Ads

Guru Terlibat Kes Nur Qaira Dipindahkan Sementara Tunggu Keputusan Siasatan

Kes Nur Qaira
Kes Nur Qaira
Terkini, guru yang dipercayai terlibat dengan kes Nur Qaira iaitu seorang murid perempuan berusia 11 tahun yang didakwa meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun dipaksa bersukan, disahkan telah ditukarkan sementara menunggu keputusan siasatan.

Guru Terlibat Kes Nur Qaira Dipindahkan

Guru Terlibat Kes Nur Qaira Dipindahkan Sementara Tunggu Keputusan Siasatan

Ads
Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkata guru berkenaan telah ditukarkan ke sekolah baharu sejurus selepas siasatan awal dilakukan dan tindakan itu merupakan langkah intervensi awal.
“Pada masa ini, tindakan telah diserahkan kepada unit integriti Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tindakan seterusnya.
“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu dan memberikan ruang kepada pihak JPN dan KPM untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya .
Sementara itu, sumber dalaman sekolah memaklumkan kejadian yang melibatkan Allahyarham Nur Qaira Alisha Ahmad ‘Ilwan itu berlaku pada 14 April lepas, apabila murid berkenaan dikatakan terlibat dalam pemilihan bagi acara larian 80 meter untuk program sukan sekolah.
“Murid itu memang mempunyai sejarah penyakit jantung daripada kecil. (Selepas bersukan), murid berkenaan jatuh sakit dan mula mendapat rawatan pada 17 April dan tidak hadir ke sekolah selama empat bulan dan aduan daripada waris telah dibuat pada 10 Mei,” katanya.

Sementara Tunggu Keputusan Siasatan

Guru Terlibat Kes Nur Qaira Dipindahkan Sementara Tunggu Keputusan Siasatan

Anda mungkin berminat dengan

Ads
Ads
Terdahulu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek telah mengarahkan unit integriti KPM mengambil tindakan selanjutnya berhubung kematian Nur Qaira Alisha, selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
Beliau juga dimaklumkan bahawa JPN Kedah telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan keluarga arwah.
Sebelum ini, tular perkongsian bapa mangsa di media sosial yang mendakwa anaknya yang mengalami masalah jantung diarahkan oleh seorang guru untuk menyertai aktiviti larian pada pemilihan rumah sukan walaupun surat pengesahan tentang penyakitnya itu telah diberi.
Guru Terlibat Kes Nur Qaira Dipindahkan Sementara Tunggu Keputusan Siasatan
Akibat kejadian tersebut, Nur Qaira Alisha didakwa telah terlantar dan terpaksa memakai oksigen sebelum mangsa dilaporkan meninggal dunia pada 7.49 malam, Rabu lepas.
Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga alam maya yang mahukan tindakan segera diambil terhadap mereka yang terlibat.
Gambar: Norlela 
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

czer

Luka Czer Bukan Sekadar Parut, Ramai Ibu Simpan Kisah Yang Tak...

Pemulihan selepas bersalin bukan sekadar menyembuhkan luka czer. Ramai ibu turut melalui perubahan emosi yang jarang dibicarakan.