Ads

Datuk Rog*l Cucu 13 Tahun Dijatuhi Hukuman 33 Tahun Penjara & 14 Sebatan, Masuki Bilik Mangsa Hampir Setiap Malam

Datuk rogol cucu 13 tahun dijatuhi hukuman 33 tahun penjara & 14 sebatan, masuki bilik mangsa hampir setiap malam. Tindakan seorang datuk yang merogol cucu sendiri dan memasuki bilik mangsa hampir setiap malam membawa padah apabila Mahkamah Sesyen Muar menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 14 sebatan kepadanya.

Tidak hanya melakukan jenayah rogol terhadap cucu berusia 13 tahun ketika kejadian mangsa berusia 12 tahun)  malah turut melakukan amang seksual terhadap seorang  lagi cucunya iaitu adik  kepada mangsa  berusia 9 tahun.

Datuk Rog*l Cucu 13 Tahun Dijatuhi Hukuman 33 Tahun Penjara

BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI :- Ibu Dakwa Alat Sulit Anak Kedua Turut Dipegang Oleh Suspek Rog*l Remaja 13 Tahun

Remaja Dibaham Atuk Sendiri, Ibu Mengigil Anak 13 Tahun Dir*g*l Hampir Setiap Malam

Ads
Datuk Rog*l Cucu 13 Tahun Dijatuhi Hukuman 33 Tahun Penjara & 14 Sebatan, Masuki Bilik Mangsa Hampir Setiap Malam
Datuk Rog*l Cucu 13 Tahun Dijatuhi Hukuman 33 Tahun Penjara, kisah ini viral selepas anak ini menceritakan kepada ibunya.

Hakim Mohd Khairi Haron menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan pengakuan bersalah tertuduh berusia 67 tahun terhadap lima pertuduhan yang dihadapinya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap cucunya yang berusia 12 tahun selain merogol mangsa di sebuah rumah di Batu Pahat antara Januari hingga Disember tahun lalu.

Dia turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi cucunya yang berusia sembilan tahun di lokasi sama dalam tempoh berkenaan.

Ads

Bagi kesalahan amang seksual, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama, manakala pertuduhan rogol dibuat mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan.

Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum menahan tertuduh bagi membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan serta dikenakan pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman mengikut Seksyen 26 dan Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

pengawal keselamatan meninggal ketika tahiyat akhir

Pengawal Keselamatan Meninggal Ketika Tahiyat Akhir, Anak Kongsi Bapa Sangat...

Pengawal Keselamatan Meninggal Ketika Tahiyat Akhir