Mari kita tengok macam mana nak gebukan semula tuala dan cadar warna putih. Orang selalu anggap warna putih susah dijaga dan cepat nampak kotor. Tapi sebenarnya tidak.
Tip Buat Cadar Warna Putih Jadi Cantik Macam Baharu
Menerusi perkongsian Ayraa Aziz, caranya ialah yang pertama masukkan detergent atau sabun pencuci. Kemudian masukkan 2 skop cuka dalam mesin basuh. Akhir sekali jangan lupa letakkan sikit soda bikarbonat.
Kalau nak tahu, anda boleh juga guna tip ini termasuk tuala, cadar, alas kaki, langsir dan baju warna putih. Yang suka putih sahaja akan faham.
Hilang Terus Masalah Nampak Kekuningan!
Ini pun cara lain untuk putihkan kembali baju, cadar dan tuala yang dah lama guna dan nampak kembali berseri macam baharu:
1. Cara elak kain cucian kuning akibat air karat
Ads
Masukkan tuala kecil ke dalam tempat letak sabun. Jadi sebelum air sampai ke kain cucian terlebih dulu ditapis. Boleh mengurangkan air karat terus mengalir ke kain cucian.
2. Tip cadar putih bersih berseri
Ads
Ads
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri. Cuma bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya. Ini akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
3. Kaedah cucian putihkan kembali baju putih yang dah kuning
Selain itu jika ada pakaian warna putih yang semakin kuning cara untuk memutihkannya kembali adalah dengan merendamnya dengan Clorox kemudian cuci dengan sabun. Letak sedikit nila, pakaian putih akan kembali putih berseri.
Ya, cabarannya cadar dan towel putih senang kekuningan, tapi anda cuba cara ini mesti rasa puas hati. Pasti cadar dan towel anda nampak macam baharu semula.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Datuk rogol cucu 13 tahun dijatuhi hukuman 33 tahun penjara & 14 sebatan, masuki bilik mangsa hampir setiap malam. Tindakan seorang datuk yang merogol cucu sendiri dan memasuki bilik mangsa hampir setiap malam membawa padah apabila Mahkamah Sesyen Muar menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 14 sebatan kepadanya.
Tidak hanya melakukan jenayah rogol terhadap cucu berusia 13 tahun ketika kejadian mangsa berusia 12 tahun) malah turut melakukan amang seksual terhadap seorang lagi cucunya iaitu adik kepada mangsa berusia 9 tahun.
Hakim Mohd Khairi Haron menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan pengakuan bersalah tertuduh berusia 67 tahun terhadap lima pertuduhan yang dihadapinya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap cucunya yang berusia 12 tahun selain merogol mangsa di sebuah rumah di Batu Pahat antara Januari hingga Disember tahun lalu.
Dia turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi cucunya yang berusia sembilan tahun di lokasi sama dalam tempoh berkenaan.
Bagi kesalahan amang seksual, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama, manakala pertuduhan rogol dibuat mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan.
Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum menahan tertuduh bagi membantu siasatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan serta dikenakan pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman mengikut Seksyen 26 dan Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Terkesima baca kisah remaja dibaham atuk sendiri di media sosial! Zaman dulu kalau rogol melibatkan orang tua, macam tak berapa nak percaya. Takut jatuh fitnah. Tetapi bila berlaku pada orang terdekat sendiri, orang tua dah 80an pun mencabul cucu, ini kena pandang serius dan ambil peduli.
Bagi yang mendengar isu ini pun, kena yakin dan selidik sampai dapat jawapan. Kalau ikutkan sekarang, banyak sahaja yang berlaku cuma mangsa takut nak beritahu. Kemudian kalau report tak ada bukti, alih-alih orang akan tuduh fitnah pula. Tak pasal-pasal mangsa yang akan dipersalahkan.
Terkini, berita yang menyakitkan hati apabila seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol cucu perempuannya yang berusia 13 tahun.
“Atuk kata, kalau kau nak buai, bagi pegang dulu” “Atuk kata jangan beritahu Papa” “Atuk kata tak ada siapa nak percaya kau” “Nenek marah atuk. Tapi atuk kata biarlah”
Bayangkan keperitan duka, perbuatan keji arang di muka itu dipercayai berlaku sepanjang tahun lalu dan terakhir pada Disember.
Dari video tular, jelas kelihatan situasi sangat tegang memaparkan seorang ibu mengamuk dan memarahi bapanya sendiri atas dakwaan kejam itu.
Kes berkenaan dipercayai terbongkar selepas remaja terbabit menceritakan kejadian yang dialaminya kepada ibunya, yang kemudian membuat laporan polis dua hari lalu.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa sebelum ini tinggal bersama datuknya di sebuah rumah dalam daerah Batu Pahat selepas ibu bapanya bercerai.
Mengikut laporan, rahsia hitam ini mula terbongkar apabila ibu mangsa curiga melihat mesej anaknya dihantar kepada seorang kenalan.
Selepas didesak, mangsa akhirnya menangis dan mengaku dirogol datuknya sebelum ibu bertindak membuat laporan polis dua hari lalu. Serius, nasib baik ibu mangsa sudah membawa anaknya keluar berpindah ke sebuah negeri di utara Semenanjung sejak April lalu.
Pada mulanya remaja itu tidak menceritakan perkara sebenar, namun akhirnya mengaku menjadi mangsa rogol yang didakwa dilakukan oleh datuknya sendiri.
Susulan laporan yang dibuat, suspek kini ditahan reman selama enam hari bagi siasatan. Difahamkan perintah tahanan reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan kes jenayah berat ini.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang wanita memarahi bapanya berhubung dakwaan merogol anak perempuannya.
Video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial sebelum pihak berkuasa mengesahkan siasatan sedang dijalankan.
Tulis ibunya:
Anak pertama saya ialah CUCU TIRI. Tapi anak perempuan kedua saya itu CUCU KANDUNG dan anak pertama saya dah kena rogol. Bernasib baik kat anak kedua saya hanya dicabul, orang tua tu tak sempat buat apa-apa kat anak perempuan kedua disebabkan yang anak nombor dua ini mulut sangat jujur dan berani bercakap dengan orang.
Berbeza dengan anak pertama saya yang naive & straight and curved & scared of everyone. Ayat yang sesuai untuk anak 1st saya dia sangat ayu dan pendiam. Berbeza dengan anak nombor dua yang sangat active dan sedikit berani.
Nazak sungguh, kisah begini akan buat sesiapa sahaja yang membaca rasa kejam! Sebagai ibu dan ayah, pantaulah anak-anak. Janganlah terlalu percayakan orang walaupun keluarga sendiri kerana kes-kes rogol melibatkan keluarga sendiri terlalu banyak.
Semoga mangsa diberikan kesembuhan trauma, dipermudahkan segala urusan keadilan, dan suspek menerima hukuman yang paling setimpal atas perbuatannya.
Setiap wanita pasti menyimpan impian untuk melihat keluarga terus berkembang dan dipenuhi gelak tawa generasi baharu. Namun, ada rezeki yang hadir segera dan ada juga yang memerlukan kesabaran bertahun-tahun sebelum dikurniakan pada waktu yang paling tepat.
Begitulah perasaan yang sedang dinikmati Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, apabila penantian selama tujuh tahun akhirnya berakhir dengan kehadiran sepasang cucu kembar yang menjadi penyeri dan pelengkap kebahagiaan keluarganya.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Nancy Shukri meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila Allah SWT mengurniakan dua cucunda yang amat bermakna buat keluarga kecilnya.
Perkongsian penuh emosi itu turut mendapat perhatian ramai apabila beliau berkongsi betapa besar nikmat yang dirasai selepas menunggu selama tujuh tahun.
“Setelah penantian yang cukup panjang selama tujuh tahun, Allah SWT akhirnya mengurniakan sebuah nikmat yang amat berharga buat keluarga kecil saya ini.”
Kata-kata tersebut menyentuh hati ramai netizen yang turut menumpang gembira atas kebahagiaan yang sedang dinikmati oleh Nancy Shukri dan keluarga.
Kegembiraan itu diraikan menerusi Majlis Kesyukuran dan Aqiqah yang diadakan bagi menyambut kehadiran dua cucunda tersayang, Neil Kamil Yee bin Faeroz dan Norrah Soraya Yee binti Faeroz.
Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh keberkatan itu menghimpunkan ahli keluarga serta sahabat terdekat yang hadir untuk sama-sama meraikan detik istimewa tersebut.
Bagi Nancy Shukri, kehadiran cucu bukan sekadar menambah ahli keluarga, tetapi membawa satu dimensi baharu dalam kehidupan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Sebagai seorang wanita yang sentiasa sibuk menguruskan pelbagai tanggungjawab negara dan masyarakat, detik meluangkan masa bersama cucu ternyata memberikan kebahagiaan yang berbeza.
Malah, melihat cucu membesar di hadapan mata menjadi satu pengalaman yang sangat berharga buat dirinya.
Dalam perkongsian sama, Nancy Shukri turut meluahkan perasaannya sebagai seorang nenek yang pertama kali mendukung dan menatap wajah cucu sendiri.
Menurut beliau, pengalaman tersebut membawa satu perasaan yang sukar diungkapkan kerana ia hadir bersama rasa syukur, kasih sayang dan keinsafan terhadap aturan Allah SWT.
“Sebagai seorang nenek, detik mendukung dan menatap wajah cucunda sendiri membawa perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.”
Perkongsian ikhlas itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang rata-ratanya memahami perasaan seorang nenek apabila akhirnya dapat menimang cucu selepas penantian yang panjang.
Ramai yang turut berkongsi pengalaman masing-masing dan mengakui kehadiran cucu sering membawa kebahagiaan yang luar biasa dalam sesebuah keluarga.
Bagi Nancy Shukri, pengalaman ini mengajarnya tentang hikmah kesabaran dan keyakinan bahawa setiap rezeki telah ditentukan Allah SWT pada waktu yang paling sesuai.
Beliau percaya setiap kurniaan mempunyai waktunya tersendiri dan manusia hanya mampu berusaha serta terus berdoa.
“Sesungguhnya setiap kurniaan Allah hadir pada waktu yang paling indah dan terbaik menurut hikmah-Nya.”
Ungkapan tersebut bukan sahaja menggambarkan rasa syukur seorang nenek, malah menjadi inspirasi kepada ramai wanita yang sedang melalui fasa penantian dalam kehidupan.
Sama ada menanti zuriat, jodoh, kejayaan atau kebahagiaan keluarga, setiap rezeki mempunyai jalan dan waktunya yang tersendiri.
Perkongsian Nancy Shukri itu secara tidak langsung menjadi peringatan bahawa kesabaran sering kali dibalas dengan sesuatu yang jauh lebih indah daripada apa yang dibayangkan.
Di sebalik kesibukan sebagai pemimpin negara, sisi peribadi Nancy Shukri yang penuh kelembutan sebagai seorang ibu dan nenek jelas terserlah menerusi perkongsian tersebut.
Kehadiran cucu kembar selepas tujuh tahun penantian bukan sekadar sebuah berita gembira, tetapi menjadi simbol bahawa setiap rezeki yang ditentukan Allah SWT hadir pada waktu yang paling sempurna.
Bagi beliau, nikmat bergelar nenek hari ini merupakan hadiah paling indah yang akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.
Gaji lebih RM10,000, namun nafkah yang diterima isteri hanya sekitar RM100 hingga RM200. Lebih menyedihkan, setiap kali meminta wang membeli beras, gas memasak atau...