
Sumbangan terakhir Allahyarham Muhammad Nicklos Muhammad Nizam selepas mendermakan empat jenis tisu iaitu kornea mata, injap jantung, saluran darah femoral dan kulit.
Sumbangan Terakhir Allahyarham Muhammad Nicklos

Kebaikan ini akan terus dikenang dan menjadi ladang pahala arwah yang mana hasil dermanya itu akan membantu sekurang-kurangnya lapan orang insan bertuah.
Berusia 22 tahun, Nicklos yang merupakan anak sulung daripada enam beradik meninggal dunia akibat kemalangan ketika pulang dari tempat kerja.
Allahyarham mengalami kecederaan otak yang kritikal dan tidak dapat diselamatkan walaupun telah menjalani pembedahan.
Dia disahkan meninggal dunia pada 12 Ogos lalu.
“Semoga arwah dicucuri rahmat dan pendermaan ini akan menjadi salah satu asbab arwah ditempatkan di syurga,” katanya.
Derma Empat Jenis Tisu Bantu Lapan Nyawa Lain

Menerusi video yang dikongsikan, para petugas kesihatan dilihat memberikan penghormatan Walk of Honour kepada Allahyarham sebelum pembedahan dijalankan.
“Perjalanan terakhir arwah ditemani kakitangan hospital sebagai penghormatan buat insan mulia ini yang mendermakan sebahagian tubuhnya untuk kelangsungan hidup insan lain,” kata hospital itu.

Sekadar info, tanggal 13 Ogos merupakan Hari Pendermaan Organ Sedunia. Bertepatan dengan hari tersebut, Hospital Sungai Buloh, Selangor menjadi antara empat hospital yang terlibat dalam proses pendermaan organ dan tisu yang dijalankan secara serentak.
Anda mungkin berminat dengan
Salam takziah untuk keluarga Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diberikan ganjaran yang terbaik di syurga.
Al-Fatihah.
Sumber gambar: Hospital Sungai Buloh
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

