Ads

Ibu Temui Kondom Dalam Beg Sekolah Anak 14 Tahun, Teman Lelaki Direman Lima Hari

rogol

Ibu temui kondom dalam beg sekolah anak 14 tahun, teman lelaki direman lima hari.

Kes rogol membabitkan seorang pelajar tingkatan dua berusia berusia 14 tahun di Tawau terbongkar selepas ibu mangsa menemui kondom terpakai di bilik tidur anak perempuannya. Ekoran penemuan mengejutkan itu, ia membawa kepada penahanan teman lelaki anaknya bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 18 tahun bekerja di sebuah kedai kopi direman lima hari bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan pelajar tingkatan dua berkenaan.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 19 Oktober  dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas mendengar permohonan pihak polis dan rayuan peguam bela suspek.

Ibu Temui Kondom Terpakai Dalam Bilik Tidur Anak

Memetik laporan Sinar Harian, berdasarkan keterangan kes ibu mangsa mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada  hubungan anak perempuannya selepas menemui kondom terpakai di dalam bilik tidur anak perempuannya pada 8 Oktober lalu.

Keesokan harinya, ibu ini sekali lagi menemui kondom bersama pelincir yang masih belum digunakan di dalam beg sekolah anaknya sekaligus menimbulkan kebimbangan mengenai hubungan anaknya bersama lelaki tersebut.

Soal siasat terhadap anaknya kemudian membawa kepada pembongkaran mereka pernah melakukan hubungan intim kali pertama dengan suspek pada 26 September lalu.

Ads

Susulan pengakuan tersebut, ibu mangsa mengambil tindakan membuat laporan polis sebelum suspek ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada Selasa.

rogol
Suspek berusia 18 tahun direman 5 hari bagi membantu siasatan. Peguam mewakilinya memaklumkan suspek tiada niat menyakiti mangsa

Suspek Direman Lima Hari Bantu Siasatan

Terdahulu, Pegawai Penyiasat, Inspektor Robiatul Adawiyah Japri memohon tempoh reman selama tujuh hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili suspek, Nur Fadhilah Najihah Amir merayu supaya tempoh tahanan reman dikurangkan atas alasan anak guamnya masih berusia 18 tahun dan bekerja bersama neneknya di sebuah kedai kopi.

Ads

Peguam berkenaan turut memaklumkan bahawa suspek dan mangsa merupakan pasangan kekasih serta mendakwa anak guamnya tidak berniat menyakiti remaja perempuan itu.

Selepas mempertimbangkan permohonan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan.
Anak Bawah Umur Terlibat Kes Seksual, Ini Tindakan Penting Ibu Bapa

1. Segera Buat Laporan Polis Dan Pemeriksaan Kesihatan

Jika anak dipercayai menjadi mangsa kesalahan seksual, segera buat laporan polis dan bawa ke hospital kerajaan bagi pemeriksaan kecederaan, risiko kehamilan, jangkitan seksual serta mendapatkan sokongan psikologi.

2. Simpan Bukti, Jangan Buang Barang Berkaitan

Ads

Simpan barangan, mesej atau rekod komunikasi yang boleh membantu siasatan polis. Elakkan mengubah bukti atau bersemuka sendiri dengan individu yang disyaki.

Anda mungkin berminat dengan

3. Dapatkan Bantuan Perlindungan

Keluarga boleh menghubungi Talian Kasih 15999 atau Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mendapatkan nasihat, sokongan dan bantuan perlindungan yang bersesuaian.

WhatsApp Talian Kasih: 019-261 5999 https://wa.me/60192615999 (beroperasi 24 jam)

Penting untuk ibu bapa tahu:- Di Malaysia, persetubuhan dengan kanak-kanak perempuan bawah usia 16 tahun boleh menjadi kesalahan rogol statutori di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan walaupun dikatakan berlaku atas kerelaan atau dalam hubungan percintaan.

Ketegasan ibu bapa perlu seiring dengan tanggungjawab melindungi anak. Apa yang berlaku tidak boleh dipandang ringan namun keselamatan dan masa depan anak tetap menjadi keutamaan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Pengguna iPhone

Pengguna iPhone Tak Nak Bayar iCloud, Buat Cara Ini. Satu Sen...

Buat pengguna iPhone, kalau anda tak nak bayar iCloud, boleh buat cara ni dulu. Serius, satu sen pun tidak keluar duit! Memang jimat dan selesaikan masalah.