Ads

Wanita Tinggalkan Kerjaya Jururawat Demi Maraton Profesional, Raih RM3.2 Juta Dalam 10 Bulan

Jururawat

Tuah seorang bekas jururawat, Zhang Shuihua berjaya meraih pendapatan lebih AS$784,700 (RM3.2 juta) dalam tempoh masa hanya 10 bulan selepas nekad meninggalkan kerjayanya bagi menceburi bidang larian maraton secara profesional sepenuh masa.

Wanita Tinggalkan Kerjaya Jururawat Demi Maraton Profesional

Wanita Tinggalkan Kerjaya Jururawat Demi Maraton Profesional, Raih RM3.2 Juta Dalam 10 Bulan

Menerusi laporan portal vnexpress, pendapatan yang diraihnya itu hasil siri kemenangan perlumbaan serta tawaran penajaan, dengan.

Malah, kemenanganya di Maraton Xi’an pada 18 Oktober lalu sekali lagi meletakkan Shuihua sebagai tumpuan utama dalam komuniti larian China.

Dia menduduki tempat pertama dalam kategori wanita dengan catatan masa terbaik peribadi 2 jam, 29 minit dan 7 saat, sekali gus mencipta rekod laluan baharu yang mengatasi rekod sebelumnya oleh atlet Ethiopia, Derartu Hailu Gerefa pada 2024.

Ads

Raih RM3.2 Juta Dalam 10 Bulan

Wanita Tinggalkan Kerjaya Jururawat Demi Maraton Profesional, Raih RM3.2 Juta Dalam 10 Bulan

Kemenangan tersebut membolehkan Shuihua membawa pulang hampir AS$15,000 (RM61,000).

Ads

Pencapaian ini menandakan kejayaan terbaharu dalam peralihan hidupnya daripada seorang jururawat hospital yang bekerja mengikut syif kepada seorang atlet maraton profesional.

Wanita Tinggalkan Kerjaya Jururawat Demi Maraton Profesional, Raih RM3.2 Juta Dalam 10 Bulan

Ads

Shuihua sebelum ini bertugas sebagai jururawat di Hospital Gabungan Pertama Universiti Perubatan Fujian.

Anda mungkin berminat dengan

Titik perubahan dalam kerjaya lariannya ketika di Maraton Harbin pada Ogos 2025 dan dia telah muncul sebagai pelari wanita China di kedudukan teratas selepas menamatkan larian sejauh 42 km dalam masa 2 jam, 35 minit dan 27 saat, namun temu bual selepas perlumbaan itulah yang menjadikannya mula dikenali.

Begitulah kejayaan yang diraih seorang wanita yang sudah nekad memilih kerjaya mengikut apa yang diminatinya. Semoga kisah ini dapat memberikan inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana untuk terus menceburi bidang yang diminati dengan sehabis baik!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Syed Saddiq

Syed Saddiq Benarkan Tetamu Masuk, Tak Sanggup Biarkan Orang Ramai Kepanasan

Banjir dengan ribuan tetamu, Syed Saddiq akhirnya benarkan membiarkan orang ramai memasuki ruang dewan Yong Sheng Banquet Hall, Muar, Johor supaya tidak kepanasan menunggu di luar dewan.