Ads

Syed Saddiq Benarkan Tetamu Masuk, Tak Sanggup Biarkan Orang Ramai Kepanasan

Syed Saddiq
Syed Saddiq

Banjir dengan ribuan tetamu, Syed Saddiq akhirnya benarkan membiarkan orang ramai memasuki ruang dewan Yong Sheng Banquet Hall, Muar, Johor supaya tidak kepanasan menunggu di luar dewan.

Syed Saddiq Benarkan Tetamu Masuk

Syed Saddiq Benarkan Tetamu Masuk, Tak Sanggup Biarkan Orang Ramai Kepanasan

Malahan, suasana Majlis Kenduri Rakyat meraikan perkahwinan pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar tersebut bertukar menjadi tidak terkawal selepas lokasi majlis dibanjiri ribuan tetamu yang datang dari serata tanah air.

Melihat kepada situasi tersebut, Syed Saddiq, 33, menegur petugas agar membiarkan orang ramai memasuki ruang dewan Yong Sheng Banquet Hall, Muar, Johor supaya tidak kepanasan menunggu di luar dewan.

“Dewan atas banyak kosong, kita terlalu fokus nak biar orang duduk, itu tak penting.

“Tak adil orang boleh duduk sini, di luar kepanasan. Biarkan mereka masuk.

“Kita terlalu fokus dengan acara rasmi tapi ini bukan,” katanya kepada petugas dalam sebuah siaran langsung.

Ads

Syed Saddiq Benarkan Tetamu Masuk, Tak Sanggup Biarkan Orang Ramai Kepanasan

Dalam masa sama, Saddiq menzahirkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang sanggup datang ke majlisnya selain memohon maaf sekiranya ada kekurangan. Lebih menarik, kenduri berkenaan turut mendapat penajaan bernilai RM500,000 daripada beberapa pihak.

“Saya minta kebenaran isteri saya untuk ringkaskan dan padatkan ucapan kerana kalau boleh nak luangkan masa dengan rakyat yang tunggu di panas terik berjam-jam.

Syed Saddiq Benarkan Tetamu Masuk, Tak Sanggup Biarkan Orang Ramai Kepanasan

Ads

“Cuma kami ingin ucapkan terima kasih, saya tahu ramai yang datang dari Perlis, Kedah, Terengganu dan ada yang terbang dari Kucing serta memandu dari Singapura.

“Kami terhutang budi terima kasih dan menyusun 10 jari kalau ada kekurangan, tak sangka,” katanya dalam sebuah ucapan.

Hari ini, seawal 7 pagi orang ramai mula memenuhi kawasan dewan Majlis Kenduri Rakyat Bella dan Saddiq di Muar.

Ads

Syed Saddiq Benarkan Tetamu Masuk, Tak Sanggup Biarkan Orang Ramai Kepanasan

Anda mungkin berminat dengan

Bella menggayakan kurung Rizman Ruzaini Bridal Couture rona biru langit dengan perincian sulam tebuk perak dan keemasan serta potongan pesak gantung Johor yang cukup mempesona. Dipadankan dengan Baju Melayu Teluk Belanga Syed Saddiq, melengkapkan seri BASS sebagai raja sehari.

Sebelum ini, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi mereka berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Isteri Tunggu Dalam Kereta

Isteri Tunggu Dalam Kereta, Suami Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Kemas...

Kisah seorang isteri tunggu dalam kereta ketika menemani suaminya bekerja hangat diperkatakan sejak semalam, nak-nak tahu dilanggar oleh pemandu mabuk secara tiba-tiba.