Cadar yang dah lama pakai itu, selepas berkali-kali basuhan.. berkali-kali guna. Keadaan cadar akan alami lebihan bulu atau orang sebut biji benang.
Jadi tak cantik pula di pandangan mata. Nak buat tidur pun jadi kurang selesa. Haniem Mustaphy berkongsi tip cara membuang biji benang dekat cadar rumah.
Menariknya, selain cadar. Teknik yang sama, boleh juga dipraktikkan pada fabrik yang lain. Daripada komen yang dikongsikan di grup #kemasrumahwithhani ini, ada yang gunakan cara ini untuk buang lebihan bulu pada baju kurung.
Cuma ada tekniknya nak bagi hasilnya licin macam baru.
Kongsinya,
Ads
Tip Guna Pisau Cukur Buang Biji Benang
Cuma nak share tips best.. mana tahu ada yang belum tahu.. sis tahu dah lama tapi tak praktis pun cuma simpan sebagai ilmu.
Korang ada cadar yang berbulu atau biji benang timbul-timbul?
Jangan buang sebab masih boleh diselamatkan jika cadar tu tidak koyak. Cara dia guna pisau cukur. Gosok lembut-lembut atas permukaan sarung bantal/cadar yang berbulu. Orang Melaka kata, jangan kasau kasau.
Kan bulu tak cabut, benang pulak yang putus .
Ads
Ok. Hasil dia licin macam yang baru la.. first time buat dan boleh diamalkan.
Cubalah..
Ads
P/s : Gambar (1) adalah sebelum shave.. sengaja buat pencahayaan macam tu supaya lebih jelas bintik/bulu benang.. Gambar (2) dah siap.. macam baru kan.
Selalunya, mak-mak akan simpan ubi kentang bersama-sama dengan barang dapur lain seperti bawang merah dan bawang putih. Tak tahannya, baru seminggu dua simpan dah keluar tunas pula.
Konon dengan simpan ubi kentang, bolehlah tahan lama dan tak semua masakan akan guna ubi kentang. Bagaimana nak bagi ubi kentang tahan lama.
Ada caranyan nak simpan ubi kentang supaya tahan lama dan bestnya boleh simpan sampai 4 bulan. Ikuti cara Yatie Eimra ini.
Kentang ni kalau betul cara simpan, boleh bertahan hingga 4 bulan walaupun hanya simpan di dapur.
1. Jangan simpan kentang bersama bawang merah/bawang putih kerana bawang-bawang ini hasilkan gas yang cepatkan kentang bertunas.
2. Kentang perlukan pengudaraan yang cukup. Sebaiknya simpan kentang dalam bakul/jaringan supaya cukup aliran udara.
3. Jangan simpan kentang bersebelahan dapur gas/tempat memasak kerana suhu panas akan cepatkan kentang bertunas. Wap-wap terhasil pula akan sebabkan kelembapan udara tinggi & jadikan kentang mudah berkulat/busuk. Jika ruang dapur terhad, pastikan tempat simpanan kentang tak kena wap panas ketika masak.
4. Penting untuk pastikan kentang di simpan di tempat yang kering tapi tak terlalu terang atau kena cahaya matahari/lampu secara terus.. Jika kentang mula bertunas & berwarna kehijauan, tu tandanya kentang terdedah pada cahaya lampu. Kalau perasan, bukan semua kentang bertunas akan jadi hijau. Biasanya kentang jadi hijau sebab kena banyak cahaya. Warna hijau tu sebenarnya klorofil, terhasil akibat proses fotosintesis.
5. Jika tempat simpanan kentang pada tempat agak terang & kena cahaya yang banyak, boleh juga tutup sedikit lapisan atas kentang dengan kain guni/burlap ataupun kain muslin. Tujuannya supaya cahaya tak kena secara langsung pada kentang tapi dalam masa yang sama kentang masih dapat pengudaraan yang baik.
.
Elakkan Simpan Cara Ini
1. Sesekali periksa keadaan kentang & gunakan kentang yang mula bertunas dulu.
2. Jangan Simpan Kentang Mentah Dalam Peti Sejuk
Sesetengah orang gemar simpan kentang mentah dalam peti sejuk untuk panjangkan hayat kentang. Tapi sebenarnya bila kentang disimpan dalam peti sejuk (terutama dalam tempoh yang lama), suhu sejuk akan tukarkan kandungan kanji dalam kentang kepada gula. Akibatnya..
a) Rasa kentang akan jadi lebih manis
b) Kentang akan berwarna kehitaman semasa dimasak akibat gula dalam kentang dikaramelkan
c) Kentang yang disimpan dalam peti sejuk mempunyai kandungan gula yang tinggi, jadinya cara ini sangat tak digalakkan bagi mereka yang perlu kawal pengambilan gula terutama yang mengalami masalah diabetes, ibu² mengandung yang mengalami GDM, dll.
d) Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan kandungan toksin akrilamida lebih tinggi (bila kentang dimasak dengan suhu tinggi)
P/S: Saya simpan kentang dalam bakul & anyam sendiri jer penutup dari tali hemp dengan bahagian tepi (atas) dibiarkan kosong. Boleh cover sikit kentang dengan kain guni/kain muslin tapi pastikan tak mengganggu pengudaraan
Disclaimer: Sy bukan galakkan orang simpan kentang lama-lama ye. Tapi sy beri tip cara simpan kentang supaya tak bertunas terlalu awal/lebih cepat dari masa yang sepatutnya.
Mingguan Wanita : Kalau dah bertunas dah tentu tak elok digunakan. Sekurangnya, cara ini boleh elak pembaziran.
Setiap kali menggoreng nuget atau makanan yang bertepung, mesti akan ada saki bakinya. Macam mana nak bersihkan minyak masak sebab sayang pula nak membuangnya.
Maklum sajalah, sekarang ni semua harga barang keperluan naik. Lebih-lebih lagi barang dapur yang mak-mak selalu guna.
Jadi, daripada membazir begitu saja, ada cara yang boleh membantu mak-mak untuk bersihkan minyak masak. Bolehlah diguna pakai untuk kali kedua.
Paling penting minyak masak itu kembali jernih dan tak adalah serdak-serdak bercampur dengan makanan yang kita goreng dari minyak yang sama.
Cara mudah untuk buang sisa-sisa serdak atau makanan halus yang ada dalam minyak masak hanya menggunakan satu bahan saja.
Mungkin sisa-sisa makanan itu tak boleh diambil dengan menggunakan penapis. Inilah yang patut mak-mak buat.
Hanya cairkan tepung kanji dan masukkan ke dalam minyak yang mengandungi serbuk dan serdak, sisa gorengan makanan.
.
.
Kacau sebati dan biarkan ia sehingga berketul-ketul. Kiranya sisa makanan itu melekat pada cairan tepung kanji.
.
Bolehlah angkat bila semua dah terlekat pada tepung kanji tadi.
.
Lihatlah kembali jernih dan boleh masak makanan lain pula.
Mingguan Wanita : Nanti mak-mak bolehlah buat. Rugi pula bila buang lebihan minyak yang baru sekali pakai. Dah la sekarang ni harga minyak pun boleh tahan juga.
Menarik sungguh mak-mak yang suka berkebun boleh buat sendiri ‘Yellow Trap’ iaitu perangkap berkesan bagi hama, serangga mahupun lalat buah.
Bukan apa, tanaman yang mula berbuah atau berbuah, memang kerap ‘mengundang’ serangga perosak. Bila buat perangkap sebegini, ia mampu menarik perhatian serangga, sekaligus dapat menyelamatkan tanaman.
Menerusi perkongsian daripada Rumah Kebun Organik yang dikelolakan oleh Tuan Julianto Samosir ini, ada kongsikan cara untuk membuat ‘Yellow Trap’.
Memang mudah hanya gunakan 5 bahan dan sangat berkesan dalam mengatasi masalah tanaman yang rosak akibat hama, serangga, mahupun lalat buah ini.
Botol Plastik
Cat Warna Kuning
Berus
Lidi
Gam/ Pelekat
1. Kacau rata cat kuning terlebih dahulu.
2. Masukkan cat kuning ke dalam botol dan biarkan cat kuning rata di keseluruhan botol. Atau cara kedua, boleh juga cat terus di luar botol dan biarkan ia kering.
3. Kemudian, sapu/ letakkan gam perangkan hama atau serangga ini di sekeliling botol tersebut.
4. Ikat tali pada penutup botol dan gantungkan pada pokok.
Mingguan Wanita:Menarik juga idea buat ‘yellow trap’ ini. Memang berkesan dalam menangani masalah hama, serangga mahupun lalat buah yang sering merosakkan tanaman.
Cerita percutian sebuah keluarga dari Pasir Puteh, Kelantan bertukar jadi tragedi apabila anak perempuan yang merupakan kanak-kanak autistik dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Ladang Tok Pelam.