menyesuaikan keperluan yang semakin bertambah, struktur rumah juga sering diperluaskan secara berperingkat bagi menyediakan ruang yang lebih selesa kepada setiap keluarga.
Isu menantu tinggal bersama mentua bukanlah sesuatu perkara yang salah, malah boleh menjadi satu bentuk sokongan keluarga jika diurus dengan baik.
Tanpa sempadan jelas, komunikasi yang terbuka dan sikap saling menghormati, ini berpotensi menimbulkan tekanan emosi serta konflik dalam rumah tangga.
Kunci utama terletak pada persefahaman antara semua pihak. Hak pasangan, terutama dari segi privasi dan autonomi, perlu dipelihara, manakala adab dan toleransi dalam hubungan kekeluargaan juga tidak boleh diabaikan.
Dalam keadaan tertentu, tinggal berasingan mungkin menjadi pilihan terbaik demi menjaga keharmonian rumah tangga. Apa yang penting, setiap keputusan perlu dibuat secara matang, melalui perbincangan dan mengambil kira kesejahteraan semua pihak.
Sampai ajalnya, bilal masjid yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap semalam akhirnya ditemui lemas pagi tadi.