
Bukan sahaja jelita orangnya, pengalaman luas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Datuk Syafinaz Selamat dalam bidang muzik dan seni persembahan terus mendapat pengiktirafan apabila beliau dilantik sebagai Profesor Adjung Tersohor di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Bukan Sahaja Jelita

Pelantikan bagi penggal kedua itu berkuat kuasa selama dua tahun bermula 1 Ogos 2026 hingga 31 Julai 2028.
Perkara itu diumumkan ASWARA menerusi hantaran di media sosial, malam tadi yang turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Syafinaz atas pengiktirafan berkenaan.
“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Syafinaz Selamat, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah ASWARA, atas pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung Tersohor di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),” menurut kenyataan itu.
Datuk Syafinaz Selamat Dilantik Profesor Adjung Tersohor UPSI

Pelantikan berkenaan mencerminkan pengiktirafan terhadap pengalaman serta sumbangan Syafinaz dalam bidang muzik dan seni persembahan.
Pada masa sama, peranan itu memberi ruang kepada penyanyi dan guru vokal berkenaan untuk berkongsi kepakaran serta pengalaman dengan warga akademik dan pelajar UPSI.

Anda mungkin berminat dengan
Sebelum ini, Syafinaz dilantik sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah ASWARA bagi tempoh dua tahun bermula 1 April 2026 hingga 31 Mac 2028.
Pada Ogos tahun lalu, ikon seni suara negara itu turut dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI bagi tempoh 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026.
Gambar: Datuk Syafinaz
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

