Telur ayam dibasuh atau jangan basuh semasa disimpan. Memang betul, telur ayam perlu dibasuh sebelum digunakan. Sebabnya, kulit telur itu mesti ada tahi ayam melekat dan inikan najis.

Namun, AHLI KIMIA (ChM) yang cukup dikenali di media sosial, Fatimah Salim ada menerangkan tentang kekeliruan dalam menyimpan telur ayam, basuh atau jangan basuh.

Dari segi hukum agama, memang kena basuh sebelum digunakan. Tapi untuk penyimpanannya boleh saja tidak dibasuh bagi memastikan jangka hayat telur itu tahan lama dan pastikan tidak ada tahi ayam yang melekat pada kulit telur.

Ini kerana bimbang, bila disimpan dalam peti ais telur yang tidak dibasuh akan menyebabkan pencemaran silang. Apa yang dikatakan tentang pencemaran silang ini. Ketahui penerangan daripada Fatimah Salim ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Telur Dadar ‘Crispy’ Kena Masukkan Cuka Dan Air, Barulah Macam Kedai Tomyam

Telur Jadi Ringan, Berbau ‘Tembelang’ Bila Simpan Lama, Jangan Pandang Ringan TARIKH LUPUTnya

Info Lebih Menarik DI SINI

Jangan Basuh Telur Untuk Tahan Lama

PERLU ATAU TIDAK BASUH TELUR SEBELUM PENYIMPANAN?

IKLAN

Sebenarnya telur secara semulajadi memiliki selaput perlindungan yang dipanggil “bloom” atau “cuticle” yang terbentuk daripada cecair faraj ayam semasa bertelur.

Tujuan lapisan ini ialah untuk melindungi isi telur daripada dicemari. Kulit telur sebenarnya mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan yang telap kepada kuman dan bahan kimia meruap (aka gas) dari persekitaran.

Sebab itu telur boleh berbau bawang (dari bahan kimia bersulfur) jika diletakkan bersama dengan bawang. Selain daripada itu, selaput ini juga bertindak dalam mengekalkan kelembapan dalam telur dengan cara mencegah air meruap keluar melalui kulit telur. Inilah sebab kepada pendapat yang tidak menggalakkan telur dibasuh sebelum disimpan.

Pun begitu, terdapat peraturan dalam USDA yang mengharuskan pencucian setiap telur yang dijual secara komersial. Ini kerana kulit telur yang mengandungi najis boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella.

Sekiranya telur ini disimpan dalam peti sejuk tanpa dicuci, ianya boleh menyebabkan pencemaran silang berlaku (kuman boleh berpindah) kepada makanan lain yang disimpan, terutamanya makanan sedia makan. Kuman ini akan menghasilkan bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

IKLAN

Malangnya proses mencuci ini akan membuang bersama selaput perlindungan semulajadi tadi. Maka peranan ini digantikan dengan selaput buatan (biasanya mengandungi mineral berminyak) yang boleh dimakan pada permukaan telur.

Simpan Dalam Karton

Namun peraturan mencuci telur ini tidak digunapakai di Malaysia. Maka, telur yang kita beli masih lagi mempunyai lapisan perlindungan semulajadi. Sekiranya telur tidak disimpan dalam peti sejuk, telur tidak perlu dibasuh namun haruslah disimpan di dalam kartonnya.

Selain daripada fungsi sokongan, menyimpan telur dalam kartonnya dapat melindungi telur daripada tekanan (aka pecah) serta mengekalkan kesegaran telur sehingga 45 hari daripada tarikh pembungkusan.

Sekiranya telur ingin disimpan dalam peti sejuk dan kulit telur tidak mengandungi najis, maka tidak perlu di basuh. Cuma boleh mengambil langkah berhati-hati dengan menyimpan telur dalam bekas tertutup untuk mengelakkan pencemaran silang.

KESIMPULANNYA, pilihan sama ada membasuh telur atau tidak bergantung kepada cara penyimpanan telur itu. Sekiranya kulit telur mengandungi najis dan ingin disimpan di dalam peti sejuk, maka eloklah dibasuh untuk menghalang mencemaran silang. Namun sekiranya telur ditinggalkan di dalam kartonnya, maka eloklah tidak dibasuh untuk meningkatkan jangka hayat kesegaran telur.

IKLAN

Apa-apa pun, telur haruslah dibasuh sebelum di masak!

Mingguan Wanita : Nak bagi telur tahan lama, simpan saja dalam kartonnya. Kalau dah biasa boleh je cuci sebelum masukkan dalam peti ais. Semuanya pilihan di tangan anda!

Sumber: Fatimah Salim

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI