Kalau bercerita tentang hal ini, mak-mak memang suka dan pasti senyum meleret. Mulalah memasang angan-angan untuk beli emas koleksi terbaru yang ada di pasaran sekarang ini. Sehinggakan ada yang buat tabungan atau menyimpan demi untuk mendapatkan barangan yang disukai itu.

Malahan, emas sekarang ini ada masa turun dan ada masa naik. Jadi, semasa turun mak-mak bolehlah beli mana yang berkenan. Tapi rugi kalau dijual yang sedia ada. Kalau nak jual kena tunggu harga naik.

Walau bagaimanapun, janganlah mak-mak sanggup berhutang untuk beli koleksi yang diidamkan. Jangan semua duit tabungan habis digunakan untuk membeli barang kemas. Kena beringat sebab mungkin tabungan itu untuk kita gunakan di waktu kecemasan nanti.

Perkongsian daripada Masriah Biskon ini boleh diguna pakai khas untuk mak-mak yang memang suka membeli barang kemas. Tapi, sebelum membeli, ikuti tip ini, jangan terus keluarkan semua duit tabungan semata-mata untuk koleksi barang kemas idaman.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Takkan Susut Nilai, UNTUNG Suami Hadiahkan Isteri Beli EMAS Setiap Bulan!

Rupanya Cara Ini Boleh Beli Emas PULUT DAKAP MODEN Lebih Murah

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Tip Penyimpan  – Beli Emas

1. Kena ada tabungan cash 3 hingga 6 bulan pendapatan.
Ini penting. Andai berlaku kecemasan, ada back up, untuk membantu diri sendiri dengan cepat. Contoh ada kematian dalam keluarga atau kehilangan pekerjaan. Takkan tengah sedih berlaku kematian, nak pergi kedai dan jual emas.

Sebab itu dinasihatkan ada simpanan kecemasan. Andainya susah nak dapat 3 bulan pendapatan, sekurang-kurangnya ada RM500 ke RM1000 dalam simpanan.

2. Simpan dulu baru belanja.
Bila dapat gaji atau elaun dari suami, asingkan siap-siap untuk simpan dalam bentuk emas. Ikut kemampuan. Jangan sesekali ikut poket orang lain. Simpan emas jangan sampai lemas. Set target nak beli apa? Gold bar, dinar, tabungan emas, atau barang kemas. Asal emas, ia bagus. Yang tak bagus, yg tiada simpanan.

IKLAN

3. Pilih dengan bijak
Andainya mak-mak yang bijak bestari sudah ada nombor 1, maka tiada masalah nak beli emas apa atau yang bagaimana. Tak perlu resah gelisah. Just go for it!! Kalau nak lebih untung dalam jangka panjang, simpan emas seperti gold bar.  999.9. Kalau rasa nak dua-dua, nak menyimpan, juga nak cantik di badan, simpan barang kemas tentunya 916.

4. Keperluan atau Kehendak
Emas tetap bernilai sepanjang zaman. Takkan jatuh ke zero nilainya. Yakin!! Pilihan itu di poket kita. Kita yang tahu ekonomi kita. Kalau rasa ini salah satu tabungan emas (keperluan), simpan barang kemas emas seperti gambar 1(contoh sahaja). Mak-mak boleh pilih apa-apa design pun. Tetapi andai tip tabungan no 1 dah mantap, tabungan lain pun ada. Jadi ikutlah hati yang diinginkan.

Usah berbelah bagi hati mak-mak semua, bila jual nanti, enamel dan batu-batu tu tolak ke tidak? Laku ke tidak bila nak gadai?

IKLAN

Tiada lagi pertanyaan seperti itu bagi mereka yang sudah bersiap siaga dengan tip no 1 iaitu simpanan kecemasan 3 hingga 6 bulan pendapatan.

Selamat menyimpan emas kpd semua wanita bestari.
Jelita, kaya dan bergaya.

MW: Tak kisahlah mak-mak berkenan yang mana pun, asalkan ada juga tabungan tunai untuk kita gunakan pada waktu kecemasan. Jangan ikut hati, habis semua tabungan beli barang kemas.

Sumber: Masriah Biskon

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI