Minyak masak memang menjadi keperluan utama buat mak-mak untuk memasak. Ada sesetengahnya hanya sekali pakai terus buang, tapi ada juga yang berkali-kali pakai terutamanya menggoreng, memasak lauk kegemaran keluarga dan sebagainya. Boleh dikatakan, ia menjadi barang yang wajib ada di dapur mak-mak.

Ada sesetengah mak-mak suka menggunakan minyak masak dalam botol tak kiralah berapa kg pun dan ada pula mak-mak yang suka gunakan minyak dalam paket satu kilogram. Katanya lebih jimat dan murah.

Malah, boleh dikatakan dengan harga minyak yang agak mahal menyebabkan mak-mak suka menggunakan dalam paket sahaja. Bukan setakat murah tapi mudah dan senang untuk digunakan.

Tak kisahlah murah atau tidak, tapi paling penting adalah cara penggunaan oleh mak-mak. Sangat penting bagi mengelakkan risiko kesihatan yang lain. Ada mak-mak sanggup menggunakan minyak masak berulang kali. Alasannya, masih elok dan boleh digunakan.

Sebaliknya, saranan Dr. Ahmad Samhan Awang ini ada betulnya. Ia bolehkan bahaya kesihatan. Jangan sayang untuk buang minyak yang sudah diguna pakai berulang kali.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

Tip-Tip Pemakanan Mencegah Diabetes Dengan Gaya Hidup Sihat

Info Lebih Sihat DI SINI

IKLAN

Sekali Pakai, Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali

Ini bahaya!

Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, parkinson dan barah.

Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.

Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

IKLAN

Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.

Pesanan saya,
1. Sebaiknya ia digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.

2. Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

3. Hati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

IKLAN

4. Elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.

5. Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.

6. Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.

Di rumah,saya memang melarang isteri untuk guna minyak yang sama. Cukup hanya sekali.
Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.

MW: Jangan sayang nak buang bila sekali pakai. Memanglah harga minyak mahal tapi kesihatan lagi penting.

Sumber: Dr. Ahmad Samhan

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI