Sekali sekala bercuti bersama keluarga memang seronok. Tiak kiralah bercuiti tempat peranginan mahu pun balik kampung. Inilah masa untuk tenangkan fikiran selepas penat bekerja dan uruskan rumah tangga. Namun, bab yang paling ’malas’ adalah packing pakaian, nak-nak bila anak ramai ini.

Ini bab mengemas baju anak, belum lagi nak kemas baju sendiri. ‘Bercinta’ betul bila nak mengemas ni. Boleh dikatakan memang mak-mak kena buat semua ni. Kalau ada tertinggal, boleh hilang mood pula.

Biasanya kalau mak-mak nak packing pakaian kena tengok berapa hari pula, ini termasuklah baju siang, pakaian untuk pergi jalan-jalan dan baju tidur. Mesti kena lengkap semua. Belum lagi barang keperluan lain, botol susu atau peralatan mandian bagai.

Tak perlu susah-susah hati, perkongsian daripada Susun Atur Sioca boleh membantu mak-mak untuk packing pakaian dan barang keperluan lain. Mungkin ia boleh membatnu mak di luar sana.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Pokok Layu Kembali Segar, Tak Perlu Curah Air, Rendam Sejam Dalam Besen

Tip Tebuk Dinding, Tak Payah Nak Sapu Atau Bersihkan Lantai Lepas Drill!

Packing Keperluan & Pakaian Untuk Bercuti

Tip packing ini bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, pergi berenang ke nak pergi pantai, duduk berapa hari dan sebagainya. Semua itu kena fikir.

Selain packing, sayajuga ambil kira sususnan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ini siapa bawa, beg ini siapa pula, bergabung dengan beg mana, barang ini senang capai tak dalam kereta dan sebagainya.

Kalau nak membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan.

Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab kemas mengemas pakaian dalam beg.

Ini tip mak ayah untuk 4 orang anak.

  1. Yang asasnya ada 3 beg ni:
    a) beg besar untuk baju
    b) beg kecil selain baju
    c) beg belang untuk toiletriesSelain 3 beg asas ni, ada:
    a) beg makanan/minuman
    b) beg swimming
    c) beg laptop

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

 

  1. Bagi keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.Beg kanan sekali tu ada tuala, telekung, sejadah, toto dan selimut tambahan.

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

  1. Dalam beg belang ada:
    a) beg toiletries
    b) beg bersiapBeg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13.Beg bersiap pula dari Mr Diy.Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

  1. Botol sabun dan syampu beli di Mr Diy, ada lock supaya tak terkeluar isinya kalau tertekan.

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

IKLAN
  1. Bekas berus gigi pula beli di Shopee. Saiznya tak bulky dan muat 2 berus gigi dewasa.

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

  1. Selain tu, saya letakkan plastik kecil (warna merah tu) untuk buang diapers. Plastik kecil macam tu ada jual di Mr Diy, cari bahagian pet.

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

  1. Barang bersiap, semua beg ni beli di Mr Diy.

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

  1. Dalam beg ‘others’ ada barang-barang ni.

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

9. Bekas minyak rambut beli di Mr Diy. Barang lain dalam bekas asal sebab saiz travel already.

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

10. Beg makanan (merah) dan minuman (biru).

Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee.

11. Barang dalam beg makanan. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.

Barang yang bertanda lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.

IKLAN

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

12. Suplemen wajib

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

13. beg membasuh

Selain tu, bekas biru ni pula untuk storan keperluan membasuh; berus pinggan, berus botol, dan sabun.

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

14. Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Seorang satu beg dan setiap beg ada:

a) 1 tuala mini
b) 1 baju swimming
c) 2 hanger

Beg ni juga akan letak baju ganti. Jadi, lepas mandi, anak-anak akan ambil beg sorang satu, pergi bersiap, masukkan baju basah, dan balik terus gantung.

IKLAN

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

15. Keadaan susunan beg di hotel.

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

16. Luggage di lantai.

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

  1. Susunan dalam kereta.

Beg makanan/minuman di depan dan beg swimming dalam bonet.

Habis minimum dah packing ni.

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

MW: Begitulah mak-mak, kalau nak bercuti atau balik kampung kena fikir semua barang. Ikutkan semua nak bawa, nanti tak muat kereta pula. Jadi, mana yang boleh minima, kita minimakan.

Sumber: Susun Atur Sioca

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI