
Terkesima baca kisah remaja dibaham atuk sendiri di media sosial! Zaman dulu kalau rogol melibatkan orang tua, macam tak berapa nak percaya. Takut jatuh fitnah. Tetapi bila berlaku pada orang terdekat sendiri, orang tua dah 80an pun mencabul cucu, ini kena pandang serius dan ambil peduli.
Bagi yang mendengar isu ini pun, kena yakin dan selidik sampai dapat jawapan. Kalau ikutkan sekarang, banyak sahaja yang berlaku cuma mangsa takut nak beritahu. Kemudian kalau report tak ada bukti, alih-alih orang akan tuduh fitnah pula. Tak pasal-pasal mangsa yang akan dipersalahkan.
Remaja Dibaham Atuk Sendiri

Terkini, berita yang menyakitkan hati apabila seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol cucu perempuannya yang berusia 13 tahun.
“Atuk kata, kalau kau nak buai, bagi pegang dulu”
“Atuk kata jangan beritahu Papa”
“Atuk kata tak ada siapa nak percaya kau”
“Nenek marah atuk. Tapi atuk kata biarlah”
Bayangkan keperitan duka, perbuatan keji arang di muka itu dipercayai berlaku sepanjang tahun lalu dan terakhir pada Disember.
Dari video tular, jelas kelihatan situasi sangat tegang memaparkan seorang ibu mengamuk dan memarahi bapanya sendiri atas dakwaan kejam itu.
Kes berkenaan dipercayai terbongkar selepas remaja terbabit menceritakan kejadian yang dialaminya kepada ibunya, yang kemudian membuat laporan polis dua hari lalu.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa sebelum ini tinggal bersama datuknya di sebuah rumah dalam daerah Batu Pahat selepas ibu bapanya bercerai.
Mengikut laporan, rahsia hitam ini mula terbongkar apabila ibu mangsa curiga melihat mesej anaknya dihantar kepada seorang kenalan.
Selepas didesak, mangsa akhirnya menangis dan mengaku dirogol datuknya sebelum ibu bertindak membuat laporan polis dua hari lalu. Serius, nasib baik ibu mangsa sudah membawa anaknya keluar berpindah ke sebuah negeri di utara Semenanjung sejak April lalu.
Ibu Mengigil Anak 13 Tahun Dir*g*l Hampir Setiap Malam

Pada mulanya remaja itu tidak menceritakan perkara sebenar, namun akhirnya mengaku menjadi mangsa rogol yang didakwa dilakukan oleh datuknya sendiri.
Susulan laporan yang dibuat, suspek kini ditahan reman selama enam hari bagi siasatan. Difahamkan perintah tahanan reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan kes jenayah berat ini.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang wanita memarahi bapanya berhubung dakwaan merogol anak perempuannya.
Video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial sebelum pihak berkuasa mengesahkan siasatan sedang dijalankan.

Anda mungkin berminat dengan
Tulis ibunya:
Anak pertama saya ialah CUCU TIRI. Tapi anak perempuan kedua saya itu CUCU KANDUNG dan anak pertama saya dah kena rogol. Bernasib baik kat anak kedua saya hanya dicabul, orang tua tu tak sempat buat apa-apa kat anak perempuan kedua disebabkan yang anak nombor dua ini mulut sangat jujur dan berani bercakap dengan orang.
Berbeza dengan anak pertama saya yang naive & straight and curved & scared of everyone. Ayat yang sesuai untuk anak 1st saya dia sangat ayu dan pendiam. Berbeza dengan anak nombor dua yang sangat active dan sedikit berani.
Nazak sungguh, kisah begini akan buat sesiapa sahaja yang membaca rasa kejam! Sebagai ibu dan ayah, pantaulah anak-anak. Janganlah terlalu percayakan orang walaupun keluarga sendiri kerana kes-kes rogol melibatkan keluarga sendiri terlalu banyak.
Semoga mangsa diberikan kesembuhan trauma, dipermudahkan segala urusan keadilan, dan suspek menerima hukuman yang paling setimpal atas perbuatannya.
Thread: mommy_five28
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

